Merujuk kepada penerangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), strok haba atau dikenali sebagai ‘Heat Stroke’ berlaku apabila sistem tubuh tidak dapat mengawal secara normal.
IKLAN
Sumber Foto: www.pexels.com
Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah Celsius atau lebih, dalam masa 10 hingga 15 minit.
Kredit Foto: IG Dr Samhan.
Malah, strok haba sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal. Maka, sama-samalah kita peka dengan kesihatan dan sentiasa berwaspada. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang baru-baru ini berkongsi satu video ringkas di Instagramnya tentang tanda-tanda strok haba.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang.
Berikut 6 tanda-tanda strok haba seperti yang dikongsi oleh Dr Samhan:-
IKLAN
1. Sakit kepala berdenyut.
2. Tidak berpeluh.
3. Suhu badan meningkat serta kulit panas, kering dan kemerahan.
4. Mengalami muntah atau loya.
5. Denyutan nadi menjadi laju dan kuat.
6. Boleh mengalami pengsan.
Untuk info, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa pada bulan Mei 2023 keadaan cuaca negara dijangkakan akan dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat Daya.
IKLAN
Dalam tempoh tersebut yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Jika anda pengemar hidangan kaum Cina seperti Dim Sum, Ladu dan seakannya, namun kesukaran menemui restoran yang benar-benar halal membantutkan rasa, The Qing adalah pilihan yang kena. Berlatarbelakang fasad ala Dinesti Maharaja Cina, pasti buat anda teruja.
Kombinasi hidangan menyelerakan, atmosfera tenang lagi mendamaikan, menjadi faktor utama The Qing menjadi pilihan. The Qing, yang terletak di Chow Kit menawarkan variasi menu bukan sekadar ladu serta dim sum lazat, namun lebih lagi dengan suntikan suasana Chengdu moden yang pasti mengujakan.
Sebaik saja kami melangkah ke perkarangan The Qing, dah membuatkan kami terpesona. Fasad ala-ala Dinasti Cina dengan pokok-pokok bonsai serta laluan kaki bermaterialkan kayu jati dengan pelbagai aspek tradisional lain, sungguh kami rasakan ketenangannya walaupun lokasinya terletak di tengah-tengah ibu kota.
Menawarkan pengalaman menjamu selera yang pasti sukar ditemui di mana-mana restoran Cina Halal seangkatan dengannya, kami tertanya-tanya bagaimana terciptanya idea membangunkan restoran seperi The Qing ini. “Pada mulanya, ideanya adalah mencipta restoran warisan dengan dalaman moden, tetapi semuanya berubah selepas saya pulang bercuti dari negara China”, jelas pemilik dan pengasas The Qing, Mr. Chan Wai Keong.
Menjadi kebiasaan restoran Cina selalunya sibuk, bising dan meriah, namun bagi menampilkan sedikit kelainan, idea konsep santapan mewah ala raja untuk pengunjung bercitarasa tinggi menjadi pilihan beliau dalam memastikan setiap rakyat Malaysia pulang dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sementelah melawat The Qing.
Di perkarangan sudah cukup menyejukkan mata, suasana di dalam juga tiada bezanya. Dengan tempat duduk beralaskan kulit kulit dengan warna biru nilam, latar dinding berwarnakan simbolik unsur bunga dalam budaya Cina, serta pokok bonsai yang dipercayai aura dalam membangkitkan semangat, mewujudkan keseimbangan yang harmoni, pasti menyejukkan mata yang memandang.
Beralih pula pada ruang tempat duduk di tingkat atas, mampu memuatkan kira-kira 40 orang, kami cukup terpesona dengan figura ikan emas bercahaya terapung di siling restoran. Pelbagai pilihan tempat duduk dari persendirian sehingga ke meja bulat dilengkapi dengan pencahayaan mewah yang menyinari segenap ruang.
HIDANGAN TRADISI DENGAN INJEKSI MEWAH
Indah dalam dan luar, The Qing semestinya tarikan terbaru pusat bandar Kuala Lumpur. Pilihan dim sum menjadi antara daya penarik, dengan gabungan mewah dan sentuhan tradisional pastinya buat anda terliur. Rasakan sendiri Trufel Siew Mai Hitam (RM30), Ladu Udang Kukus Dengan Kaviar (RM40), dan Ladu Berbentuk Ikan Emas yang digabungkan bersama dengan itik salai yang enak (RM16), memang sedap tak terkata!
Yang menariknya, memandangkan semua hidangan yang dijamu bebas daging khinzir, The Qing adalah untuk semua. Visinya satu, mengalu-alukan setiap lapisan masyarakat Malaysia untuk menikmati makanan istimewa serta tradisi kaum Cina tanpa ragu-ragu yang semestinya tidak boleh anda lepaskan.
Sukar untuk kami katakan tidak, apatah lagi memilih hidangan lain yang sememangnya enak. Mangga Gulung bersama Lapisan Udang dengan Mango Dressing (RM18) adalah salah satu kegemaran pada hari itu. Rangup dan garing di luar, gigitan ladu goreng dengan limpahan krim mangga mengimbangi hidangan dengan sedikit perahan. Memang sedap!! Kami juga berkesempatan untuk merasai sendiri Roti Ayam Bakar Rangup BBQ (RM18) dengan kepingan ayam bersalut, di dalam roti yang hangat dan gebu.
Jika anda mengunjungi The Qing, usah ketinggalan menikmati kombinasi Trio Dim Sum (RM25). Terdiri daripada tiga variasi kepingan dim sum klasik, dengan beberapa bahan tambahan istimewa, pastinya deria rasa anda dibuai ibarat berada di kayangan.
Kesimpulannya, The Qing adalah lebih daripada sekadar restoran bagi menikmati pilihan dim sum bebas daging khinzir, namun ia lebih pengalaman mengisi mata dan perut. Dengan persekitaran yang anggun dan tersusun, anda dan keluarga pasti ingin bersantap lagi ke sini.
Selain daripada pelbagai pilihan dim sum, terdapat juga menu makan tengah hari yang ditetapkan pada setiap hari bekerja (RM78 per pak) dan pilihan makan tengah hari set premium (RM98 per pak). Sekiranya hidangan cina menjadi pilihan, The Qing kami sarankan.
Alamat: 26, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, WPKL.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba seluruh isi rumah dijangkiti cirit-birit. Bila difikirkan, semua makanan dimasak sempurna dan tiada pula yang sudah tamat tempoh. Hendak tak hendak, terpaksalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat.
Tahukah anda sebenarnya span basuh pinggan yang digunakan setiap hari itu boleh menyumbang kepada sakit perut atau food poisoning? Ya, kadang-kadang kita selalu ambil ringan tentang penjagaan span basuh pinggan. Mungkin tak ada masa nak tukar atau keadaannya masih elok lagi.
Tetapi, anda mungkin perlu berfikir beribu kali kerana terdapat 54 juta bakteria dalam setiap sentimeter kebanyakan span basuh pinggan yang lama!
Dalam laporan Journal Scientific Report, pengkaji dari Jerman telah menemui rumah berjuta-juta mikroorganisma bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Dalam laporan tersebut menemui span yang sering dibersihkan terdapat bakteria berbahaya seperti RG2, Chryseobacterium Hominis dan Moraxella Osloensis.
Lebih-lebih lagi apabila span basuh pinggan tersebut mempunyai tugas multifungsi. Bukan sekadar membasuh pinggan semata-mata malah sering digunakan sebagai alat untuk membersihkan singki, membersihkan permukaan dapur dan sebagainya.
Apakah yang perlu dibuat untuk mengelakkan pengumpulan bakteria di span basuh pinggan?
Para pengkaji menyarankan untuk menukar span basuh pinggan seminggu sekali. Kurangkan penggunaan span basuh pinggan sekadar hanya untuk mencuci pinggan mangkuk sahaja.
Jangan rendam span basuh pinggan dalam bekas pencuci pinggan. Jika telah selesai membasuh pinggan, jangan tinggalkan span di dalam bekas cecair pembersih. Sebaliknya letakkan di tempat yang kering dan bersih. Kalau dibiarkan dalam bekas, kuman dan bakteria akan makin membiak.
Rendam span dengan sabun dan air panas. Selepas membasuh pinggan, sebaik-baiknya span tersebut direndam dahulu dalam air panas dan sabun atau anti kuma selama lebih kurang 1 minit. Kemudian bilas sehingga bersih dan jangan dibiarkan begitu sahaja. Span tersebut perlu dikeringkan dan ditinggalkan di tempat yang bersih.
Alternatif rendam dengan cuba. Satu lagi cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pembiakan kuman dan bakteria dengan merendam span basuh pinggan dalam larutan cuka. Cuci, kemudian bilas sehingga bersih. Keringkan terlebih dahulu dan simpan di tempat yang kering. Hamizatul Maizan Mohamed
Agak menakutkan bila dapat tahu bilangan wanita yang mengalami masalah kesuburan semakin meningkat. Selain disebabkan faktor pekerjaan yang terdedah kepada tekanan, salah satu punca terjadinya permasalahan ini adalah kerana pemakanan dan mengabaikan amalan gaya hidup sihat.
Melalui coretan terbaharu Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Prof Dr Hamid Arshat baru-baru ini nyata meninggalkan kesan mendalam buat seluruh kaum wanita. Bersandarkan kemampuan dan kejayaan Prof Dr Hamid menjalankan operasi pembedahan berkaitan sakit puan serta keterbukaannya berkongsi tip kesihatan, tidak hairanlah ruangan media sosial Prof Dr Hamid juga sering menjadi rujukan wanita terutama golongan isteri dan ibu.
Sumber foto: Google
“Bermula kerja hari ini dengan sesi pembedahan. Pesakit menghidap masalah saluran fallopian bengkak dan tersumbat. Tiada peluang untuk benih suami dan telur isteri bertemu dan bercantum.
Saya dapati semakin ramai wanita menghadapi masalah blocked tubes. Apa punca? Punca utama ialah jangkitan kuman pada saluran fallopian. Sering berlaku dalam tempoh jangka panjang, tiada tanda hanya lelehan putih atau berwarna kuning atau hijau.
Jangkitan kadang-kadang berlaku lepas gugur (sama ada spontan atau disengaja), bersalin, pakai alat IUCD atau serpihan daripada appendix. Punca lain saluran tersumbat ialah penyakit endometriosis, sering tandanya ialah senggugut. Mungkin berlaku sejak remaja.
Keadaan tiub fallopian bengkak dan sumbatKeadaan tiub fallopian bengkak dan sumbat
Rahim juga retroverted. Ovarian cysts dan fibroids. Lepas bedah appendix, cesarean atau lain-lain jenis pembedahan perut yang meninggalkan parut dan lekatan (adhesion).
Untuk hamil, mereka yang menghidap sumbat saluran hanya dua pilihan iaitu IVF (bayi tabung uji) atau setengah pesakit boleh bedah untuk ‘repair’ saluran fallopian.
Perlu diingat tiada rawatan yang dijamin akan berjaya. Segala-galanya atas kehendak dan restu Allah SWT. Langkah-langkah pencegahan untuk menjaga dan menjauhkan diri dari berbagai-bagai penyakit dalam peranakan adalah lebih baik. Sayangi rahim anda. Jauhi tabiat buruk. Ubah cara gaya hidup kepada yang sihat dan diredai Allah.”
Sumber: Facebook Dr Hamid Arshat
Kunci kehidupan sihat
Makan secara sihat
Tidak merokok
Lakukan aktiviti fizikal
Belajar menangani stres
Makan Secara Sihat
Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
Pilih makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
Pilih makanan rendah gula, garam dan lemak.
2. Lakukan aktiviti fizikal
Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari
Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
3. Belajar tangani stres
Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
Kenal pasti kenapa anda marah
Cuba dengar penjelasan orang lain
Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan