Umum mengetahui pelakon dan pelawak Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak bersama dengan abang, Naszeli Ngasri dan dua orang adiknya iaitu Darling Ngasri dan Anne Ngasri. Bapanya, Ngasri Sain pula merupakan penyampai radio.
Berkarya dalam industri seni selama 32 tahun, rezeki Bell dalam bidang lakonan juga tak pernah padam. Meskipun dirinya tidak popular seperti selebriti lain, namun beliau masih diterima dan menjadi perhatian produser televisyen (TV) dan filem.
Dan gara-gara watak Barkoba yang dilakonkannya dalam filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan Mamat Khalid, nama Bell terus jadi perhatian sehinggalah namanya dicalonkan untuk ABP tahun ini.
Justeru, apabila namanya tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell menyifatkan pencalonannya itu sebagai sejarah peribadi buatnya.
Selain bakatnya, apa yang menarik perhatian warganet adalah wajah Bell yang awet muda dan tidak dimamah usia.
Ads
Baru-baru ini Bell yang bergambar bersama keluarga menerusi foto dirakam bersempena Hari Raya Aidilfitri di mana Bell kelihatan sebaya dengan anak seakan seperti adik beradik. Wajahnya langsung tidak menggambarkan usianya yang sebenar.
Ads
Yang menariknya, padanlah ramai yang tak mengetahui yang Bell Ngasri juga sudah bekeluarga dan dah memiliki tiga orang anak, seorang cahaya mata lelaki dan dua orang cahaya mata perempuan.
Memang kalau dilihat Bell tidak berubah langsung daripada segi rupa dan fizikal. Masih lagi kekal seperti dulu walaupun anak-anak semakin meningkat dewasa. Tengoklah juga adik beradik Bell, Anne dan Darling yang juga kekal awet muda, persis zaman remaja dulu.
Ads
Melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati Nur Farhana “Syasya” binti Muhammad Fauri, pasangan ini dilihat cukup serasi dan bahagia bersama. Untuk pengetahuan, Farhana juga terlibat dalam bidang seni di mana dia merupakan seorang penulis skrip handalan.
Semoga keluarga ini dirahmati tuhan dan bahagia hingga ke akhir hayat!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perspektif kecantikan begitu subjektif membawa maksud yang pelbagai. Namun kecantikan juga bagaikan suatu kemestian bagi setiap wanita. Membuka tirai 2020 Nona sebagai media aspirasi wanita yang telah diterbitkan lebih tiga dekad di pasaran, telah menghimpunkan 16 kisah inspirasi Nona Top Beauty Entrepreneur.
16 nama hebat dalam industri kecantikan negara ini benar-benar telah menyuntik semangat wanita lain untuk berjaya seperti mereka. Nona juga berbesar hati kerana dapat mengumpulkan usahawan hebat ini dalam sebuah majlis hi-tea.
Majlis hi-tea yang berlangsung di Glam Hall ini berlangsung bagi menghargai jasa dan meraikan pengusaha kosmetik yang bertungkus-lumus memastikan setiap wanita kekal cantik dan bergaya. Mereka bukan sahaja sudah berjaya dalam bidang masing-masing malah menjadi motivasi buat wanita lain yang ingin berjaya.
Nama-nama yang diraikan pada petang yang indah itu adalah, YM Tunku Dato’ Indera Kaiyisah & Natasha Ozeir, Pengasas Prettysuci; Datuk Seri Siti Nurhaliza, Pengasas Simplysiti; Dato’ Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida, Pengasas D’Herbs; Datin Noor Kartini & Noor Neelofa, Pengasas Young & Glow Cosmetics; The Melvins, Pengasas Kekasih By The Melvin; Ili Zawani & Amin Fauzi, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif FCC Malaysia; Nor Nabilah Zulyadaini, Pengasas Bellaz Beauty; Asyalliee, Pengasas Loveliee; Eriyca Baiduri, Pengasas Noir Health & Beauty; Wan Nur Syuhada, Pengasas Sobella Cosmetics; Iqbar Hakim, Ketua Pegawai Operasi, DNars Skincare; Nuex Rosli, Pengasas NR Cosmetics; Ayu & Iskandar, Pengasas Skindara Global; Nabella Anuar, Pengasas Kayman Beauty; Liyana Natasha, Pengasas Chienta Skincare dan Nurul Shuhada Sarbene & Dr Aizul Hafizi Ismail, Pengasas SIS Aesthetic.
Majlis yang meriah itu telah diserikan dengan kehadiran Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Farinawati Datuk Mohd Din dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamed. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Sdn. Bhd, Encik Syamil Fahim.
Bagi menghangatkan lagi majlis pada petang itu apabila Pakar Motivasi Perniagaan Sifu Jamal telah berkongsi rahsia kejayaan dalam menguruskan perniagaan. Majlis juga telah diceriakan dengan alunan suara merdu Noryn Aziz. Lebih istimewa apabila Nona telah membuat Tribute To Allahyarhamah Faziani Rohban bagi menghargai jasa beliau dalam industri kecantikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma dan bakal memulakan rawatan dalam masa terdekat.
Menerusi perkongsian beliau di laman Instagram, kanser limfoma yang dihidapi mungkin masih berada pada peringkat awal memandangkan beliau masih sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.
“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.
“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.
Chef Wan, 65 tahun menambah kanser tersebut mempunyai peluang sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.
“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.
“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, beliau telah menerima takdirnya dengan hati yang terbuka dan akan terus kuat demi keluarga tercinta.
“Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.
“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” katanya dalam hantaran sama.
Pada 11 Januari lalu, bonda tersayang Chef Wan, Noraini Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wabak Covid-19 sememangnya memberi impak yang mendalam buat seluruh dunia. Malah ramai selebriti yang cukup prihatin dengan penularan wabak ini sekaligus menyalurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.
Aktor terkenal Hollywood James McAvoy juga tirut tidak terlepas memberi derma wang sejumlah £275,000 (kira-kira RM1.48 juta) kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS) dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus.
Bintang filem X-Men itu menyumbang kepada kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang dicetuskan oleh kumpulan doktor untuk digunakan bagi membeli sut perlindungan peribadi (PPE) buat petugas perubatan.
Kempen itu telah pun meraih sebanyak £440,000 melepasi sasaran awal £200,000 yang kini telah dinaikkan kepada £500,000.
McAvoy sebelum itu turut membantu menguar-uarkan kempen tersebut dalam beberapa video Instagram miliknya. Mulia betul hati actor kacak ini. Semoga bantuan beliau dapat meringankan beban pihak yang terlibat dan sekaligus mengurangkan wabak berbahaya ini yang sedang melanda seluruh dunia, insyaallah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.