Gaya Hidup

CHRYSEIS TAN & SM FALIQ Kongsi Nama Anak Lelaki. Pilih Nama SM ARMAN NAZA.

Mendapat zuriat di tengah-tengah kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini sememangnya memberi rezeki berganda buat Chryseis Tan dan suaminya, SM Faliq Nasimuddin.

Umum sedia maklum, Chryseis Tan selamat melahirkan seorang cahayamata lelaki pada 18 Januari 2023 yang lalu. Bayi seberat 3.5kg itu dilahirkan secara pembedahan C Sec itu merupakan hadiah paling berharga Faliq yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke 38 pada 25 Januari lalu.

Meskipun tidak berkesempatan mengambil gambar sekeluarga di hari pertama sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini memandangkan Chryseis sedang dalam proses berpantang, kesempatan meraikan tradisi Chap Goh Meh membolehkan keluarga ini berkumpul dan mengabadikan memori sekeluarga.

Di samping itu, keluarga bahagia ini buat pertama kalinya memuat naik foto anak lelaki mereka yang diberi nama SM Arman Naza SM Faliq. Dua keping foto si comel turut dimuat naik di laman Instagram milik anak kepada taikun  Tan Sri Vincent Tan ini.

Selain itu, pasangan ini turut meraikan sambutan Chap Goh Meh di bersama ibubapa Chryseis Tan iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan. Ia turut diserikan dengan persembahan tarian singa untuk mendapatkan keberkatan sepanjang tahun ini.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Februari 2018 dalam majlis perkahwinan gilang gemilang di The Chateau, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Arianna Kayla Tan pada 16 Julai 2020.

 

IKLAN
Share