Memiliki wajah berseri di samping kulit yang bersih, cerah dan glowing sememangnya menjadi idaman setiap wanita.
Maka, rajin-rajinlah menggunakan skincare yang bersesuaian agar impian itu menjadi kenyataan.
Kredit Foto: Instagram Song Hye Kyo
Namun, ada juga sesetengah yang merasa kecewa kerana tiada sebarang perubahan yang berlaku walaupun konsisten dengan rutin skincare setiap hari.
Nak tahu kenapa? Salah satu puncanya ialah gaya hidup yang tidak sihat.
Kredit Foto: Instagram Mai Davika
Jom amalkan 4 gaya hidup sihat ini bersama pemakaian skincare sebagai rutin asas: –
Ads
MAKANAN SIHAT
Nutrisi datang dari makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi segala zat yang diperlukan oleh kulit seperti vitamin, lemak sihat serta protein.
Kredit Foto: www.pexels.com
Dipetik daripada Healthline, diet yang tidak sihat boleh mengganggu metabolisma, meningkatkan berat badan, merosakkan organ penting seperti jantung dan hati termasuk kulit.
BERSENAM
Tahukah anda, senaman juga bagus untuk kesihatan kulit wajah?
Ads
Kredit Foto: www.pexels.com
Memetik laporan American Academy of Dermatology Association, selain meningkatkan peredaran darah senaman juga membantu membekalkan oksigen dan zat ke sel-sel kulit serta membersihkan kotoran. Kulit akan kelihatan berseri selepas bersenam.
TIDUR YANG TERATUR SETIAP HARI
Ketika kita tidur pada waktu malam, kulit juga akan berehat dan memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak secara optimum.
Ads
Kredit Foto: www.pexels.com
Kalau kurang tidur boleh menyebabkan kulit kering dan kusam. Kurang tidur juga membuatkan skincare yang dipakai tidak berkesan secara maksimum.
MINUM AIR PUTIH
Selain membantu mengekalkan kadar hidrasi, rutin minum air juga menjaga kelembapan dan menjadikan kulit lebih glowing. Jadi, jangan skip rutin yang satu ini.
Kredit Foto: www.pexels.com
Kredit Foto: www.pexels.com
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang ambil cermin muka dan lihat wajah anda. Perhatikan bahagian pipi dan dagu. Adakah ia berbentuk V atau U? Trend sekarang siapa yang memiliki raut wajah runcing, dagu berbentuk V, putih gebu dan kurus ramping itulah yang dipandang cantik.
Raut wajah berbentuk U atau kendur khususnya di bahagian pipi dan dagu berlapis pastinya membuat wajah tampil tua dari usia. Tidak dapat dinafikan, apabila usia kian meningkat, kebanyakan kita mudah menjadi gemuk di mana lebihan lemak juga boleh berkumpul di bawah dagu, rahang dan pipi. Lebihan lemak ini menyebabkan dagu menjadi berlapis, lebih besar dan tidak menarik.
Namun, ada sesetengah orang mempunyai otot pipi yang tebal dinamakan otot masseter yang berfungsi untuk mengunyah dan mengetap mulut. Ada individu dilahirkan dengan otot pipi yang tebal tetapi ada juga individu yang suka mengunyah gula getah atau mengetap gigi.
Perbuatan ini boleh menyebabkan otot pipi menjadi tebal dan besar. Mempunyai otot masseter yang tebal menampakkan seseorang itu mempunyai dagu yang bersegi.
Malah, tidak dinafikan semakin usia meningkat, kulit muka mula kehilangan elastisiti sekaligus menyebabkan pipi jatuh akibat isi pipi berkurangan dan otot pipi menjadi lemah serta lembik. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan dagu yang runcing berbentuk V, bertukar bentuk tebal dan besar menjadi bentuk U.
Ada beberapa faktor yang dikenal pasti penyebab kulit kendur dan kehilangan elastisitinya. Antaranya:
Usia yang bertambah. Kebiasaan, kulit mula menjadi kendur apabila usia mencecah 35 tahun dan ke atas. Namun, individu berusia 20 tahun juga mempunyai keberangkalian yang sama.
Faktor graviti dimana salah teknik mengoles perawatan wajah.
Kurang tidur, stres, merokok, dan mengambil minuman beralkohol.
Tabiat menggosok-gosok mata dan bahagian wajah.
Terdedah kepada sinaran UV dan tidak memakai krim pelindung matahari.
Diet tidak seimbang dan gemar mengambil makanan manis.
SENAMAN MERUNCINGKAN MUKA
Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.
Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.
Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.
Buat senaman muka a e i o u setiap pagi, petang atau malam 40 kali semasa menghadap cermin untuk mencantikkan bentuk muka.
Tepuk dagu menggunakan belakang tangan setiap pagi, petang atau malam 40 kali sambil menghadap cermin untuk mengurangkan dagu berlapis.
Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu setiap kali bangun pagi selama 10 minit. Siku di atas lutut untuk mengurangkan dagu berlapis.
Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi.
TIP KECILKAN PIPI
Cara instant adalah teknik solekan.
Tepuk pipi 2-3 minit untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian pipi.
Urut pipi dan rahang dengan tapak tangan secara membulat mengikut arah lawan jam.
Rajinlah untuk senyum.
Senaman pipi, sebut huruf a-e-i-o-u.
Banyakkan senaman harian, lemak-lemak terbakar dengan baik.
Amalkan diet pemakanan yang betul disamping suplemen tambahan.
TIP HILANGKAN DAGU BERLAPIS
Gosok di bawah dagu dengan urutan dari belakang ke depan.
Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang terpegun tengok penampilan terkini Dayang Nurfaizah ketika membuat persembahan di majlis perkahwinan Shuib dan Watie baru-baru ini. Dia yang anggun mengenakan persalinan maroon tampil menawan.
Apatah lagi selebriti kelahiran Sarawak ini makin langsing dan cantik!
Walau pun kerjaya nyanyiannya cukup cemerlang dan diminati ramai namun tak dinafikan nama Dayang Nurfaizah jarang terkait dengan berita kurang enak. Ada yang beranggapan personaliti ini terlalu menjaga nilai eksklusif diri.
Hakikatnya, Dayang ialah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.
Dalam temu bual Nona bersama Dayang tahun lalu ketika majlis berbuka puasa, dia mengakui jaga pemakanan demi kesihatan diri apabila ditanya mengenai susuk tubuh yang makin ‘mengecil’.
“Sebenarnya tak ada rahsia, saya cuma semakin usia kita meningkat, kita kena menjaga diri.” Ujarnya lagi sambil berseloroh, “Sebenarnya semua baju dah tak muat, jadi kenalah jaga.
Tapi Dayang memang bukan jenis yang makan banyak jugalah. Cuma bahayanya, saya makan selepas show. Itu yang kena jaga.
Sebab setiap wanita semakin meningkat usia dia, semakin berjaga-jaga. Bukan untuk kurus je, untuk kesihatan.”
Dalam pada itu, Nona turut dimaklumkan Dayang bahawa dia menjaga anak saudara yang kini menginjak usia dewasa.
“Semuanya bermula lepas kakak saya habis berpantang dan tak ada siapa yang boleh jaga Yaya sebab saya bawa ibu bapa tinggal di KL.
Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘pinjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.
Bila cuti panjang baru Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya atau mereka yang akan datang lawat Yaya. Saya mula jaga Yaya dari umur dia tiga bulan lagi,” telusnya.
Memiliki bulu mata yang panjang dan melentik akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapat bulu mata yang cantik. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan maskara.
Jika anda berasa malas untuk mengenakan solekan yang tebal pada wajah ketika ingin keluar rumah, cuba tambah maskara. Pasti akan memberi efek fresh look dalam penampilan anda.
Solekan yang kemas terutamanya pada bahagian mata adalah sangat penting untuk sentiasa tampil cantik dengan mata galak. Ini ada beberapa tip cara memakai maskara yang tepat dan baik.
1. PILIH MASKARA YANG TEPAT
Dipasaran, terdapat pelbagai jenis maskara yang memberikan efek yang berbeza-beza untuk bulu mata. Ada maskara yang menjanikan kesan lebat, panjang dan tahan lama. Kenali jenis bulu mata anda dan cuba cari maskara yang mempunyai formula yang khusus.
2. WARNA HITAM TERBAIK
Warna hitam sangat sesuai untuk dipakai oleh semua orang. Namun, tidak menjadi masalah jika anda ingin cuba bermain dengan rona coklat dan sebagainya. Maskara warna hitam juga sesuai bagi mereka yang berambut perang.
3. SUDAH TIGA BULAN? BUANG!
Jika mascara anda sudah melebihi tiga bulan. Buang saja dan gantikan dengan yang baharu. Dan jangan tunggu sehingga warna maskara berubah warna dan berbau kerana akan menjejaskan kesihatan mata.
4. GUNA MASKARA KALIS AIR BILA PERLU SAHAJA
Penggunaan maskara yang mempunyai formula kalis air juga sangat sukar untuk dibuang kerana anda perlu menggosok dengan kuat dan akan membuatkan bulu mata anada gugur. Jangan terlalu kerap maskara yang kalis air. Pakai hanya ke majlis yang tertentu sahaja.
5. PELENTIK BULU MATA
Gunakan pelentik bulu mata dari pangkal bulu mata dan perlahan-lahan sehingga ke hujung bulu mata. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga boleh lihat perubahannya.
6. MAKE UP REMOVER
Jangan lupa bersihkan maskara selepas seharian dan gunakan make up remover yang berunsurkan minyak kerana minyak akan membantu menanggalakan kotoran dengan lebih pantas. Selain itu, jangan tidur dengan maskara yang belum dicuci kerana ini akan membuatkan mata senang dijangkiti kuman.
Pelihara bulu mata dengan beberapa langkah mudah ini dalam pemakaian maskara yang sempurna agar bulu mata sentiasa sihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.