“Dah La Cantik, Pandai Pula Tu” INTAN NAJUWA Dapat Gred A Subjek Undang-Undang

Berkongsi di platform TikTok baru-baru ini, pelakon cantik manis berusia 25 tahun yang popular dengan drama bersiri Kekasih Paksa Rela, Intan Najuwa Abdul Wahid memuat naik keputusan peperiksaan akhir semesternya yang cemerlang.

Dalam perkongsiannya itu, Intan telah memperoleh gred A bagi dua subjek undang-undang iaitu Criminal Law dan Contract Law. Wow hebatnya! Bukan calang-calang.

Menurut Intan, segala usahanya selama ini berbalas. Tulisnya di ruangan kapsyen:

“All the sleepless night paid off. Let’s move to the next sem!”

Perkongsian itu telah mencecah hampir 2 juta tontonan di TikTok.

Menjenguk di ruangan komen, Intan dihujani dengan ucapan tahniah serta pujian dari para pengikutnya atas kejayaan itu. Malah, ada yang sangat bangga dengan pencapaian akademik pelakon jelita itu yang berjaya memperoleh gred A bagi dua subjek tersebut yang dianggap sukar.

Dalam masa yang sama Intan perlu memberi tumpuan terhadap karier lakonan, bisnes dan pengajian.

“@RIKAYSS: Powernye criminal law dapat A”

“@qah <3: Selalu tengok story IG Intan, pergi shooting pun bawak buku. hard work paid off. congrats!!

“@Ig : maisarahnsr: Alhamdulillah hard work paid off! congratulations nampak struggle study through meja penuh buku. goodluck for next sem, fighthing pretty!”

“@: Ni baru kena jealous. Dah la cantik pandai pulak tu.”

Sebelum ini Intan pernah memuat naik gambarnya di akaun Instagram di mana dia sedang mengulang kaji pelajaran ketika sedang bercuti di kota London.

Intan turut membawa komputer riba semasa bercuti dan dilihat menyiapkan tugasannya ketika di lapangan terbang serta dalam penerbangan.

Intan mengambil peperiksaannya itu secara online dan berkongsi momen dia menjawab soalan ketika berada di sebuah kafe berhampiran hotel penginapannya di London.

Sekitar Disember 2021, Intan mendedahkan dia kini sedang melanjutkan pengajian peringkat asasi jurusan undang-undang di Kolej BAC Singapura.

Semoga Intan terus sukses dalam akademik dan karier. Semoga menjadi artis yang berilmu seterusnya dijadikan inspirasi buat anak-anak muda.

Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa

IKLAN
Share