Kebiasaannya, apabila menyebut tentang restoran fine dining, penggunaan alkohol seakan tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, ia menjadi sebahagian dari bahan yang digunakan di dalam penyediaan makanan terutamanya hidangan berasaskan makanan barat. Restoran Casa De Madani yang terletak di Malakat Mall Cyberjaya merupakan restoran fine dining pertama yang diiktiraf halal di Malaysia yang menyajikan sajian bertaraf dunia yang unik dan membawakan konsep Eropah moden dengan citarasa Asia! Selaras dengan konsep Eropah moden yang cuba ditampilkan, segala aspek diberi perhatian khusus antaranya termasuklah membawa sepasukan chef hebat sebagai sebahagian daripada jenama Casa De Madani.Salah seorang chef yang menjadi ‘tulang belakang’ Casa De Madani ialah Chef Mohd Azizan Shukri yang berperanan sebagai Master Chef Casa De Madani yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia masakan.
Chef Mohd Azizan merupakan seorang pakar dalam bidang masakan Eropah moden dan telah mendapat pengiktirafan dari beberapa negara antaranya termasuklah Turki, Cyprus, Jerman dan Bulgaria. Chef Mohd Azizan juga bertindak sebagai Pengarah Kulinari di Malakat Mall. Beliau sememangnya mempunyai reputasi terbaik dalam bidang kulinari di mana beliau merupakan antara 500 ranking chef terbaik di dunia! Selain itu, beliau dibantu oleh Chef Mohd Shahrul Nizam selaku Eksekutif Chef Kumpulan Malakat Mall.
Casa De Madani tampil dengan konsep Eropah moden menyediakan sajian yang berkualiti tinggi, halal dan menepati konsep syariah compliance tanpa penggunaan alkohol di dalam setiap hidangannya. Casa De Madani telah membuka pintu restoran secara rasmi pada 15 Ogos lalu di mana para tetamu jemputan berpeluang mencuba set menu yang istimewa antaranya termasuklah Melon and Crumble Feta Cheese Charcoal Tuiles and Mint Mill untuk pembuka selera, Roasted Thyme of Pumpkin Soup, Crouton Burn, Emulsion Foam Cappucino untuk hidangan sup. Manakala dua pilihan hidangan utama disediakan untuk dipilih oleh para jemputan iaitu Lobster Thermido with Spaghetti Aglio Olio Extra Virgin Olive Oil and Crispy Garlic atau Rack of Lamb with Mint Capers Finishing Cream and Herb Overnight Egg Plant.
Ads
Ads
Mengakhiri perjalanan hidangan fine dining semasa majlis pembukaan rasmi, para tetamu jemputan khas dijamu dengan hidangan pencuci mulut Chocolate Indulgence, Freshing Passion Fruit Green Sugar Garnishing Caviar Gold. Kesemua set menu yang dipersembahkan sememangnya menepati standard restoran fine dining terkemuka dan semestinya penulis tumpang bangga apabila hidangan ini mematuhi syariah dan bermutu tinggi!
Casa De Madani terletak di Malakat Mall ini merangkumi bangunan dua tingkat turut dilengkapi tiga buah bilik persendirian yang mempunyai saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan majlis dan jumlah tetamu yang bakal diraikan. Ruang atas restoran boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa manakala ruang bawah pula boleh menempatkan 30 orang tetamu untuk menikmati hidangan. Dekorasi yang elegan serta menerapkan elemen eksklusif menjadi daya tarikan utama Casa De Madani yang menggunakan hasil kerja anak tempatan bagi menghasilkan gaya dekorasi mewah namun masih mengekalkan ciri unik Islamik nan mempersona. Lebih istimewa, setiap makanan yang dihidangkan di Casa De Madani menggunakan barangan segar dari seluruh dunia antaranya termasuklah daging Wagyu A5 (gred tertinggi dalam keluarga daging Wagyu) dan udang kara dari tiga buah negara pengeluar udang kara terkenal di dunia. Penulis amat tertarik dengan konsep hidangan tailor made di mana para pelanggan boleh minta apa sahaja yang tiada di dalam menu! Hebat bukan! Mungkin ada di antara para pelanggan yang mempunyai citarasa berbeza boleh menguji kreativiti chef menghasilkan hidangan gastronomi yang hebat dan menyelerakan.
Ads
Kebiasaannya, menikmati hidangan di restoran fine dining sememangnya terikat dengan protokol pemakaian formal bersesuaian dengan peraturan yang telah ditetapkan. Etika berpakaian di Casa De Madani setaraf dengan restoran dan hotel mewah bertaraf lima bintang. Malah, kakitangan Casa De Madani juga bukan calang-calang pengalaman dalam bidang F&B apatah lagi kebanyakannya merupakan bekas kakitangan syarikat penerbangan yang sememangnya pakar dalam bidang hospitaliti.
Untuk menikmati hidangan yang istimewa di Casa De Madani, para pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu untuk menikmati makan tengah hari ataupun makan malam bagi menjamin kepuasan dalam melayari pengalaman menikmati hidangan secara fine dining ini dengan memori indah bersama tersayang. Kejayaan sekumpulan anak Melayu membangunkan jenama fine dining mengikut lunas syariah sememangnya wajar diberikan pujian apatah lagi dalam merealisasikan ekonomi Islam ke peringkat yang lebih tinggi.
Jadi, untuk anda yang ingin mencuba pelbagai menu Eropah moden dalam kelas tersendiri, Casa De Madani adalah jawapannya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasak menjadi rutin harian YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din. Hari minggu adalah hari yang paling sibuk apabila seluruh keluarga berkumpul bersama.
“Hari minggu agak kelam-kabut sikit kerana setiap anak mahu menu yang berbeza. Suami pula apa yang saya masak semua digemarinya. Tengku lebih menyukai masakan Melayu. Kegemaran beliau ialah Kari Kepala Ikan yang dimasak cara tipikal India.
Kali ini YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati berkongsi resipi Briyani Tuna versinya. Bosan dengan resipi briyani daging, kambing dan ayam maka beliau mengolah sendiri Briyani Tuna mengikut caranya.
“Anak-anak saya sukakan ikan. Smoked Tuna ini datang dari Maldives. Kebetulan saya mempunyai kawan dari Maldives. Setiap kali dia pergi ke sana, saya akan mengirimnya. Resipi ini kegemaran anak-anak kerana Smoked Tuna tak ada tulang.
Anak-anak menyukai ikan seperti Bawal Emas, mereka lebih memilih ikan yang tiada tulang,” ujar isteri kepada YAM Tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ini.
BRIYANI TUNA
BAHAN-BAHAN;
4 cawan Beras Basmathi, masak 3/4 masak
1 helai daun bay kering
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 cawan jus lemon
3-4 keping smoked tuna
4 sudu besar yogurt
2 labu bawang besar
3 biji tomato, saiz sederhana
3 pokok daun pudina, ambil daun sahaja
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar
Pewarna merah & kuning, boleh juga guna saffron
Rempah masala
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
3 biji kentang, dibelah 4
CARA MEMASAK
1. Masak nasi 3/4 masak dan perasakan dengan sedikit garam. Kemudian, tos.
2. Tumbuk halus bawang putih, halia dan bawang besar. Tomato dicincang.
3. Satukan minyak sapi dan mentega dalam kuali dan panaskan sehingga naik bau. Tumiskan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau dan kelihatan hancur.
4. Masukkan rempah masala (khas untuk ikan). Untuk sedap tambah rempah briyani.
5. Masukkan air dan juga jus lemon.
6. Masukkan yogurt kemudian masukkan kentang.
7. Akhir sekali, letak smoked tuna. Sebagai pilihan boleh letak isi ikan tongkol hitam.
8. Kuah tuna tadi letakkan dalm periuk lain pula untuk satukannya.
9. Dalam periuk lain, letakkan kuah tuna untuk lapisan bawah sekali. Kemudian tabur daun pudina dan daun ketumbar di atasnya.
10. Lapiskan diatasnya nasi yang 3/4 masak tadi. Kemudian letakkan pewarna atau saffron dan taburkan kismis.
11. Ulang proses melapis dengan langkah yang sama sekurang-kurangnya dua lapisan. Setiap lapisan letak 2 ketul smoked tuna.
12. Masak lagi sehingga 20 minit.
13. Nasi yang sudah dimasak sedia dihidang.
Sumber: Majalah Rasa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Karipap, Kuih Seri Muka, Lepat Liat, Pulut Panggang, Kuih Lopes semuanya memang menjadi favourite Nona. Dapat pula nikmati kuih tradisi ini dengan secawan kopi. Aduh, tak terdaya hendak lawan godaan kuih-muih ini.
Tidak dinafikan, kuih tradisi yang dihasilkan generasi dahulu agak renyah dan memerlukan sukatan yang betul baru menjadi. Tapi kalau sudah minat, mahu atau tidak kena juga belajar. Mana tahu lepas ini boleh tambah pendapatan dengan menjual kuih.
Berikut, penyediaan resipi Puding Karamel dan Kuih Cara Manis yang patut anda cuba. Yang penting, mudah dan cepat!
PUDING KARAMEL
Bahan-bahan puding:
5 biji telur (saiz sederhana)
1 tin susu cair
150 ml air
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
Bahan-bahan kuah karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara membuat:
Sediakan bahan-bahan untuk kuah karamel dengan memasukkan gula dan air ke dalam kuali. Biarkan gula hangus hingga keperangan sebelum dituang ke dalam loyang. Sejuk dan asingkan. Sementara itu, di dalam mangkuk satukan semua bahan membuat puding. Kacau perlahan hingga tidak berbuih. Pastikan kuning telur pecah sebati dan kemudian ditapis. Tuang ke dalam loyang karamel tadi. Sesudah itu, kukus selama 45 minit atau hingga masak. Tutup loyang puding dengan pembalut aluminium dengan suhu 180 darjah Celsius. Apabila sudah masak, sejukkan seketika sebelum diterbalikkan. Siap untuk dinikmati.
KUIH CARA MANIS
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
Pewarna hijau
Gula secukupnya
Garam
Minyak masak
Cara membuat:
Cuci bersih daun pandan dan potong kecil. Kemudian kisar bersama santan dan ditapis. Satukan bersama tepung gandum, 2 ke 3 titik pewarna hijau dan telur. Kacau rata dan bubuh garam secukup rasa. Tapis adunan tadi dan ketepikan. Panaskan terlebih dahulu acuan kuih cara atas dapur dan kecilkan api apabila telah panas. Oles minyak masak pada bekas acuan dan isi adunan tadi dalam bekas bermuncung untuk dituang ke dalam setiap acuan hingga penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih dengan anggaran 1/3 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk dan masak hingga kuih berwarna pucat dan tidak melekat apabila disentuh. Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Ulangi langkah sama hingga selesai. Siap untuk dinikmati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nabila Razali, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Si pelantun lagu Pematah Hati ini kini kian ligat dengan karier seninya yang semakin memuncak. Namun begitu, sesibuk mana pun dirinya sepanjang bulan Ramadan ini, Nabila tetap memilih untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
“Detik ini bukan selalu ada memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier. Kesempatan itu saya manfaatkan pada bulan Ramadan. Semoga tahun ini kami sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa bersama. Antara juadah berbuka yang sentiasa saya nanti-nantikan setiap kali Ramadan ialah Martabak Daging, Puding Karamel, Nasi Beriani Daging dan Kuih Lompang.
Selain Datuk Chef Wan saya juga menjadikan ibu sebagai idola. Ibu bukan saja pandai memasak malah kreatif dalam mencipta menu-menu baru tanpa perlu merujuk buku dan sebagainya. Salah satu menu kreatif ibu ialah Ikan Bilis Goreng Cili yang dicampur dengan anggur. Rasanya sangat sedap!
Menu air tangan ibu yang lain yang turut menjadi kegemaran saya ialah Kari Baba Nyonya, Rendang Ayam dan Ayam Goreng Cili. Bagi saya keenakan rasanya sangat unik.
Nona kongsikan resipi Puding Karamel yang menjadi juadah kegemaran Nabila setiap kali Ramadan.
PUDING KARAMEL
Bahan-bahan:
4 biji trelur saiz A
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
170 ml air
Sedikit vanila esen
Cara Membuat:
Untuk karamel masak gula dan air di dalam kuali. Kacau sehingga keperangan lalu segera masukkan ke loyang. Ratakan karamel dan biar sejuk. Untuk puding, pukul telur sehingga rata jangan sampai berbuih. Masukkan susu cair, gula, air dan vanila esen. Kacau sehingga gula larut. Kemudian tapis adunan dan masukkan ke loyang yang telah dituangkan karamel tadi. Bungkus loyang dengan kertas aluminium lalu kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk barulah diterbalikkan loyang. Simpan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kate Middleton ketika menyambut Donald Trump di Istana Britain, mengenakan mahkota mutiara kegemaran Puteri Diana yang digayakan bersama gaun renda.Putera William dan isterinya, Kate...