Sejak mempunyai zuriat sendiri, hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila mengenangkan terdapat keluarga kurang berkemampuan tidak dapat menyediakan susu dan lampin untuk bayi mereka akibat desakan hidup apatah lagi apabila negara berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid19 ini.

IKLAN

Hulur Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu. “Bila Ada Anak Kecil Dua Barang Itu Paling Penting Kena Ada.”-Anzalna Nasir

Inilah situasi yang dihadapi oleh Anzalna Nasir yang melahirkan rasa simpati terhadap golongan yang kurang berkemampuan ini dengan mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan susu dan lampin pakai buang.  Nur Anzalna Md Nasir berkata, dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram yang meminta sumbangan dan bantuan.

“Sebenarnya, sejak saya buat kerja amal dengan membantu keluarga yang ada bayi, sejak itu ramai datang kepada saya minta tolong dari segi kewangan dan keperluan bayi. Tersentuh hati bila membaca DM yang beri bayi minum air kanji sebagai pengganti susu dan sebagainya. Jadi, terdetik nak buat pada masa sekarang ini sebab saya sendiri sudah mempunyai anak. Jadi sangat memahami situasi  keluarga terdesak yang tidak dapat membeli susu anak dan lampin pakai buang kerana hendak mengutamakan keperluan lain walaupun pada hakikatnya susu dan lampin pakai buang juga satu keperluan sekiranya mempunyai anak kecil.

Hulur Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu. “Bila Ada Anak Kecil Dua Barang Itu Paling Penting Kena Ada.”-Anzalna Nasir

“Dalam keadaan sekarang, saya berasakan apa yang boleh tolong adalah beri sumbangan untuk mereka beli lampin pakai buang dan susu. Caranya ialah saya akan buat pindahan wang. Semalam, saya sudah dapat beberapa keluarga untuk diberikan sumbangan dan mereka beli. Saya berharap mereka memanfaatkan sumbangan tersebut untuk keperluan anak. Jika mereka berbohong dan gunakan wang untuk perkara lain, itu antara dia dengan Allah. Tapi niat saya hanyalah untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujar Anzalna yang terbaca berbagai kisah yang dikirmkan melalui DM Instagram miliknya.

Hulur Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu. “Bila Ada Anak Kecil Dua Barang Itu Paling Penting Kena Ada.”-Anzalna Nasir

Bagaimanapun, Anzalna berkata dia perlu berlaku adil dengan memberikan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Bukan bermaksud bersifat selektif, tetapi Anzalna terpaksa menapis keadaan keluarga yang benar-benar meemrlukan bantuan.

IKLAN

”Saya menerima banyak DM sampai tak boleh tengok satu-satu. Saya tahu, sekarang ini terlalu ramai dalam kesempitan. Saya harap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban bagi keluarga yang memerlukan. Tidak dinafikan, dalam rezeki kita, sebenarnya ada portion untuk orang lain.”

Hulur Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu. “Bila Ada Anak Kecil Dua Barang Itu Paling Penting Kena Ada.”-Anzalna Nasir

IKLAN

Walaupun pihak kerajaan sudah membantu, tapi ini bantuan kecil saya juga. Saya bukan kaya-raya nak tolong banyak. Saya tolong setakat yang termampu. Lagipun susu dan lampin pakai buang penting bagi mereka yang ada anak kecil,” katanya.

Ditanya mengenai aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, Anzalna semakin rajin ke dapur dan mencuba pelbagai menu untuk dinikmati oleh suami tersayang.

“Sebagai isteri sudah tentu saya akan memasak untuk suami. Dalam keadaan sekarang ni, takkan nak order sahaja makanan setiap hari. Jadi,saya masak untuk suami. Inipun barang dapur sudah hampir habis. Nak kena stok up barang basah ni,” ujar Anzalna yang bersiap dengan sanitizer, face mask dan sapu tangan sekiranya hendak keluar ke pasaraya berhampiran kediamannya.

“Sekarang ni dah tak perlu melaram sangat untuk ke pasaraya sebab semua orang akan pakai face mask. Cukup buat kening sahajalah,” ujar Anzalna seraya mengakhiri perbualan dengan gelak trademark nya!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI