Tabik melihat cara tersendiri Ahli Parlimen Belanda, Esther Ouwehand membela nasib rakyat Palestin di mata dunia! Terkesan dengan situasi yang menimpa penduduk di sana, dia tampil berani membawa ‘suara’ pendamaian dengan mengenakan pakaian yang melambangkan bendera mahupun simbolik negara bergolak tersebut ketika bersidang di Parlimen.
Terbaharu, kisah mengenai Esther bertebaran di platform media sosial dan menjadi bualan selepas dia dilihat memakai baju dengan warna simbolik bendera Palestin sewaktu membuat pembentangan di dewan parlimen.
Tindakan beraninya itu bagaimana pun mendapat teguran ahli parlimen lain dan diminta untuk menukar pakaian tersebut. Apa yang mengejutkan, Esther kembali masuk ke parlimen dengan mengenakan baju kemeja merah cetakan buah tembikai!
Sekaligus melambangkan negara Palestin mewakili rona merah, hitam, putih dan hijau.
Ahli Parlimen Belanda, Esther Ouwehand Jadi Perhatian!
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, ahli politik Belanda berusia 49 tahun ini secara lantang menyuarakan pendiriannya demi solidariti penduduk yang ditindas rejim haram Yahudi!
Ads
“Saya memakai warna tembikai, simbol solidariti dengan rakyat Palestin dan tanda harapan serta perjuangan. Kerana ketika Raja sedang berucap di tanah air, satu genosid mengerikan sedang berlaku di Gaza. Kanak-kanak, keluarga dan wartawan kebuluran hingga mati. Semua mata mesti tertumpu ke Gaza!” tegasnya.
Esther turut mendedahkan pereka pakaiannya yang diinspirasikan kepada negara berdaulat tersebut.
Ads
“Pakaian saya direka oleh Mirte Engelhard. Blaus yang diperbuat daripada penutup botol kitar semula ini mempunyai corak tembikai dengan warna yang sama seperti bendera Palestin.
Disebabkan Israel mengharamkan bendera itu, tembikai akhirnya menjadi simbol perjuangan menentang penjajahan dan solidariti dengan rakyat Palestin.”
Ternyata, ramai yang memuji dan menyokong usaha dilakukan Esther Ouwehand demi membuka mata lebih ramai penduduk dunia terhadap tindakan melampau rejim haram berkenaan.
Ads
Tindakan Berani Ahli Parlimen Belanda, Esther Ouwehand
Tambahnya lagi, “Apabila Kabinet enggan mengakui genosid dan enggan ambil tindakan adalah tanggungjawab kita untuk terus tunjuk solidariti dengan rakyat Palestin. Bebas, bebas Palestin!”
Esther Ouwehand ialah ahli parlimen Belanda dan merupakan bekas pengurus pemasaran yang kini berkhidmat sebagai ketua bagi ‘Party for the Animals’ dan mengetuai kumpulan parlimen parti itu di Dewan Perwakilan sejak 2019.
Baru-baru ini, NONA ada melaporkan yang Mizz Nina dipilih sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan atas segala usahanya dalam misi kemanusiaannya selama ini.
Dan hari ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 42 tahun berkongsi gambar di mana dia dan anaknya, Musa kini sedang menunaikan ibadah umrah. Mizz Nina berkongsi kegembiraaanya dengan hantaran gambar dia mendukung Musa sambil melihat Kaabah. Di tangan Musa turut kelihatan seakan-akan gambar ilustrasi atau buku kota Mekah walaupun masih tidak kelihatan wajahnya.
Meluahkan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama anaknya, Mizz Nina mengakui sudah lama memberikan pendedahan awal kepada anaknya tentang kota suci itu.
“Alhamdulilah ya Rabb kerana mengizinkan kami berdua berada di sini. ❤️Sudah berbulan-bulan Musa menonton dan mendengar cerita haji, dan alhamdulillah dapat juga Musa melihat semuanya!”, tulis Miss Nina.
Selain itu, Mizz Nina turut mendoakan Musa menjadi insan yang baik bila besar nanti. “Ya Allah. Jadikan musa sebagai cahaya ummah, dengan ahlaq yang baik, warisan yang kuat dan kehidupan yang dijalani dengan iman, taqwa, soleh dan tawakkal, kurniakan tarbiyyah yang baik dan Semoga al-Quran mengajarnya segala yang perlu diketahuinya untuk mengharungi arus hidup ini dan akhirat aamiin”.
Untuk rekod, pada Mac lalu Mizz Nina memaklumkan dia bersama bekas suami, Noh Salleh mengambil Musa sebagai anak angkat selepas bertahun-tahun menjalani prosedur IVF. Mereka berdua bercerai pada 3 Ogos lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga wakil Yayasan Tun Jugah bakal menyertai pameran yang akan diadakan sempena Minggu Kraf London 2023 bermula pada 6 hingga 14 Mei ini.
Wakil tersebut termasuk Pemegang Amanah Pengurusannya Melia Linggi, Kurator Muzium Janet Rata Noel dan penenun Shirley Vilin yang akan mempamerkan dua produk tekstil Iban yang terkenal iaitu kebat Iban dan pua Kumbu.
Memetik perkongsian Bernama, pameran ini akan dianjurkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui yayasannya iaitu Yayasan Tenun Pahang Diraja.
Pameran ini akan diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia London, beralamat di 45 Belgrave Square SW1 bermula jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Untuk info, Yayasan Tun Jugah yang ditubuhkan pada 1985 bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan kaedah tradisional tenunan Iban bagi memberi pemahaman lebih mendalam tentang tekstil dan tradisi tenunan Iban, demi kepentingan tempatan dan antarabangsa.
Kredit Foto: IG Yayasan Tenun Jugah
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 4 Julai lalu genap 67 tahun usia lagenda muzik, Dato’ M. Nasir. Meniti usia lewat 60an, figura popular ini masih sihat bertenaga dengan auranya yang sentiasa tenang. Apatah lagi seniman tersebut bakal mengadakan konsert kurang dari tempoh sebulan saja lagi.
Baru-baru ini pelantun lagu Semerah Padi berkenaan diundang sebagai tetamu jemputan bagi program hiburan, Meletop untuk berkongsi perjalanan sebagai anak seni. Selain mempromosikan konsert yang bakal diadakan kelak.
Istimewanya, isteri tercinta iaitu Datin Marlia Musa hadir memberi kejutan istimewa buat suami tersayang. Dari riak wajah Dato’ M Nasir, jelas terserlah wajah terkejut saat melihat kelibat suri hati kesayangan di set Meletop sambil membawa sebiji kek.
Sambil tersenyum, Datin Marlia menitipkan ucapan buat seniman tersebut bersempena ulang tahun kelahiran.
“Selamat Hari Lahir. Semoga you akan terus berada dengan I hingga akhir hayat.”
Datin Marlia Musa bergelar isteri sifu muzik popular tersebut pada 31 Ogos 2000. Waktu itu, dia berusia 32 tahun sementara suami pula 43 tahun.
Biarpun jarak usia 11 tahun namun kedua-duanya cukup serasi dan saling melengkapi di antara satu sama lain.
31 Ogos depan mereka bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-24. Hasil perkongsian hidup, Dato’ M Nasir dan Datin Marlia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Suci Musalmah.
Dato’ M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed bakal mengadakan Konsert Dato’ M. N45sir Cipta yang dijadual berlangsung pada 10 Ogos depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Daripada perkahwinan terdahulu, komposer terkenal berkenaan mempunyai lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari.
Semoga rumah tangga pasangan romantis ini sentiasa berada dalam lindungan-Nya serta berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.