Curi, Zina & Golongan LGBT Bakal Berdepan Hukuman HUDUD Di Brunei!

Bermula semalam 3 April, mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah seperti zina, mencuri dan amalan yang bertentangan syariah seperti pasangan sejenis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bakal berdepan hukuman Hudud di Brunei. Perkara itu secara rasminya dibuat menerusi kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam pada 30 Mac lalu.

Memetik kenyataan tersebut, sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat dan merdeka yang menguatkuasakan undang-undang tersendiri… Negara Brunei Darussalam selama ini mengamalkan dua sistem perundangan iaitu Undang-undang Syariah dan Common Law.

Gambar hiasan : Contoh hukuman sebat kepada pesalah

Dalam melaksanakan sepenuhnya Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 pada 3 April 2019, kedua-dua sistem akan terus berjalan seiring bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman serta memelihara ugama, kehidupan, keluarga dan individu tidak mengira jantina, warga, bangsa dan kepercayaan.

Undang-undang Syariah, di samping menghukum dan mencegah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam, ia juga bertujuan untuk mendidik, menghormati dan melindungi hak yang sah semua individu, masyarakat atau warganegara di sisi undang-undang tidak mengira agama atau bangsa.

Perkhabaran itu yang nyata mendapat sokongan penganut agama Islam di seluruh dunia namun ia ditentang hebat golongan LGBT terutamanya di negara barat. Salah seorang daripadanya adalah pengacara popular The Ellen Show atau lebih dikenali sebagai Ellen Denegeres. Di Instagram Ellen dua hari lalu, dia ada memuatnaik senarai hotel milik Sultan Brunei sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan hukuman tersebut.

 

Terkesan dengan sikap negatif Ellen, pengacara terkenal negara iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi turut meninggalkan komen di IG Ellen kerana rasa kurang senang dengan tindakan penyokong LGBT tersebut yang turut dikhabarkan mempunyai ‘isteri’.

 

IKLAN
Share