Comelnya Baby Chanco! Rambut Yang Membawa Tuah & Menjadi Model Rambut Termuda Di Dunia

Beauty being different! Siapa sangka’keberlainan’ yang pada bayi comel ini rupanya membawa tuah kepada dirinya dan juga ibu bapanya. Bayi perempuan yang berasal dari negara Jepun ini telah dilahirkan sempurna ditambah pula dengan anugerah rambut yang hitam, berkilat dan lebat.

Rambut bertuah milik Chanco atau lebih popular dengan nama Baby Chanco ini rupa-rupanya telah mula dikesan oleh doktor dan ibu bapanya ketika di dalam kandungan lagi. Keistimewaannya rambut Baby Chanco yang dilahirkan di bandar Kyoto ini dapat dilihat melalui pemeriksaan kesihatan waktu ibunya mengandung.

“Ketika membuat ultra sound masa mengandung kami dah dapat tengok rambutnya. Kami berdua teruja melihatnya,” kongsi ibu dan bapa kepada Baby Chanco.

Tetapi tidak sangka bila Baby Chanco ini dilahirkan, semua orang menganggap dia luar biasa. Doktor telah membuat pemeriksaan kesihatan terhadap Baby Chanco dan menganggap rambutnya adalah normal dan tidak menemui apa-apa masalah kesihatan padanya.

Bila pertama kali melihatnya di hospital, ramai doktor tertarik bila melihat bayi yang penuh dengan rambut. Walaupun Baby Chanco telah disahkan tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi risau dengan apa yang mereka lihat.

Ramai yang terkejut sejurus melihat anak sulung pasangan ini yang dilahirkan dengan rambut yang lebat dan panjang. Bila ibunya rasa tidak selamat dan mula menggunting rambut Baby Chanco tetapi tersedar dia telah melakukan kesilapan besar dengan menggunting rambut anaknya.

“Saya pernah menggunting rambut Baby Chanco tetapi sejak hari itu saya mahu biarkan rambutnya panjang dan lembut,” kata wanita bertuah ini yang melahirkan anaknya pada bulan Disember 2017.

Rambut Baby Chanco telah mula mendapat perhatian pihak media dan mula tular. Populariti Baby Chanco telah membuat jenama syampu terkenal ‘menyuntingnya’ menjadi model cilik mereka.

Kehidupan keluarga ini berubah bila menjadi spoke person jenama tersebut. Tuah rambut hitam, lebat dan berkilat itu benar-benar membuat Baby Chanco terkenal di seluruh dunia mempunyai jumlah pengikut seramai 390 ribu di laman Instagram.

Sumber: https://www.facebook.com/REENRAHIMOFFICIAL/videos/2329245087129518/

Foto: Instagram babychanco & pantene_jp_official

IKLAN
Share