Caramel Fashion Scarves Sokong Kempen Pink Ribbon Dengan Perkenal 6 Koleksi Menawan

Bulan Oktober adalah bulan kempen kesedaran kanser payudara atau lebih dikenali dengan Pink Ribbon. Justeru, bagi menyemarakkan lagi kempen Pink Ribbon ini, Caramel Fashion Scarves telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bagi merealisasikan kempen Pink Ribbon ini, Caramel Fashion Scarves telah memperkenalkan Koleksi Pink Ribbon dalam sebuah majlis hi-tea di butik Caramel Fashion Scarves yang bertempat di Mytown, Cheras.

Dalam majlis tersebut Pengasas Caramel Fashion Scarves, Datin Azila Caramella berkata bagi membantu mereka yang memerlukan beliau telah menghasilkan 6 helai skarf istimewa khusus untuk kempen Pink Ribbon ini. Koleksi ini hadir dengan rekaan yang sangat eksklusif dan diserikan dengan lambang Pink Ribbon bertatahkan batu swarovski.

“Sempena dengan kempen Pink Ribbon ini setiap pembelian di butik pada hari ini akan mendapat 10 peratus diskaun. Dan jumlah jualan sepanjang bulan Oktober ini pula, 10 peratus daripada keuntungan akan disalurkan ke Breast Cancer Foundation Malaysia (BCF). Ia sebagai satu inisiatif bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang memerlukan bantuan kos rawatan dan perubatan,” ucap Datin Azila Caramella.

Kemeriahan majlis ini dirasakan dengan kehadiran tetamu istimewa pada petang itu. Antara tetamu yang hadir ialah Yang Berbahagia Puan Masdiana Muhamad isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Marco Caramella, Dato’ Emma, Datuk Rozzana, Sherry Ibrahim, Mark Adam dan ramai lagi Nona Superwoman serta fashionista.

Datin Azila Caramella bersama Yang Berbahagia Puan Masdiana Muhamad isteri kepada Menteri Besar Selangor.
Datin Azila Caramella bersama Datuk Rozzana
Dato Emma

Ketua Pegawai Eksekutif BCF, Puan Surayati Hamzah telah diundang khas di majlis tersebut untuk berkongsi dengan para tetamu tentang langkah pencegahan kanser payudara. Salah seorang kanser survivor, Dr Siti Zainab Mohd Zaini juga telah diundang untuk berkongsi pengalaman perjalanannya menentang kanser pembunuh nombor satu wanita ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Breast Cancer Foundation Malaysia (BCF), Puan Surayati Hamzah
Dr Siti Zainab Mohd Zaini

Selain itu para tetamu turut disajikan dengan koleksi Pink Ribbon yang digayakan oleh model terkenal negara. Pertunjukan fesyen ini dimeriahkan lagi dengan alunan suara merdu penyanyi Syamel mendendangkan 3 buah lagu. Majlis petang itu diteruskan dengan sesi hijab styling oleh Didiyana Ehsan yang merupakan seorang hijab stylist terkenal.

Para tetamu begitu terpesona dengan koleksi terbaharu yang dipamerkan di atas rak yang dihias khas itu. Rekaan yang begitu moden dengan adunan warna yang memikat kelihatan begitu sempurna untuk digayakan oleh setiap wanita.

IKLAN
Share