Gaya Hidup

Comel Sungguh ANAK Nooryana Najwa & CUCU Datuk Seri Najib Razak Ni

Ramai yang sudah maklum anak perempuan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel pada 25 Ogos 2017. Bayi kacukan Melayu-Kazakstan ini telah diberi nama Adam Razak.

Melihat reaksi wajah cucu kepada Datuk Seri Najib Razak ini di laman media sosial milik ibunya, Nooryana Najwa atau lebih mesra dipanggil Gina oleh ayahnya ini, benar-benar mencuit hati.

Memiliki kulit wajah putih gebu dan wajah persis ayahnya, Daniyar Kessikbayev membuat mata tak jemu memandang. Nooryana Najwa dan Daniyar telah berkahwin ketika masing-masing berusia 27 tahun.

Nooryana Najwa dan Daniyar bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan telah mengikat tali pertunangan pada tahun 2011.

Adam Razak merupakan anak pertama kepada Nooryana Najwa selepas mendirikan rumah tangga dengan Daniyar Kessibayev yang berasal dari Kazakhtan pada tahun 2015.

Ribuan pelbagai lapisan masyarakat telah hadir memenuhi Taman Tasik Sultan Abu Bakar ketika memeriahkan majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Pekan, Pahang dahulu.

Manakala majlis resepsi perkahwinan di pihak lelaki pula telah berlangsung penuh meriah di Almaty, Kazakhstan pada 17 hingga 19 April 2015 menggabungkan elemen moden dan tradisi Kazakhstan atau ‘Betashar’.

Nooryana Najwa juga baharu sahaja mendapat degree of Master in Public Administration dari Harvard University. Bukan calang-calang kelulusan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansur ni ya.

Foto: Instagram @yananajib & najib_razak

IKLAN
Share