“Curi-Curi Masa Siapkan Assignment Ketika Anak Tidur”- Anak Didie Alias Kini Sambung Master!

Memegang status sebagai ibu muda ketika cuba menggapai segulung ijazah bukan lah sesuatu yang mudah. Adakalanya terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan selepas memastikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dilaksanakan terlebih dahulu. Namun, usaha dan kerja keras Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan, anak sulung kepada pelakon dan pelawak terkenal Didie Alias ini membuahkan hasil apabila akhirnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif di Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini. Tidak terhenti setakat itu, Dhaniyah kini menyambung pengajian dalam peringkat master pula!

“I finished my bachelor degree last year on July 2017. Sejurus lepas itu, Alhamdulillah saya disahkan hamil dan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada April 2018. Kini saya sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana atau master bermula september lalu.

Alhamdulillah everything runs smoothly from A to Z

. Walaupun hanya baru sebulan, setakat ini saya berjaya menguruskan pengajian dan keluarga saya dalam masa yang sama dengan baik”, jelas Dhaniyah yang baru sahaja berusia 25 tahun ini.

Dhaniyah mengakui agak sukar menjadi ibu dalam masa yang sama seorang pelajar universiti yang perlu fokus ketika sesi pembelajaran. Namun beliau beruntung kerana keluarga mertua boleh membantu dalam urusan penjagaan anak lelakinya yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Seth Shahriman. Bahkan, suami tercinta Mohd Razi Shahriman turut memberi sokongan 100% terhadap dirinya untuk mencapai cita-cita.

“Saya berjaya curi-curi masa sewaktu anak sedang tidur untuk melakukan assignment. Bahkan, saya juga sangat bertuah kerana keluarga mertua akan mebantu untuk menjaga anak saya. Saya juga berfikir, kalau semua ibu boleh melakukannya, kenapa tidak saya? Malahan, ada di antara wanita di luar sana juga turut bekerja dan menjaga kebahagiaan rumah tangga mereka. Jadi, kenapa tidak saya?”, tambahnya lagi.

Kejayaan Niya juga memberi 1001 kegembiraan bukan sahaja kepada suami bahkan ibu yang selama ini dengan penat lelah membesarkan dan memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak walaupun ketika itu berstatus ibu tunggal selepas bercerai dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 2002.

“Saya rasa sangat puas kerana dapat gembirakan dan membuat ibu bangga dengan setiap pencapaian yang telah saya buktikan. Bukan hanya saya, bahkan adik-beradik yang lain juga. Malah, semasa perarakan masuk di majlis konvokesyen di dewan Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini, saya tidak dapat menahan kesedihan melihat ibu begitu bangga melihat saya dalam persalinan jubah konvokesyen”, jelas anak sulung daripada 5 orang adik-beradik ini.

“Setelah semua usaha keras dan susah payah ibu untuk membesarkan kami 5 orang adik-beradik dengan status ibu tunggal, akhirnya pengorbanan ibu berbaloi. Mummy tahu selepas bercerai dia tak boleh nak bagi saya dan adik-adik sama macam apa yang anak anak orang lain dapat. So, all she can give is to make sure all of her kids masuk university. Amazingly all of us did. Rezeki Allah beri untuk Mummy”, tambahnya lagi.

Seterusnya, Dhaniyah juga kagum dengan cara didikan yang diterapkan ibunya dalam membesarkan beliau dan adik-beradik yang lain walaupun sibuk bekerja.

“Cara didikan dia paling simple dan mungkin lain daripada yang lain. Dia tidak pernah ada masa yang banyak untuk semak kerja sekolah kami. Kami semua tahu Mummy sibuk. Jadi kami pun buat homework sendiri. Tapi kalau tak pergi sekolah, dia akan tanya atas alasan apa. Namun begitu, Mummy lebih kepada mendidik anak-anak untuk jadi lebih beradab. Because in the end, attitude comes first

. Tidak dinafikan bila berkerja dan berlawak ‘hu ha’ sana sini, tapi dekat rumah dia akan lebih banyak serious”, jelasnya.

Ternyata ibunya sendiri memberi pengalaman dan tunjuk ajar yang begitu bermakna sehingga menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dalam hidup. Malahan, Dhaniyah juga percaya, ibunya terlebih dahulu melalui perlbagai ujian dan dugaan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“I will not be here today if it is not because of my mom. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga dan ada keluarga sendiri, saya masih memerlukan beliau untuk mengisi ‘ruang kosong’ dalam hidup saya.

Nasihat saya, sebelum anda rasa putus asa dan merasakan telah melalui pelbagai kesulitan hidup, fikir kembali. Your mom have done more than you know. Let her be your inspiration!”, jelasnya mengakhiri perbualan.

sumber gambar: @niyardzn

IKLAN
Share