7 Tahun Jadi Usahawan & Aktif Buat Kebajikan, Semangat DATIN DIYANA HALIK Patut Jadi Ikutan!

Kejayaan Datin Diyana Halik sebagai usahawan memang patut dijadikan inspirasi. Mana tidaknya, walau berstatus isteri dan ibu kepada tiga anak beliau tetap mampu mengusahakan perniagaan dengan baik. Ini dibuktikan apabila Datin Diyana berjaya mengharungi jatuh bangun dalam dunia keusahawanan sepanjang tujuh tahun menguruskan empayar muslimah miliknya, Diyana Halik. Tahniah!

Bermula dengan hanya menjual tudung jenis selendang, square dan instant, jenama Diyana Halik yang diasaskan pada tahun 2014 ini nyata memberi pulangan menguntungkan buat isteri Dato’ Aaron Aziz. Biarpun sibuk mengurus kerjaya seni suami dan anak-anak, Datin Diyana tetap komited mahu bergelar usahawan berjaya.

Kegigihan wanita kelahiran Singapura ini jelas menunjukkan sifatnya yang berdaya saing. Walau kerjaya suami mampu menyara mereka sekeluarga namun Datin Diyana selesa berdikari. Tujuh tahun mengemudi perniagaan, Datin Diyana kini mampu tersenyum bangga apabila satu persatu produk jualannya mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan.

Mesra ditemu bual Nona, Datin Diyana Halik teruja berkongsi perkembangan bisnesnya ketika ini. “Sehingga sekarang, jenama Diyana Halik sudah pun mempunyai lebih daripada 40 koleksi sejak ia dilancarkan pada tahun 2014. Our collections now

termasuk telekung dress, reusable face mask dan juga aksesori pakaian yang bersesuaian dengan para hijabi serta muslim women.

Ujarnya lagi, menyedari situasi pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau terpaksa mengubah strategi pemasaran yang lebih tertumpu secara atas talian. “Waktu Covid-19 kita full fledge online. Segalanya di buat in-house. Zoom meetings, photo shoots and video shoots dan sebagainya. Literally di rumah. LIVE sale di FB dan juga IG.

Bila berlakunya situasi macam ni antara hikmah yang saya dapat ialah kita mula menjadi creative to survive and sustain. Malah, dapat fokus lebih untuk ibadah dan meluangkan lebih masa dengan keluarga. More game nights and girls talk!”

Tidak pernah lelah ‘berkejar’ masa menunaikan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan majikan, wanita cantik berusia 39 tahun ini juga seorang yang aktif menyertai aktiviti kebajikan. Naluri keibuan dan jiwa prihatinnya mudah tersentuh lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal kehidupan anak kecil.

Datin Diyana peragakan koleksi tudung
Antara koleksi hijab Diyana Halik
Antara aktiviti kebajikan yang disertai Datin Diyana untuk rakyat Cambodia

“Saya sering mendapat DM (direct message) untuk pertolongan. Dan kita perlu bersyukur kepada Allah SWT atas setiap nikmat yang diberikanNya. Bagi saya, salah satu cara untuk bersyukur adalah dengan membuat kebajikan. Walaupun kita tak dapat menolong semua orang dengan wang ringgit tapi kita boleh menggunakan media sosial kita untuk ke arah kebaikan.

Alhamdulillah, melalui Pertubuhan Journey to Insyirah kita dapat menghulurkan bantuan berupa food pack kepada orang-orang yang memerlukan. Selain itu, saya pun terlibat dalam charity drive to Cambodia iaitu wakaf telaga dan rumah yang dilakukan bersama kawan baik saya, Mila di Singapura.

Saya selalu ingat apa yang Ustaz saya pesan, “Kalau di dunia nak hidup senang bawa Mercedes ke, BMW ke, akhirat tak nak senang ke? Kalau di akhirat dah tak boleh usaha dah. Kalau kerja dapat gaji alangkah best dapat bonus.” So kita cuba mendapatkan bonus di akhirat kelak. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kami. Ameen.”

Oktober tahun lalu, putera sulungnya Danish Anaqi selamat berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pengajian. Pasti bukan mudah bagi mana-mana kaum ibu untuk berjauhan dengan anak yang berada di negara asing. Apatah lagi Danish ketika itu baru berusia 16 tahun. Namun demi masa depan anak tersayang, Datin Diyana akur.

“Iya, Danish berumur 16 tahun. Sekarang sudah hampir lapan bulan. Rasa lama sangat dah. Selepas hantar anak ke airport, saya terduduk menangis dalam toilet dan suami terpaksa pujuk. Di airport saya kena kuat untuk keluarga, bergurau senda dengan mereka tapi Allah SWT saja yang tahu.

Di samping Dato’ Aaron
Bersama anak lelakinya, Danish

Hari-hari saya ingatkan diri saya bahawa have faith, tawakkul in Allah SWT. He is the best protector dan doa yang boleh saya berikan. Alhamdulillah getting used to it. Every night we video call each other.

Banyak berdoa dan sokongan dari suami sangat menolong.”

Bercerita mengenai kehidupan berumah tangga, tanggal 3 Ogos nanti genap 18 tahun usia perkahwinan Datin Diyana dan Dato’ Aaron. Berkongsi resipi rumah tangga harmoni, ini pesan beliau. “Believe it or not alhamdulilah almost 18 years now, and we are still learning and striving to be better. But compromising and communication is still the key. Dan saya berpegang kepada prinsip suami saya, “Walaupun gaduh macam mana, jangan keluar rumah dan tetap tidur sekatil. Selagi berpegang kepada amanah, insha Allah segalanya dipermudahkan.”

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

 

Kredit foto: Instagram Datin Diyana Halik

IKLAN
Share