Kegembiraan berganda untuk Ryan Bakery! Selepas memenangi anugerah Popular Creator Content Of The Year semalam di Tiktok Awards, Ryan turut berkongsi berita gembira di mana isterinya, Elyia Ibrahim kini hamil 5 bulan.
Tak menyangka bakal bergelar bapa, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut mengharapkan doa orang ramai untuk kandungan isterinya. Yang menariknya, Ryan juga turut berkongsi dua nama bakal anaknya nanti.
” Syukur atas kemenangan ini. Ini sebenarnya hadiah buat isteri dan anak kami yang bakal lahir nanti. Alhamdulillah, isteri saya kini sedang hamil lima bulan”.
Ads
Jelas Ryan lagi, dia dan isteri juga sudah sepakat dan sudah memberikan nama untuk anak mereka nanti. “Kalau anak lelaki saya beri nama Ryan Ezra dan kalau perempuan pula Raisya Ezra,” katanya ketika ditemui ketika sidang media Tiktok Awards semalam yang berlangsung penuh gah dan meriah Pusat Pameran Perdagangan Malaysia (MITEC).
Ads
Selain itu Ryan turut berkongsi yang dia sudah tidak sabar untuk membuat ‘content’ bersama anaknya nanti. Malah Ryan turut mendedahkan kehadiran bakal anaknya nanti membuatkannya untuk bekerja lebih keras mencari nafkah memandangkan tanggungjawabnya untuk menampung kehidupan keluarganya.
Untuk rekod, Ryan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan bertunang.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dulu pemakaian hijab disifatkan sesuatu yang kolot dan ketinggalan zaman, tapi kini lebih ramai wanita Islam sudah mula memakai tudung. Tapi malangnya, tudung yang dipakai seolah-olah hanya menutupi kepala dan bukan menutup aurat seperti yang dituntut dalam Islam.
Terpanggil untuk menjelas lanjut tentang senario ini, Nona mendapatkan penjelasan Ustazah Firuz Akhtar Mohamad Bokhari iaitu Juara Musim Pertama program realiti Ustazah Pilihan. Lebih dikenali dengan gelaran Ustazah Firuz, beliau juga merupakan graduan Sarjan Pengajian Islam dan Asia Barat dari Universiti St. Louis, Washington.
Soalan : Melihat kepada situasi masa kini terdapat pelbagai jenis tudung dan gaya hijab yang dipraktikkan wanita Islam. Pun begitu, adakalanya padanan aksesori dan warna tudung yang dipakai kelihatan keterlaluan. Adakah ia satu perkembangan yang baik?
Jawapan: Perkembangan trend tudung di Malaysia sangat memberangsangkan. Pelbagai pilihan disediakan dan tudung amat mudah di dapati sama ada di kedai atau secara online. Situasi ini amat menggalakkan kerana ia menunjukkan bahawa wanita Malaysia dapat menerima hakikat penutupan aurat dengan terbuka. Malah sangat kreatif dan inovatif dalam isu tudung.
Walau bagaimana pun, kita perlu sentiasa beringat tentang tujuan dan syarat bertudung atau menutup aurat. Janganlah kita menjadi ‘terlalu kreatif’ dalam mencipta tudung atau aksesorinya sehingga tujuan utama menutup aurat itu tersasar. Ketika itu, bukan saja pahala menutup aurat akan hilang, malah kita akan mendapat dosa pula.
Secara dasarnya, syarat hijab adalah:
Semoga dengan penjelasan Ustazah Firuz, kita lebih berhati-hati dan peka dengan penampilan diri. Teruskan istiqamah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Manusia hanya mampu merancang tapi Allah penentu segalanya. Syukur alhamdulillah, tumpang gembira dengar berita kehamilan isteri Datuk Jamal Abdillah yang disahkan
sedang hamil anak kedua. Bagi empunya diri, Datin Zai Izatti bagaimanapun tidak menyangka rezeki untuk timang cahaya mata sekali lagi datang secepat ini. Apatah lagi anak sulung, Nur Azura Yamani bakal memasuki usia 7 bulan pada 10 Mei ini.
Ketika dihubungi untuk mendapatkan kepastian, isteri Raja Pop tanah air ini dengan mesra mengesahkan berita gembira tersebut. Memandangkan kurniaan terindah dari ilahi ini diterima dalam bulan Ramadan, Datin Zai dan Datuk Jamal Abdillah menganggap ia merupakan satu rahmat buat rumah tangga mereka berdua. Yang pasti, ini reaksi kedua-duanya saat doktor memberi keputusan ujian kehamilan beberapa hari lepas.
“Masa disahkan hamil tu, kami terkejut sangat-sangat! Saya tahu yang saya hamil sebab rasa mual-mual teruk sampai nak makan pun tak selera. Tapi waktu tu tak fikir sangat pun sebab masih menyusu badan. Tambahan pula period saya tak teratur. Cuma bila rasa diri kerap sangat rasa mual-mual tu yang terasa hendak check. Tengok-tengok positive, alhamdullilah. Tapi dalam masa sama masih terkejut,” ujar Datin Zai yang kini meniti usia 12 minggu kehamilan.
Mengakui sedang melalui fasa ‘alahan’, Datin Zai turut berkongsi keadaan dirinya ketika ini. “Memang sekarang ni tengah alahan, hilang selera makan, muntah dan berat badan pun turun. Apa-apa pun alahan waktu mengandungkan Azura dulu lagi teruk berbanding sekarang. Sejujurnya saya dan suami tak jangka langsung akan hamil lagi. Iyalah, masa bersalin Azura kan czer. Memang kami merancang, tapi tak sangka rezeki Allah nak bagi secepat ini. Alhamdullilah.”
Tambahnya lagi, “Buat masa ini Datuk okay. Cuma dia suka makan asam pedas je.”
Bercerita tentang si comel Azura pula Datin Zai berkata anak perempuannya ini makin bijak dan mencuit hati. “Azura masuk 7 bulan, dah pandai merangkak dan duduk. Baru-baru ni dia dah mula berdiri. Juga paling pandai meragam. Sejak tahu hamil anak kedua, doktor pesan suruh saya rehat secukupnya, banyak minum air kosong dan jangan buat kerja berat-berat,” kata Datin Zai yang merancang mahu empat orang anak jika diizinkan Allah.
Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izzati sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat. Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu, isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
Syukur kerana kehadiran Nur Azura Yamani menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah. Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran Azura serta cahaya mata yang bakal dilahirkan kelak, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!
Mengenali suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang berusia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja menoleh beberapa kali.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui pelakon versatil Nad Zainal dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Putri akibat komplikasi penyakit sejak minggu lalu akibat pendarahan di paru-parunya.
Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap rakan baiknya yang turut berlakon bersama dalam drama siri Dendam Seorang Isteri, pelakon Fasha Sandha terpanggil untuk menganjurkan solat hajat dan doa selamat untuk pelakon terbabit bersama kenalan dan rakan artis lain yang berlangsung di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.
Majlis yang diadakan sekitar pukul 6.45 petang itu turut dihadiri oleh rakan artis, keluarga, kenalan rapat dan peminat Nad Zainal. Menurut Fasha, dia tidak sangka ramai yang hadir dan mendoakan agar Nad kembali sembuh. Selain Fasha, pengarah, Shahrulezad turut meluahkan rasa terharu sebaik sahaja melihat ramai orang datang ke majlis tersebut.
Dan pada masa yang sama, Pengarah terkemuka, Shahrulezad Mohameddin berkata, rakan-rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan pelakon tersebut.
“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatannya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya. Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bersama,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain menyeru agar lebih ramai mendoakan kesembuhan pelakon anak dua itu, Shahrulezad turut mengajak peminat dan rakan artis yang lain menghebah dan menviralkan maklumat tentang tabung tersebut supaya lebih ramai membantunya.
NONA mendoakan Nad Zainal kembali sembuh hendaknya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat dalam kalangan wanita muda di Malaysia. Ketahui simptom awal, faktor risiko dan kepentingan ujian awal sebelum terlambat.