Clé De Peau Beauté Memperkenalkan Koleksi Autumn/Winter 2017

Dewan Bankuet Ritz-Carlton Kuala Lumpur telah bertukar wajah dengan dilimpahi cahaya penuh gemilang dalam suasana penuh sofistikated dan glamor.

Pada malam yang penuh meriah, jenama kosmetik mewah antarabangsa, Cle De Peau Beauté telah merungkaikan koleksi terbaharu, Autumn/Winter 2017 yang mengadunkan elemen Timur dan Barat. Mengimbau zaman abad ke-17 dengan mengetengahkan tema Chinoiserie sebagai inspirasi Clé De Peau Beauté untuk koleksi terbarunya.

Chinoiserie lahir hasil pertembungan budaya Timur dan Barat. Ia merupakan zaman tercetusnya permulaan revolusi budaya yang memberi pengaruh besar kepada perkembangan fesyen sehingga kini.

Menggunakan Chinoiserie sebagai sumber inspirasi utama Creative Makeup Director of Clé de Peau Beauté, Lucia Pieroni telah mencipta sebuah seni kecantikan yang menampilkan seorang wanita yang kuat dan berani. Menekankan solekan yang minimum namun menyerlahkan kecantikan kulit secara semula jadi.

Saat melangkah ke dewan, tetamu telah diiringi alunan orkestra yang merdu sambil menikmati santapan ringan sebelum masuk ke dalam dewan. Tetamu wanita telah diberi peluang untuk merasai sendiri lipstik terbaru koleksi Autumn/Winter 2017 ini.

Persembahan malam itu bermula dengan Autumn/Winter 2017 Amanda’s mood movie dan dikuti sesi pengenalan koleksi dan inspirasi oleh pengacara majlis. Acara kemuncak pula persembahan dari tiga Chinoiserie Chic

mood videos, menampilkan enam Chinoiserie Beauties tempatan, Joanne Yew, Zhiny Ooi, Karena Teo, Tracy Cheong, Ein Tan dan Alicia Amin.

Video pertama, “Rising Radiance” menampilkan Joanne and Zhiny, menumpukan rangkaian penjagaan kulit pertama infused Foundation daripada Clé de Peau Beauté. Satu langkah melangkaui bedak asas tradisional, dengan tekstur pelembap kulit yang mewah yang meninggalkan kulit selembut sutera. Bedak asas yang mampu memberikan kesan yang cantik dan semula jadi.

Kemudian para tetamu telah dipersembahkan lagi dengan video “Perfection and Sophistication”, menampilkan Karena and Tracy sebagai pelakon utama. Intensifying Liquid Eyeliner daripada Clé de Peau Beauté ini telah menjadi elemen utama penghasilan video ini. Kesempurnaan garisan daripada dual-ended eye liner

ini memberi impak mata yang cantik dan menyerlah.

Solekan pasti tidak akan sempurna tanpa goresan lipstik. Persembahan video seterusnya hasil persembahan Ein and Alicia, yang menampilkan Clé de Peau Beauté’s Lipstick terbaharu. Lipstik ikonik dengan 12 warna baharu ini menonjolkan solekan bibir yang sempurna.

Hujung lipstik hadir dengan bentuk S direka sempurna untuk keselesaan dan solekan yang menyeluruh, satu-satunya Rouge à Lèvres. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share