Beza usia 23 tahun sedikit pun tidak menjadi halangan buat selebriti terkenal Hollywood, Thalia hidup bahagia di sisi suami tercinta yang juga maestro muzik terkenal Amerika Syarikat iaitu Tommy Mottola. Dia yang kini berusia 54 tahun dan ibu kepada dua cahaya mata menikmati alam rumah tangga penuh makna serta indah bersama Tommy yang mencecah usia 77 tahun.