Lagu keramat nyanyian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, ‘Tanggal Tiga Puluh Satu, Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh…’ Oh, sekali lagi bakal menjadi siulan rakyat Malaysia.
Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh Malaysia. Selain teruja meraikan acara Sukan Sea Ke-29 Kuala Lumpur 2017, kita juga riang menghitung hari untuk merayakan sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan negara.
Mahu berkongsi cara istimewa untuk memanjakan selera pada hari bersejarah ini, Nona ‘dikejutkan’ dengan kedatangan cef selebriti kesayangan kami, Anis Nabilah. Datang seperti biasa dengan mulutnya yang riuh, Anis hulurkan sebuah beg kertas merah untuk dibuka.
Wah, KitKat Chocolatory perisa baru! Kata Anis, menariknya tentang perisa kali ini, ia diramu bercirikan selera Malaysia. Aromanya yang asli, rasanya yang hampir sempurna dan tekstur seakan makanan tempatan sebenar pasti mengejutkan sesiapa saja. Cubalah!
Ternyata memang betul cakap Anis. Tiga perisa itu, onde-onde… teh tarik… dan durian memang sedap belaka.
Ads
Ketiga-tiga perisa ini adalah gabungan sempurna yang menceritakan selera tempatan yang sebenar
Paling Nona suka, KitKat Chocolatory perisa kuih tradisi onde-onde. Bayangkan coklat putih perisa pandan hijau dengan adunan Gula Melaka, kelapa parut dan garam laut. Saat coklat cair di mulut… aduh, aroma kuih lazat ini bagai menggamit nostalgia kuih buatan emak di kampung.
Anda juga mesti rasa coklat KitKat perisa teh tarik dan durian sebenar yang dicampur kepingan biskut serta coklat putih. Sedap sangat-sangat tau! Kalau nak beli pun tak mahal iaitu hanya RM13.90 untuk setiap perisa.
“Nah, sedapkan? Sebenarnya saya suka coklat tapi kurang gemar menikmati bar coklat biasa. Tapi KitKat memang favourite saya sebab ada wafer rangup di dalamnya.
Ads
Kali ini, saya sangat teruja menghasilkan resipi istimewa yang boleh mengingatkan kita pada sajian kegemaran rakyat Malaysia,” kata Anis yang nampak smart dalam persalinan KitKat Chocolatory rona merah menyala.
Anis’ Ice Cream Potong Creation
Eh, apa pula ni? Empat perisa coklat wafer yang mirip perisa aiskrim potong kegemaran kita dalam satu bekas KitKat?
Ads
“Inilah yang paling latest saya hasilkan! Percaya tak, ada perisa aiskrim potong yang kita suka makan macam Mangga Harum Manis, Rose Sirap Bandung, Ais Kacang dan Three Layer Tea serta Santan Kelapa! Rasalah,” pelawanya.
Anis’ Ice Cream Potong Creation hanya berharga RM30 sekotak dan hanya didapati dalam jangka masa terhad. Kalau nak dengar Anis promote sendiri coklat-coklat KitKat ni, klik jer video ni. By the way, thank you Anis and KitKat! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, comel pula tengok gelagat Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 di antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari lalu.
Cukup fokus menonton persembahan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penuh debaran itu, reaksi YB Hannah yang bersorak kegembiraan sebaik gol dijaringkan nyata mencuit hati peminat bola sepak.
Dalam perlawanan itu, Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir dengan bergaya apabila menewaskan skuad Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B.
Skuad Harimau Malaya yang perlu menang untuk mara ke peringkat empat terbaik jelas tidak menghampakan lebih 65,000 penyokong setianya dengan mempamerkan persembahan bertenaga dan menghiburkan.
Teruja dengan kemenangan tersebut, YB Hannah menerusi media sosial miliknya memuji kesungguhan pasukan bola sepak negara. Malah, mengakui perlawanan itu membuatkan dirinya tidak keruan.
“Bersama 65,147 penyokong Harimau Malaya yang hadir menyokong pasukan negara Malaysia melawan Singapore. Kehadiran dan sokongan yang padu!
Congratulations FAM and FA Singapore for a great match. Saya tak boleh tidur malam ini kerana terlalu gembira. I came, I jumped and I cheered!”
Kredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeoh
Memang tak keruan dibuatnya apatah lagi stadium dengan kapasiti 87,411 itu gempita dengan sorakan penyokong seperti guruh apabila empat kali gawang Singapura dibolosi anak buah Kim Pan Gon.
Sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dilihat komited melaksanakan tugas.
Kredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeoh
Bahkan ibu dua cahaya mata ini turut meluangkan masa bertemu atlet seperti Datuk Azizulhasni Awang dan bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin dalam usaha memperkasa lagi industri sukan tanah air.
Moga terus maju jaya diucapkan kepada YB Hannah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin, isu video promosi kempen kerajaan yang dilakukan oleh pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor dan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun tular dan menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, klip video membabitkan kementeriannya yang memaparkan pelakon Rosyam Nor dianggap sebagai memperlekeh dan menjatuhkan maruah dan martabat wanita.
Dalam satu kenyataan di hantaran Twritter nya, YB Hannah Yeoh yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Subang Jaya berkata ini bukan kali pertama Rina menggunakan publisiti yang memalukan kementerian.
“Lebih teruk lagi, Rina dan pegawai Yayasan Kebajikan Negara hanya berdiri dan tersenyum apabila dilemparkan cacian terhadap wanita,” katanya merujuk kepada video TikTok yang viral semalam. Selain itu, lagak Rosyam bercakap menggunakan bahasa samseng, dipercayai meniru watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster 2 dilihat agak keterlaluan dalam video promosi untuk program keusahawanan kementerian itu.
Kredit foto: Twitter Hannah Yeoh
Kedua-dua pihak baik dari kerajaan mahupun pembangkang dilihat tidak senang dengan dialog Rosyam yang didakwa memperlekehkan wanita. Dalam klip tersebut, Rosyam berkata wanita “sentiasa bangun lambat” dan bahawa “aku nak belasah kepala korang”, dengan Rina yang tersenyum melihat gelagat pelakon itu.
Isu ini turut disuarakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said. Beliau yang menulis di hantaran Twitter nya berkata, “YBM, elok @KPWKM ditukar kpd “Kementerian Pembangunan Keluarga”, buang je perkataan “wanita”. Senang kerja. Rugi semua usaha Kem dlm isu Menentang Keganasan thdp wanita bagai Mencurah Air ke Daun Keladi. Kesian.
Kredit foto: Astro AWANI
Namun melalui kenyataan balas Datuk Rosyam Noor menerusi portal Mstar, beliau berkata, perkataan yang ditutur tidak perlu difahami secara negatif, sebaliknya hendak dilihat dari sudut positif. “Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran untuk kaum wanita bangkit dalam perniagaan”.
Isu ini bila dilihat agak sensitif apabila melibatkan gender. Mungkin penggunaan bahasa untuk mempromosi boleh disusun dengan lebih kemas, memandangkan negara Malaysia terkenal dengan masyarakatnya yang berbudi dengan adab yang sopan kala tertutur. Apa pula pendapat pembaca setia kami?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kate Middleton mencuri perhatian dunia dengan membuat penampilan sulungnya sebagai Puteri Wales di samping menyarung tiara rasminya! Kate dilihat memakai tiara pertamanya selepas 3 tahun untuk sebuah acara makan malam di Istana Buckingham. Jamuan itu diadakan sebagai sebahagian daripada rangka lawatan negara pertama pemerintahan Raja Charles III, yang mengalu-alukan kehadiran Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, ke U.K.
Pada makan malam yang penuh elegan itu, Puteri Kate memakai gaun putih yang direka oleh pereka Jenny Packham beserta tiara kegemarannya iaitu tiara Queen Mary’s Lover’s Knot.
Dengan gabungan mutiara dan berlian yang disusun indah, tiara itu juga merupakan tiara kegemaran mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana. Menurut Court Jeweller, tiara yang menakjubkan itu berusia lebih daripada satu abad dan pada asalnya ditauliahkan daripada tukang emas Garrard oleh Ratu Mary sama ada pada tahun 1913 atau 1914. Ia adalah replika tiara yang dimiliki oleh nenek Mary, Puteri Augusta dari Hesse, Duchess.
Kate juga dilihat memakai anting-anting yang sebelum ini dimiliki Puteri Diana dan gelang dari kotak barang kemas Ratu Elizabeth.
Pada 10 September yang lepas, Catherine Middleton akhirnya bergelar seorang puteri dan mewarisi gelaran Lady Diana iaitu Puteri Wales (Princess of Wales) dan gelaran ini digunakan untuk isteri pewaris takhta British. Pemegang terakhir gelaran tersebut ialah mendiang Diana yang pada tahun 1997. Status Princess of Wales yang menjadi milik Kate ini adalah kali kedua diguna pakai selepas kemangkatan mendiang Puteri Diana pada 1997.
Kredit foto: Getty Images
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!