Siapa yang tak kenal dengan Shiha Zikir bukan? Selain dari menyanyi, Shiha juga berbakat dalam bidang lakonan, host dan komedi. Shiza juga memang dikenali seorang personaliti yang sangat merendah diri dan cukup komited dengan kerjayanya.
Malah Shiha juga merupakan seorang usahawan yang turut sama mempunyai rangkaian bisnesnya; yang terdiri daripada bisnes kanta sentuh dan kosmetik.
Dan kini Shiha Zikir melangkah lagi ke hadapan dengan menceburi bidang penyediaan makanan pula apabila baru-baru ini Shiha mengumumkan yang dirinya kini pemilik sebuah restoran nasi ayam yang diberinama Shiha Zikir Nasi Ayam.
Secara rasminya dilancarkan semalam, restoran yang dinamakan sebagai Shiha Zikir Nasi Ayam itu dibuka di sekitar The Lux by Infinitum, Kampung Baru KL, dan beroperasi setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 9 malam.
Ads
Menurut pelantun lagu Irama dan Aewo itu, restorannya itu bukan saja menampilkan hidangan nasi ayam tetapi berpuluh lagi menu untuk dipilih seperti sotong & udang KamHeong, udang Buttermilk dan macam-macam lagi.
Tahniah NONA ucapkan kepada Shiza, semoga rezeki Shiha semakin melimpah ruah selepas ini.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkejut sungguh wanita cantik ni bila Editor Nona, Kiffy Razak tiba-tiba cakap nak bagi hadiah. Ingatkan nak bagi beg tangan LV, tapi rupa-rupanya…
Tak sanggup Joy nak basuh pinggan sampai Singapura, berderai gelak kami masa ni! Dalam pada tu, sempat jugalah dia bercerita beberapa kisah peribadinya yang dijeruk sekian lama.
Sepanjang pertemuan, barulah kami tahu dan kenal siapa diri sebenar wanita bernama Siti Arifah Mohd Amin itu. Honestly, orangnya memang sweet dan tabah dalam satu masa. Banyak sungguh pengakuannya yang menyentuh hati. Orang perempuan je faham!
Betapa di hati kecil kami, seronok melihat dia tertawa apabila diusik begitu. Sekurangnya dapatlah juga mengubat taufan yang membadai rumah tangga yang dibina.
Joy Revfa bukanlah selebriti tapi namanya viral selepas kontroversi perkahwinan keduanya dengan penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun.
Kemelut rumah tangga mereka kini masih dalam perbicaraan Mahkamah Syariah bagi menentukan perceraian Joy dengan bekas suami pertamanya sah atau tidak.
Dalam perkembangan terkini, Joy melahirkan rasa terkilan kerana wujud ramai ‘hakim’ yang mendahului hakim yang sebenar.
Kes pasangan ini akan dibicarakan semula pada 28 September nanti. Harapan Nona semoga kedua-duanya bertemu penyelesaian terbaik dan berdamai secara profesional.
Dibawakan secara up close and personal, jom ketahui cerita Joy Revfa yang selanjutnya dalam Nona Oktober 2017. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keikhlasan seorang wanita warga emas, Chee Hoi Lan, 83 tahun atau mesra digelar Laoshi yang sudi menjaga Rohana Abdullah yang beragama Islam sejak kecil membuatkan dirinya dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Biar berbeza budaya dan agama, Laoshi yang juga pesara guru tadika dengan rela hati tanpa berkira serta kasih sayang yang tinggi memelihara Rohana sejak berusia dua bulan lagi bagai menatang minyak yang penuh. Laoshi juga sanggup menyediakan wang belanja untuk Rohana mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
“Dua puluh dua tahun lalu, dia ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.
Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan namun kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.
Wanita itu, Chee Hoi Lan, 83, adalah guru tadika di mana ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan dan mengenangkan nasib bayi terbabit, dia mengambil keputusan menjaganya seperti anak sendiri.
Hoi Lan berkata, dia sedar isu perbezaan agama akan menjadi masalah dan kerana itu, dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana, 22, menggunakan wangnya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Selain itu, Rohana juga dipastikan belajar perkara asas mengenai Islam menerusi pengajian langsung di sekolah dan didikan daripada kenalannya.
“Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini.
“Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim, dia akan kekal begitu sampai bila-bila,” katanya ketika membuat aduan mengenai Rohana yang tidak memiliki kewarganegaraan kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim, kelmarin.
Hoi Lan yang tidak berkahwin berkata, selama ini Rohana tinggal bersamanya di sebuah kawasan perumahan di ibu negara dan sehingga hari ini, dia memastikan ‘anaknya’ itu meneruskan hidup sebagai seorang Muslim.
Laoshi terpilih menerima anugerah berkenaan yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kisah pengorbanan Laoshi menjaga Rohana pernah viral suatu ketika dahulu sehingga ramai yang mengagumi tindakan warga emas itu menjaga keperluan Rohana dan memastikan anak angkatnya itu menerima segala yang diperlukan dalam mempelajari agama Islam.
Sementara itu, selebriti, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.
Tokoh korporat, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan penerima Anugerah Perdana, manakala Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Prof Datuk Dr Azizan Baharudin menerima anugerah bagi Ikon Sains dan Peradaban.
Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman (Ikon Media Islam); Pengasas Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim (Ikon Korporat Islam) dan pakar kaunseling, Hushim Salleh (Ikon Kaunselor dan Motivasi).
(Sumber: FB Ipoh Ipoh Ajer Original & Harian Metro)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk perut ibu mengandung dapat menyaksikan kejayaan anak membesar di depan mata. Lebih-lebih lagi anak sulung yang sememangnya kehadiran mereka ini cukup istimewa dan memberi makna tersendiri buat si ibu. Pasti bukan mudah bagi mana-mana kaum ibu untuk berjauhan dan ‘melepaskan’ anak mereka ke negara asing. Namun demi masa depan anak tersayang, Datin Diyana Halik reda putera sulungnya iaitu Danish Anaqi melanjutkan pengajian di bumi Jepun.
Berkongsi khabar gembira atas pencapaian akademik membanggakan Danish di media sosial, usahawan muslimah ini melahirkan rasa syukur kerana perjalanan anak pintar beliau dan Dato’ Aaron Aziz akhirnya dipermudahkan. Danish Anaqi selamat berangkat ke Jepun kira-kira tiga hari yang lalu.
“MashaAllah Tabarakallah SubhanAllah, Allah is the best planner. Alhamdulillah sangat bersyukur. Alhamdulillah Allah SWT really ease everything. When we got the news that Danish dah boleh enter Japan, we had one only week to sort everything. Visa, swab test and etc.
I think it’s emotional because of the current situation. Everything is so unpredictable. Ya Rabb please take away this Covid-19 from us. Ameen. Kebetulan terjadinya PKP selepas Danish dah selamat sampai.
May Allah SWT grant our children the right path and may they always stay in the right path. May Allah make our children successful in Dunia and akhirat. Ameen Ameen,” kongsi ibu tiga anak berusia 39 tahun ini.
https://www.instagram.com/p/CGPi6Hih1rg/
Sementara itu, aktor terkenal Dato’ Aaron Aziz juga sempat menitipkan doa buat satu-satunya anak lelaki beliau dan isteri. “Tabarakallah Ya Allah kau lah sebaik-baiknya penjaga untuk anakku, Danish Anaqi. I leave him in your hands oh Allah. Protect him and all student from harm seen or unseen. Berat hati ini melihat anak sulung ku ke luar negara untuk 3 tahun di Jepun.”
Difahamkan Danish kini mengikuti program pengajian prauniversiti bagi Diploma International Baccalaureate (IB) dalam jurusan Global Politics. Ia merupakan program yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan kelayakan Diploma IB boleh diterima pakai bagi kemasukan ke program ijazah sarjana muda di dalam atau luar negara. Pelajar program Diploma IB diprofilkan sebagai insan yang mempunyai daya ingin tahu, pemikir, mempunyai minda terbuka dan berani mengambil risiko.
Tahniah Datin Diyana dan Dato’ Aaron Aziz kerana berjaya mendidik dan membentuk Danish Anaqi menjadi anak pintar, berbudi bahasa dan penyayang. Selain Danish, dua lagi puteri kesayangan pasangan selebriti ini ialah Dwi Ariana dan Dahlia Arissa hasil perkongsian hidup Dato’ Aaron dan Datin Diyana selama 17 tahun.
Kredit: Instagram Datin Diyana & Dato’ Aaron Aziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!