Umum mengetahui pelakon versatil Nad Zainal dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Putri akibat komplikasi penyakit sejak minggu lalu akibat pendarahan di paru-parunya.
Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap rakan baiknya yang turut berlakon bersama dalam drama siri Dendam Seorang Isteri, pelakon Fasha Sandha terpanggil untuk menganjurkan solat hajat dan doa selamat untuk pelakon terbabit bersama kenalan dan rakan artis lain yang berlangsung di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.
Majlis yang diadakan sekitar pukul 6.45 petang itu turut dihadiri oleh rakan artis, keluarga, kenalan rapat dan peminat Nad Zainal. Menurut Fasha, dia tidak sangka ramai yang hadir dan mendoakan agar Nad kembali sembuh. Selain Fasha, pengarah, Shahrulezad turut meluahkan rasa terharu sebaik sahaja melihat ramai orang datang ke majlis tersebut.
Dan pada masa yang sama, Pengarah terkemuka, Shahrulezad Mohameddin berkata, rakan-rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan pelakon tersebut.
Ads
“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatannya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya. Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bersama,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain menyeru agar lebih ramai mendoakan kesembuhan pelakon anak dua itu, Shahrulezad turut mengajak peminat dan rakan artis yang lain menghebah dan menviralkan maklumat tentang tabung tersebut supaya lebih ramai membantunya.
Ads
NONA mendoakan Nad Zainal kembali sembuh hendaknya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya Ramadan ialah bulan penuh keberkatan dan kebahagiaan. Sempena bulan mulia ini, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak melepaskan peluang memanfaatkan masa berkualiti dengan ahli keluarga. Lebih bermakna apabila dapat menunaikan solat jemaah dan tarawih di samping suami, anak-anak, menantu serta cucu tersayang.
Tidak dinafikan, kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan bulan Ramadan untuk memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, rutin wajib Tan Sri Shahrizat sekeluarga pada setiap malam Ramadan ialah solat tarawih berjemaah.
Selepas bersara daripada arena politik dan jawatan menteri kabinet, tokoh wanita berusia 72 tahun ini mengisi masa terluang dengan melakukan hobi seperti bercucuk tanam, beriadah bersama suami dan cucu serta memenuhi jemputan bagi program kebajikan mahupun kemasyarakatan.
1 Ramadan lalu, Tan Sri Shahrizat berkongsi suasana menyambut bulan puasa dan bertarawih di media sosial miliknya.
Meskipun menunaikan solat berjemaah di rumah namun dengan keberadaan suami, anak-anak, menantu dan cucu cukup membahagiakan bagi bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini.
Kongsinya, “Alhamdulillah tahun ini cucu-cucu, Ayden Shahinur dan Eleyna Shahinur puasa dan tarawih sekali. Ayva Shahinur sambut hingga tarawih, Ezra Shahinur dapat Isya! Family time. Thank you Allah.”
Tambahnya, anak perempuan iaitu Izzana bagaimana pun tiada di samping keluarga kerana tuntutan tugas di Indonesia.
Meniti usia 70an, kebahagiaan sebenar kaum ibu sudah tentu melihat ahli keluarga sihat dan cucu membesar dengan baik di depan mata.
“Happiness for the family to see the little ones grow up so fast and embracing the religious tenets effortlessly. With a little bit of persuasion. Lintang pukang juga masa tarawih but they completed it!”
Tan Sri Shahrizat mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh Ismail. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.
Figura berpengaruh ini turut mempunyai lima orang cucu iaitu Ayden Shahinur, Eleyna Shahinur, Ayva Shahinur, Ezra Shahinur dan Ayzaac Temur.
Dalam pada itu, Tan Sri Shahrizat menghadiri Majlis Mahabbah Ramadan HAWA di Melaka yang melibatkan seramai 1,074 orang peserta tadarus dan pemberian sumbangan berupa kit makanan kepada 500 orang asnaf serta mualaf.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Utama Hamidah Khamis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas tercetusnya fenomena majlis ‘Nona Superwoman Award’ yang mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan golongan wanita dalam pelbagai bidang anjuran Majalah Nona pada tahun 2018 dan 2020, buat julung kalinya kesinambungan misi pencarian untuk memperkasakan kaum Hawa kini dikembangkan serta diangkat sebagai program realiti TV.
Program Pencarian Nona Superwoman ialah sebuah pertandingan berkonsepkan realiti untuk mencungkil potensi golongan usahawan wanita khususnya kumpulan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Ia sekaligus memberi inspirasi dan dorongan positif kepada segenap lapisan masyarakat yang ingin meneroka peluang sumber pendapatan baharu dengan menceburi bidang keusahawanan.
Musim pertama Pencarian Nona Superwoman menyaksikan kerjasama strategik di antara pihak Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan saluran Astro Prima selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi.
PENGIKTIRAFAN
Mengulas lanjut mengenai penganjuran program Pencarian Nona Superwoman, Norzeha
Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata,
“Sumbangan besar kaum wanita kepada pembangunan dan ekonomi negara tidak dapat disangkal dan sememangnya telah lama diiktiraf.
Seperti yang kita dapat lihat, penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan pada hari ini juga sudah semakin meluas, bahkan banyak bidang perniagaan kini didominasi oleh kaum Hawa.
Selaku penganjur bersama, Astro menyambut baik inisiatif penerbitan program Pencarian Nona Superwoman kerana wanita juga wajar diberikan peluang dan sokongan terutamanya sewaktu era pandemik yang serba mencabar dan kompetitif ini.
Semoga penganjuran Pencarian Nona Superwoman dapat mengukuhkan lagi pengaruh jenama Nona sebagai sebuah platform pencarian komersial dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat di luar sana.”
“Program realiti ini memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan yang ditawarkan.
Ini adalah platform terbaik untuk para usahawan wanita yang diserap sebagai peserta untuk terus melebarkan empayar mereka. Dalam setiap episod, para peserta dan penonton dapat belajar melalui pelbagai cabaran, dorongan dan ilmu-ilmu yang dikongsikan,” ujar Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak.
SAMBUTAN
Seramai 250 calon peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian pada bulan Mei lalu. Penyertaan terbuka kepada golongan usahawan wanita kumpulan B40 dan M40 yang berusia di antara 25 ke 45 tahun.
Calon peserta juga perlu mempunyai perniagaan sendiri sama ada sepenuh atau separuh masa. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah berjaya terpilih untuk menyertai musim pertama.
12 finalis Pencarian Nona Superwoman yang terpilih untuk menyertai musim pertama ialah SYU RAMLI (33, Melaka), FAZSFAOZI (35, Perak), LINDA ROOS (36, Kuala Lumpur), ANA NAJIA (26, Perak), RINA HASHIM (35, Kelantan), AYU OMAR (28, Kuala Lumpur), SYAMIMI KHALIL (32, Kelantan), JIEJIE (26, Sabah), AYDA AZLAN (30, Kelantan), EMMA BEE (37, Selangor), SARAH ISMAIL (34, Kuala Lumpur) dan FAZLIA AKMA (37, Kuala Lumpur).
Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri profesional. Mereka akan dinilai mengikut kriteria utama termasuklah elemen keyakinan diri, kebijaksanaan, keluasan pengetahuan am, kreativiti, personaliti dan karisma yang menarik.
Selebriti Awal Ashaari dan Ketua Pengarah Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan yang juga merupakan penerima anugerah ‘Nona Best Strategic Business Thinker’ di Nona Superwoman Award 2020 telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab selaku juri tetap yang bakal mengadili pencarian Pencarian Nona Superwoman musim pertama.
Selain daripada mereka, barisan personaliti popular juga bakal diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu sebagai juri jemputan.
BARISAN PESERTA
Rancangan program Pencarian Nona Superwoman akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Program berbentuk kapsul berjudul Profil Peserta Pencarian Nona Superwoman menerusi paparan 12 buah episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5.55 petang mulai 6 September 2021.
Program utama Pencarian Nona Superwoman pula bakal bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 22 September 2021.
Juara akan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi. Manakala peserta yang mendapat kedudukan di tangga kedua dan ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.
Program Pencarian Nona Superwoman turut diperkasakan oleh USANITA selaku penaja
utama. Misi USANITA dilihat selari dengan objektif Majalah Nona dalam memperkasakan
ekonomi wanita Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melangkah masuk ke kediaman yang kemas dan teratur pastinya menerbitkan rasa tenang dan mendamaikan. Rumah bukan hanya menjadi tempat untuk berlindung tetapi juga ruang terapi diri dan beristirahat bersama keluarga selepas seharian bekerja.
Tidak hairanlah ada penghuni rumah sanggup berhabisan menghiasi kediaman demi merealisasikan impian memiliki mahligai yang indah dan selesa.
Berita baik buat anda yang sudah lama simpan hasrat hendak mengubah dekorasi dan perabot kediaman. Inilah masanya memiliki sofa baharu dengan tawaran harga menarik yang dijamin berkualiti tinggi dari Furniture And Choice Malaysia.
Terkenal dengan kualiti dan rekaan eksklusif, jenama produk perabot dan perhiasan rumah ini menawarkan promosi hebat dengan lebih 10 pilihan koleksi sofa tersedia untuk dibawa pulang sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bukan itu saja, Raya Ready Sale di Furniture And Choice Malaysia turut memberi potongan harga sehingga 65 peratus bagi item seperti sofa, Bean Bags dan Floor Cushions!
Tawaran ini bermula dari sekarang sehingga 3 Mac 2025 dengan penghantaran percuma dalam masa 10 hari di Semenanjung Malaysia*. Yang menariknya, anda boleh nikmati kemudahan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan! Beli sekarang, bayar kemudian tanpa risau dengan Furniture And Choice Malaysia. *Tidak termasuk Labuan, Langkawi dan Malaysia Timur.
Selain itu, jom rebut tawaran TERKINI dengan Set Sofa 3+2 Seater pada harga RM2,499, dimana potongan lebih 60%, sangat berbaloi-baloi! Ini adalah peluang terbaik untuk anda memberi nafas baru buat ruang tamu anda sebelum raya menjelma. Dengan pilihan reka bentuk Lexi, Anderson, dan Arden, dengan pelbagai warna menarik, set sofa ini bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi juga menambahkan gaya di ruang tamu anda. Sama ada menerima tetamu atau bersantai bersama keluarga tersayang, set sofa ini pasti memenuhi keperluan anda. Stok yang terhad maka jangan lepaskan peluang ini untuk memperbaharui ruang tamu idaman anda!
Kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal ini mengetengahkan elemen lipatan atau ‘pleats’ di bahagian sisi sofa yang menonjolkan unsur mewah.
Alia Bastamam X Furniture And Choice Malaysia
Istimewanya, ia menggabungkan kreativiti seni fesyen dan nilai estetik hiasan kediaman dengan paduan material baldu premium.
Rekaan kusyen empuk dan siluet arca yang kukuh, koleksi sofa yang diinspirasikan daripada pentas peragaan ini mampu mentransformasikan sudut rumah kelihatan gah dan bergaya.
Ruang kediaman pasti lebih berseri lebaran ini dengan perabot eksklusif Furniture And Choice Malaysia yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pertukangan di pasaran United Kingdom (UK).
Mementingkan kualiti produk terbaik kepada setiap penghuni kediaman, setiap penghasilan sofa mematuhi standard pasaran UK. Dalam masa sama turut menggabungkan ‘selera’ masyarakat di Malaysia.
Setiap sofa Furniture And Choice Malaysia juga sesuai dengan pelbagai tema dekorasi rumah sama ada berkonsepkan moden mahupun klasik. Kini, anda yang bercita rasa Inggeris berpeluang memiliki sofa ilham gaya hidup masyarakat Eropah di ruang mahligai anda.
Meskipun berkualiti, rekaan yang tidak lapuk dek zaman dan nampak mahal, namun perabot Furniture And Choice Malaysia dijual dengan harga mampu milik!
Paling penting, perabot jenama ini bukan hanya menarik dari segi ciptaan dan pembuatannya. Tetapi juga tahan lama, dihasilkan dengan penuh ketelitian dan mengutamakan keselesaan kepada para pelanggan.
Transformasikan kediaman dan warnai Hari Raya anda tahun ini dengan sofa Furniture And Choice Malaysia yang mewah. Layari www.furnitureandchoice.com.my untuk keterangan lanjut dan rebut tawaran harga menarik sempena Hari Raya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis Persandingan Diraja YM Dato' Indera Puteri Munawarah Syammiyah dan Dr. Amin Aznizan berlangsung penuh adat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, diserikan keberangkatan Raja-Raja Melayu serta istiadat menepung tawar yang penuh bermakna.