Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Ads
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
Ads
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Ads
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
Bekas Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sememangnya terkenal dengan karisma dan bakat yang dimiliki. Kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU-15) dan dipecat daripada ahli UMNO baru-baru ini, Khairy yang kini tidak menyandang sebarang jawatan di peringkat pusat mahupun parti politik kembali menjadi bualan apabila dipelawa menjadi DJ Radio.
Menerusi perbualan telefon bersamanya yang dikongsikan Instagram Hot FM, Khairy yang kini berusia 46 tahun sempat berseloroh dengan tiga DJ stesen radio berkenaan iaitu Dato’ AC Mizal, Johan dan AG.
Ketika mereka cuba meneka individu di sebalik perbualan telefon itu, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkenaan dalam nada seloroh memberitahu dirinya Khalid Jamlus (KJ) iaitu bekas pemain bola sepak.
Namun paling mencuit hati apabila KJ berusaha meyakinkan ketiga-tiga DJ itu bahawa dirinya ialah bekas pemimpin dan sambil berjenaka berkata “Khairy Jamaluddin, yang dulu pernah jadi Menteri sekarang tak ada kerja.”
Ketika dipelawa menjadi penyampai radio bersama-sama, “Let me check my schedule. Minggu depan hari Isnin, free.”
Dalam pada itu, AG yang ingin mendapatkan kepastian daripada KJ sekali lagi turut bertanya, ‘KJ Jadi DJ Hot FM?”
Secara ringkas, jawab KJ, “On, let’s go!”
Khairy merupakan bekas graduan University of Oxford dan sepanjang pembabitannya dalam arena politik, dia pernah menjawat tugas sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Belia dan Sukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim nama yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran suatu ketika dahulu. Umum mengetahui Azrinaz pernah mendirikan rumahtangga dengan KDYMM Sultan Brunei Darussalam dan dikurniakan seorang puteri dan seorang putera.
Kedua-dua cahaya mata Azrinaz bersama KDYMM Sultan Brunei ialah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Dan baru-baru ini, meninjau laman Instagram Azrinaz beliau telah berkongsikan IG story sedutan video dan gambar yang diambil dari laman Instagram @dytmabdulwakeel menunjukkan keberangkatan YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel ke sebuah majlis Pengurniaan Kurnia Peribadi di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Bangar Brunei bersempena bulan Ramadan.
Manakan tidaknya, segak berpakaian formal dan sut, ketampanan dan keperibadian Putera Abdul Wakeel nyata mencuri tumpuan ramai, menonjolkan kematangan anak teruna Azrinaz ini, walaupun baru menganjak usia 17 tahun.
Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.
Meninjau ke hantaran tersebut kelihatan ramai yang memuji ketampanan putera Azrinaz ini. Semoga ikatan kekeluargaan ini dirahmati olehNya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang terbukti isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida ini ‘sempoi’ orangnya. Iyalah, tidak semua wanita berani berkaki ayam ke majlis gilang-gemilang. Lagi-lagi bila berjalan di acara karpet merah. Tapi Datin Seri Shahida berjaya membuktikan walaupun tanpa kasut tinggi, beliau tetap yakin dan tenang bertemu khalayak. Salute!
Sebenarnya Ketua Pegawai Operasi D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd ini bukan saja-saja hendak mencipta kontroversi tau. Tapi semua itu gara-gara kasut tinggi yang dipakainya sewaktu Nona Superwoman Award rosak.
Kongsi Datin Seri Shahida, “Saya ni jarang beli kasut. Adalah kasut tinggi tapi tak banyak, jarang pakai pun ya juga. Yang saya pakai ni kasut favourite dah 3 tahun beli di Jakarta mangga 2.
Nak cepat, ambil-ambil dan terus masuk kereta. Tiba-tiba nak pakai bila dah sampai dah tercabut. Lepas tu nak jalan kat red carpet pula tu.
Berkaki ayamlah saya berjalan kat red carpet. Nasib baik saya sampai awal. Lepas tu suruh staff saya hantarkan kasut sebelum majlis bermula.”
Fuh, memang mencabar betul. Dah benda hendak jadi.. hendak buat macam mana, bukan? Terpaksalah redah. Apa-apa pun, semuanya berjalan lancar bagi Datin Seri Shahida yang menerima anugerah Nona Home-Grown Award pada malam tersebut.
Ketika ditemu bual dalam acara karpet merah, Datin Seri Shahida turut menzahirkan rasa kagum terhadap ibu mentuanya iaitu Rozita Ibrahim kerana memiliki bakat dan ilmu perniagaan yang cukup luas.
Setia menemani beliau di majlis penganugerahan tersebut ialah suami tercinta, Datuk Seri Aliff Syukri.
Kredit foto & video : Instagram Datin Seri Shahida
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Edry Abdul Halim sememangnya dikenali dalam industri muzik tanah air yang pernah menggegarkan pentas hiburan menerusi kumpulan KRU yang dianggotai tiga adik-beradik berbakat. Sejak kumpulan tersebut dibubarkan pada 2018, adik Datuk Norman dan Datuk Yusry ...