Cerewet Dalam Berfesyen, Ibu 4 Anak Ini Tampil Berani Dengan Gaya ‘Color-Blocking’

Memang wow sangat penampilan wanita cantik ini. Nampak yakin dengan gaya color-blocking pilihannnya. Tak semua wanita berani tampil berani dengan warna-warna terang ni, bukan hanya pakaian bahkan aksesori dan tudung juga. Secara tak langsung ia melambangkan karakter dan personaliti si pemakai.

“Fashion is my passion” Itu definisi fesyen bagi wanita cantik ini. Walaupun usianya sudah mencecah 41 tahun namun Shafira Dalina Kamarudzaman seorang yang cukup menitikberatkan penampilan. Dia juga sering tampil dengan gaya berani bertemakan color-blocking

menjadikan penampilannya lebih wow!
Beberapa koleki kasut berjenama milik Shafira Dalina, cantiknya!

Ibu anak 4 ini juga merupakan seorang pencinta fesyen pakaian berjenama. Sebagai seorang Eksekutif Bank, menjaga penampilan adalah sangat penting bagi Shafira.
Tak sekadar menyarungkannya sahaja, Shafira cukup teliti atau dalam erti kata lain ‘cerewet’ dalam pemilihan pakaian.

Baca perkongsian wanita ini yang dapat dijadikan inspirasi khususnya buat anda penggemar fesyen semasa dan berjenama.

“Saya sukakan pakaian berjenama kerana kualitinya. Bila kita pakai ia jadi selesa. Ini termasuklah materialnya serta detailing (perincian), finishing dan workmanship. Ini semua menyumbang kepada kualiti produk.

Selain itu, fesyen berjenama juga up to date dari segi trend semasa, koleksi juga sering bertukar. Sebagai penggemar fesyen saya sentiasa teruja untuk melihat apakah koleksi akan datang.

Sebagai penggemar fesyen semestinya banyak jugalah koleksi pakaian berjenama yang saya ada. Kebanyakan jenamanya ialah Zara kerana ia jenama kegemaran saya.

Bagi saya jenama Zara sangat berkualiti dari segi material dan fabrik. Secara tak langsung kita dapat purchase dengan harga yang berpatutan. So kita dapat value for money.”

Kredit Foto: Instagram @shafiradalina

IKLAN
Share