Nak cantik, bukan boleh sekat-sekat usia. Kekalkan saja kecantikan itu biarpun sudah mencecah usia senja. Tapi jangan berlebih-lebih pula.

Teknik kekal cantik ini perlu sesuai dengan usia. Ingat, selain regimen kecantikan, solekan juga memainkan peranan penting untuk ubah penampilan! Banyak barangan solek yang boleh anda perolehi di SINI

IKLAN

Primer

Jadikan primer sebagai teman baik anda. Primer wajah yang baik akan memenuhi ruang kedut pada wajah, menutup garis halus, menjadikan liang roma semakin kecil dan memperbetulkan kompleksi wajah.

CECAH Usia 40an, Tetap Maintain Cantik. BONGKAR RAHSIA Untuk Nampak Muda.

Gincu bibir

Gincu bibir boleh menentukan usia anda. Pilih gincu yang mempunyai tona warna satu atau dua tahap lebih gelap dari warna bibir. Elakkan gincu matte kerana ia menutup garisan bibir. Apa kata cuba gincu bibir berkrim atau pengilat bibir.

Pengilat bibir bukan sahaja memberi ilusi lebih muda tetapi menjadikan bibir lebih mungil.

CECAH Usia 40an, Tetap Maintain Cantik. BONGKAR RAHSIA Untuk Nampak Muda.

Pemerah pipi

Teruskan menggunakan pemerah pipi berkrim. Kulit tua biasanya kulit kering jadi pemerah pipi berkrim tidak mampu menyelesaikan masalah garisan halus dan kedut pada wajah . Produk berkrim cenderung ‘memejalkan’ kulit anda.

CECAH Usia 40an, Tetap Maintain Cantik. BONGKAR RAHSIA Untuk Nampak Muda.

Penggaris mata

Penggaris mata membantu menonjolkan mata. Menggaris mata boleh menjadikan ia lebih galak. Melukis penggaris mata pada bahagian atas mata membuatkan bulu mata anda lebih cantik manakala garisan bawah mata member efek lebih kemas.

Tip untuk anda: Gunakan penggaris mata berona lebih gelap pada bahagian atas mata manakala penggaris mata lebih cerah pada bahagian bawah.

CECAH Usia 40an, Tetap Maintain Cantik. BONGKAR RAHSIA Untuk Nampak Muda.

 

Selain itu, perhatikan juga:

Teliti perubahan kulit

Cuba solekan yang lebih sofistikated dan sesuai dengan kulit serta personaliti anda. Pastikan anda jangan over confident pula dengan solekan garang atau berwarna-warni pada usia 40’an ni.

Kontur

Tip kontur ini akan menjadikan anda jauh lebih muda dari usia. Hanya dengan menggunakan bedak kompak dua atau tiga tahap lebih gelap dari kulit wajah, sapukan ia secara ringan pada bahagian garis rahang, garis anak rambut dan dahi.

TIDAK PERLU melakukan pembedahan, hanya perlu bijak menggunakan gaya solekan.

Pencuci wajah anti penuaan

 Terimalah hakikat bahawa usia kita semakin meningkat. Tetapi, dengan cara penjagaan yang betul, anda boleh mengurangkan penglihatan wajah dalam soal usia. Guna pencuci wajah anti penuaan kaya nutrien kerana regim anti penuaan bermula dengan pemilihan pencuci yang betul, sama ada semakin mengeringkan atau melembap kulit.

IKLAN

Pewarna rambut

Kurangkan uban rambut dengan mencari belahan yang sesuai pada wajah. Warnakan rambut untuk menutupi uban.

Gunakan warna-warna yang natural dan tidak terlalu menonjol.

Biarkan kening menebal

Warnakannya untuk menutup rambut putih yang ada. JANGAN cabut bulu kening kerana anda akan memusnahkan folikel yang mana boleh menyebabkan terdapat jarak di antara bulu kening, di mana ada bulu kening yang tidak tumbuh.

Gunakan krim malam yang kaya dengan nutrien

Pada usia 40’an, fiber kolagen mengental, memberi kesan kedut pada wajah.

Kuncinya..gunakan rose oil, minyak jojoba dan AHA semula jadi untuk mengurangkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah kusam dan kelabu.

Buang mindset “hanya pembedahan plastik boleh memberikan kecantikan yang saya inginkan!”

IKLAN

Minum air suam dan teh hijau

Ia membolehkan peredaran darah yang baik dan kulit lembut.

Masukkan facial menggunakan bahan semula jadi ke dalam regim kecantikan anda kerana sesekali kulit wajah perlu dibelai dan diberi nutrisi yang lebih teliti.

Bersihkan hati

Ini akan membuatkan penglihatan anda lebih jelas dan meningkatkan metabolism

ELAKKAN produk tenusu, gandum atau gula selama lima hari. Gantikannya dengan menikmati sayur-sayuran hijau. Ia adalah cara mudah untuk membersihkan hati anda.

 

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan, Amy Mastura dan Erra Fazira

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI