Comel Sungguh Irisa Alaia, IZARA AISHAH Rai Ulang Tahun Puteri Sulung Serba Merah Jambu

Rasanya macam baru lagi melihat Izara Aishah dikejutkan dengan majlis Baby Shower yang berlangsung di The Majapahit Residence Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Pejam celik puteri sulung figura cantik kacukan Melayu-Pakistan ini sudah berusia setahun. Anak kesayangan pelakon drama bersiri Ombak Rindu yang diberi nama Irisa Alaia Muhammad Adib ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama pada 15 April 2021.

Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial

Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin kelihatan benar-benar bahagia sejak bergelar seorang ibu. “Dia pegang nyawa mama paling banyak. Jatuh sikit macam nak hilang teruih nyawa mama dia buat. Happy 1st birthday anak mama sayang Irisa Alaia,” ciapan di media sosialnya.

Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial

Menantu YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Izham ini telah memilih tema merah jambu dan kelihatan rona ini mendominasi segenap ruang. Segala dekorasi yang digunakan juga serba merah jambu. Ramai yang memuji cahaya mata pasangan sama cantik sama padan ini yang suka tersenyum, memang boleh cair tengok senyumannya. Geram tengok telatah dia!

Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial

Izara Aishah telah berkahwin dengan suaminya, Adib Khalid pada 17 November 2017 dengan majlis resepsi penuh gilang gemilang serta memilih tema klasik dan telah direalisasikan oleh perancang perkahwinan terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim.

Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial

Izara Aishah juga telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 dan menjadi pilihan pengarah drama dan filem tempatan. Irisa Alaia juga bertuah kerana memiliki tiga orang nenek sekali gus iaitu Tengku Datin Seri Zawyah, Puan Safina dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin.

Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Foto: Instagram @izaraaishahofficial
IKLAN
Share