Selain face mask dan hand sanitizer, stok sarung tangan nitrile juga antara barangan keperluan paling laris pada waktu ini. Persoalannya, sejauh mana ia dapat membantu mencegah jangkitan Coronavirus?
Sepanjang PKP ini, kita selalu melihat barisan frontliners seperti pegawai polis, petugas kesihatan, pekerja e-hailing atau pekerja restoran memakai sarung tangan ketika bertugas. Mampukah ia membendung jangkitan atau sekadar pelapik sentuhan kulit ke kulit?
Ahli virologi dari Queen’s University Belfast, Lindsay Broadbent, dengan yakin menjelaskan, tidak. Kata beliau, pemakaian sarung tangan secara berterusan sebenarnya hanya ‘menjemput’ virus kerana ia (virus) sukakan kulit kedua.
“Kalau anda menyentuh permukaan kotor dengan sarung tangan dan kemudian menyentuh muka, adalah lebih baik jika tidak memakainya langsung. Sarung tangan perlu kerap diganti baru kerana kuman sentiasa beredar di permukaannya.”
Terdapat dua jenis sarung tangan pakai buang di pasaran iaitu nitrile dan latex*. Nitrile bermaksud getah sintetik yang lebih tahan lasak, manakala latex bermaksud getah asli yang lebih murah.
Tambah Dr. Amesh Adalja dari Unit Kawalan Kesihatan Johns Hopkins Center pula, sarung tangan latex atau nitrile* sangat mudah koyak dan tidak direka untuk kegunaan luar, membuat kerja rumah atau mengisi minyak kereta.
Nona tertarik dengan perkongsian Pakar Anestesiologi & Rawatan Rapi, Dr Hana Hadzrami di Facebook ini. Pengalamannya membeli makanan di kaunter pandu lalu sebuah restoran fast food cukup menyedarkan kita yang kekurangan ilmu.
Beberapa hari lepas, pulang dari kerja saya singgah di pandu lalu sebuah restoran makanan segera. Seharian saya hanya makan sarapan saja, punyalah lapar.
Ads
Setelah saya buat pesanan, saya pun ke kaunter hadapan. Adik pelayan hulurkan bungkusan makanan saya. Wah! Pertama kali saya nampak pelayan pandu lalu tak pakai latex glove.
Saya cakap “Thank you dik, sebab tak pakai glove!”
Dia seakan terkejut. Mungkin juga salah dengar atau ingat saya perli dia.
Dengan muka bersalah dia ucap; “Maaf kak!”
Saya kata; “Tak. Baguslah tak payah pakai glove. Kalau pakai tu hulur makanan, orang geli tau. Baik guna tangan, boleh cuci selalu.”
Ads
“Ooohh, camtu ke! Paham kak. Terima kasih ya”. Terus berubah jernih muka dia.
Memang tak sepatutnya sarung tangan diguna sebegitu. Itulah sarung tangan yang pegang duit, yang pegang mesin cashier, yang bukak tingkap, yang pegang kain lap. Sarung tangan yang sama juga pegang makanan kita.
Adoii entah berapa banyak bakteria, fungus, virus yang dah melekat pada makanan kita tu.
Di hospital, glove dipakai hanya untuk uruskan sisa klinikal kotor. Kalau guna untuk prosedur pesakit, sebaik saja selesai, memang kami buang terus. Takkan pegang benda lain dah. Apalagi guna glove yang sama untuk pesakit lain.
Ads
Pendek kata, sebelum keluar dari bilik rawatan, kami buang glove dan cuci tangan dulu sebelum pegang tombol buka pintu.
Memang pantang besar pada staf hospital jika glove dikongsi guna dan dipakai merata-rata begitu. Punya banyak kotoran tersebar.
Jadi saya harap sangat orang ramai hormati penggunaan sarung tangan. Lebih baik jangan guna. Sebab tiada yang lebih sensitif dari tapak tangan kita. Rasa kotor atau melekit sikit, segera kita cuci. Tapi bila pakai glove, hilang deria rasa kotor tu.
Jangan pula guna glove nak lindungi diri jadi memakan diri menjemput penyakit pula.
Dr Hana Hadzrami Pakar Anestesiologi & Rawatan Rapi
============================
Kesimpulannya, adalah lebih baik amalkan mencuci tangan dengan sabun dan elakkanlah menyentuh muka sebelum mencuci tangan. Itulah cara pencegahan paling berkesan, selain duduk di rumah serta kurangkan aktiviti ke kedai membeli barang!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini bertebaran spekulasi dari netizen yang meneka pelakon dan model terkenal Remy Ishak dan isteri bakal menimang cahaya mata selepas gambar isteri kelihatan sedikit berisi.
Sebentar tadi, sumber melaporkan Remy Ishak akhirnya membuka mulut mengesahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof hamil 5 bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut sumber Kosmo!, Remy berkongsi perasaannya yang bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa, dan dirinya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.
Pelakon filem Cun itu turut berkongsi imbasan bunyi ultra (ultrasound) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.
Dia juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses kehamilan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021. Tahniah diucapkan kepada Remy dan isteri. Semoga dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
1 Julai nyata menjadi antara momen terindah buat Amar Baharin kerana selain menyambut ulang tahun kelahiran ke-34, pelakon Jodoh-Jodoh Annisa ini menerima kejutan istimewa apabila isteri tercinta ‘menghadiahkan’ alat pengesan kehamilan baru-baru ini.
Tak mampu menyembunyikan perasaan teruja menimang cahaya mata buat kali kedua, Amar berkongsi berita gembira tersebut bersama para peminat di IG miliknya.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini.”
Selain mengumumkan berita kehamilan Amyra Rosli di media sosial, Amar turut memuatnaik video pendek di akaun YouTube ‘Amyramar Tube’ milik pasangan romantis ini. Nampaknya tak lama lagi Aqeef Anaqi dah jadi abang!
“Hari ni 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah pregnancy test. Yeahhaaaaaaaaa.
Alhamdulillah syukur. Semoga semua dapat mendoakan agar Amyra dan baby dalam kandungan.”
Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli dilahirkan pada 24 Ogos 1991 dan sah bergelar isteri kepada Amar yang juga hero gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja pada 11 November 2016. Hampir setahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan bayi lelaki comel bernama Aqeef Anaqi pada tanggal 15 Oktober 2017 yang kini meniti usia setahun 8 bulan.
Di samping aktif dalam pentas lakonan, nama Amyra yang kian melonjak naik sejak membintangi drama bersiri Nur… menjadi pilihan syarikat kosmetik dan pelbagai agensi lantaran rupa paras cantik dan imej bersih yang dimiliki selebriti berusia 28 tahun ini.
Antara produk yang diwakili Amyra sebagai jurucakap termasuklah Baskin-Robbins. Dia juga pernah menjadi duta bagi produk kecantikan AuraWhite bersama Ayda Jebat suatu ketika dulu.
Kredit: Instagram Amar Baharin & Amyra Rosli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona dengan kemunculan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di sebuah majlis istimewa baru-baru ini.
Hadir dalam persalinan polos biru lembut dan aksesori rantai leher labuh, penampilan minimalis Tengku Permaisuri Norashikin pastinya menarik perhatian khalayak.
Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat merasmikan pameran seni yang berlangsung di Hab Media Kreatif dan Teknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Difahamkan ia merupakan pameran solo ‘Art Jamila 2022’ berjudul ‘A Voyage of Moments’ yang diadakan bersempena Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2022.
Ketibaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin itu sekaligus mengangkat hasil karya seorang Artis Istimewa iaitu Wan Jamila Binti Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali dengan nama Artjamila.
Pameran seni Jamila ini berlangsung mulai 29 Mac hingga 15 April 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak imigran dan tak selesai pengajian, kini Lucy Guo tersenarai sebagai antara wanita termuda dalam senarai America's Richest Self-Made Women pada usia 30 tahun!