Tahniah Nurnilam Sari, anak Datuk M. Nasir yang selamat bergelar isteri Hafidzurrahman Sahard’din pada 15 Februari lalu. Bersandarkan statusnya sebagai anak penyanyi lagenda, dan populariti namanya, tidak hairanlah berita perkahwinan Nurnilam Sari atau lebih dikenali sebagai Nilam ini mendapat perhatian luas di media sosial.
Bagi peminat Datuk M. Nasir, lagu bertajuk Nur Nilam Sari cukup memberi makna kepada sifu muzik tanah air ini. Apatah lagi ia dicipta khas buat puteri kesayangannya tersebut.
Nurnilam Sari Permata Hati Datuk M. Nasir
Nilam yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan satu-satunya anak perempuan hasil perkongsian hidup Datuk M. Nasir dengan Allahyarham isteri, Junainah Johari. Mereka mendirikan rumah tangga pada 12 September 1980 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ilham, Yassin, Hidayat, Shafie dan Nurnilam Sari.
Allahyarham Junainah Johari ialah vokalis Kumpulan Ideal Sisters meninggal dunia pada 8 Ogos 1998 akibat asma.
Ads
Mengamati momen ijab kabul Nilam yang berlangsung secara tertutup di The Agam, Kuala Lumpur, jelas kelihatan raut wajahnya persis ibunda tersayang. Solekan penyanyi Mafarikha menyerlahkan seri dan kecantikan semula jadi graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) berkenaan.
Pada majlis itu, Nilam tampil anggun dalam persalinan indah rona putih. Manakala pada majlis persandingan pula, dia dan Rahman mengenakan persalinan songket Emerald Green.
Sementara bapa pengantin perempuan kelihatan segak berbaju melayu rona biru kehijauan meraikan hari bersejarah anak kelimanya itu.
Ads
Istimewanya, Datuk M. Nasir turut mendendangkan lagu Nur Nilam Sari yang pernah dicipta khas untuk puterinya itu sebagai hadiah di majlis pernikahan. Dalam video yang tular, Nilam kelihatan sebak ketika ayahnya menyampaikan lagu tersebut.
Nurnilam Sari Sah Jadi Isteri, Datuk M. Nasir Tuju Lagu Buat Anak
Kedua-dua majlis pernikahan dan persandingan Nilam dan Rahman diadakan pada hari yang sama dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta sahabat rapat.
Difahamkan pengantin lelaki ialah kakitangan di Luncai Emas Sdn Bhd milik Datuk M. Nasir dan pengurus Kumpulan Pitahati yang dianggotai abang Nilam serta penulis skrip. Salah satu karya skrip yang dihasilkan menerusi filem Zim Zim Ala Kazim.
Semoga ikatan suci yang dibina kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona dengan keanggunan Wan Nur Khaleda, anak sulung kepada Datuk Sheila Majid yang selamat bergelar tunang orang baru-baru ini. Melihat penampilannya, jelas terserlah cahaya mata sulung Ratu Jazz tanah air ini mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Difahamkan Wan Nur Khaleda atau mesra disapa Kayda mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan, Syafiq Othman. Tahniah!
Menerusi perkongsian di media sosial Datuk Sheila Majid, majlis pertunangan anak perempuannya diadakan di Restoran Gamelan, Ara Damansara pada 15 Jun lalu.
Pada majlis tersebut, Khaleda tampil anggun dalam persalinan tradisi moden merah jambu lengkap berselendang. Terpancar wajah bahagia Khaleda yang juga merupakan penyanyi dan penulis lagu.
Anak Sulung Datuk Sheila Majid Selamat Bertunang
Turut menjadi tumpuan, pastinya pelantun lagu Sinaran tersebut yang kelihatan ceria meraikan hari istimewa anak tersayang. Pada majlis itu, Datuk Sheila Majid mengenakan busana sedondon merah jambu yang dipadankan dengan aksesori rantai mutiara.
Majlis dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat kedua-dua pihak.
Datuk Sheila tidak ketinggalan meluahkan rasa syukur kerana majlis pertunangan Khaleda berjalan lancar seperti yang dirancang.
Khaleda menginjak usia 34 tahun pada 5 April lalu. Bagaimana pun tarikh pernikahan mereka tidak diumumkan.
Penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Acis pada 3 Jun 2003 dan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-22. Hasil perkongsian hidup, mereka dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Sementara itu, Dato’ Acis juga merupakan bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peningkatan usia akan mempengaruhi perubahan hormon dan menjadikan kulit semakin tidak anjal. Peningkatan usia juga akan menyebabkan kedut mula hinggap di ekor mata, garisan senyum dan dahi. Tetapi, percaya atau tidak penuaan itu boleh diperlambatkan.
11 selebriti ini yang ada di anataranya mula popular sejak tahun 80-an berjaya mengekalkan kejelitaan mereka. Yang paling dicemburui apabila bentuk badan juga tidak banyak berubah. Agak-agaknya apa petua yang mereka amalakan. Bila ditanya ramai yang menjawab petua kecantikan adalah minum air putih dengan banyak dan sentiasa berfikiran positif.
Di antara mereka yang masih kekal cantik adalah;
ERRA FAZIRA, 45 TAHUN
Erra Fazira atau nama penuhnya Fazira binti Wan Chek lahir pada 9 Februari 1974. Merupakan seorang model, pelakon, penyanyi, pengacara dan bekas ratu cantik Malaysia. Erra telah muncul dalam beberapa buah filem terkenal termasuk Gerak Khas The Movie, Janji Diana, KL Menjerit 1 dan Cuci. Menerusi dua buah filem, Soal Hati dan Hingga Hujung Nyawa Erra telah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia. Di dalam kerjaya muziknya, Erra telah menerbitkan sebanyak 7 album.
DATIN CAMELIA – 45 TAHUN
Datin Camelia atau nama sebenarnya Dayang Nur Camelia Abang Khalid merupakan seorang penyanyi yang pernah aktif. Namun kelibat wanita ini sentiasa mencuri pandangan. Dilahirkan pada 20 Jun 1974 di Kuching, Sarawak. Selain menyanyi, Camelia juga merupakan seorang model dan pengacara TV.
ROZITA CHE WAN – 46 TAHUN
Rozita Che Wan atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar lahir pada 9 Mac 1973. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom “Oh My English!”, Zain Saidin.
DATIN SERI UMIE AIDA – 46 TAHUN
Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum binti Rahmad Ali dilahirkan 18 Januari 1973. Umie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan. Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (lahir 1993) & Mohd Dzulhelmy (lahir 1994) setahun kemudian.
AMY MASTURA – 48 TAHUN
Amy Mastura Suhaimi, lahir pada 10 Mei 1971. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.
DATIN MARIA FARIDA – 49 TAHUN
Datin Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Farida Atienza. Datin Maria dilahirkan pada 30 Julai 1970. Masih berlakon sehingga sekarang dan di antara filem lakonannya adalah My Spy, Mamak Cupcake dan Anak Mami Nasi Kandaq. Datin Maria juga sehingga kini menjadi buruan produk kosmetik untuk diperagakan.
ZIANA ZAIN – 51 TAHUN
Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana binti Zain lahir pada 2 Mei 1968. Kini, setelah hampir 20 tahun berlayar di industri seni, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Baru sahaja bercerai setalh mendirikan rumah tangga selama 20 tahun.
RAJA EMA – 51 TAHUN
Raja Ema atau nama penuhnya Raja Ema binti Raja Ibrahim lahir pada 26 November 1968. Raja Ema juga merupaka artis pertama Malaysia yang mempunyai klip video iaitu untuk lagu Di Pertemuan Ini. Penggambaran untuk klip lagu tersebut dibuat di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur. Dalam umur 16 tahun Raja Ema telah mampu untuk membeli sebuah kereta Mazda hasil jualan album pertama yang melebihi 100,000 unit dan pertunjukkan pentas dan sebagainya.
ELLA – 53 TAHUN
Ella atau nama penuhnya Nor Zila binti Haji Aminuddin dilahirkan pada 31 Julai 1966. Antara konsert yang telah dijayakan oleh Ella ialah Konsert Kotaraya, Konsert Seni Dan Suara dan Konsert Rock Salem. Pada 1990, Ella telah menghasilkan album solo keduanya, Puteri Kota yang telah mengetengahkan dua Single popular iaitu Tiada Tangis Lagi dan Puteri Kota. Dua lagu yang menjadi Single daripada album tersebut telah dijadikan lagu yang dipilih untuk dinyanyikan Ella menerusi filem pertama Ella, Bayangan Maut.
DATUK SHEILA MAJID – 54 TAHUN
Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila binti Abdul Majid dilahirkan pada 3 Januari 1965. Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau dan keluarganya ketika semasa membesar. Menyanyi adalah bermula sebagai satu hobi oleh beliau. Mula belajar bermain piano ketika berusia empat tahun dan menyinar bersama bakatnya secara kebetulan iaitu ketika menyanyi di majlis salah seorang rakan ketika berusia 17 tahun.
DATIN MARIA ARSHAD – 61 TAHUN
Datin Maria Arshad atau nama sebenarnya Kamariah Arshad mula popular sebagai pelakon era 80an. Walaupun sudah lama tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan tetapi namanya masih menjadi sebutan. Ditambah pula pada usia 61 tahun Datin Maria masih mengekalkan kejelitaannya dan mempunyai bentuk tubuh yang dicemburui oleh setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merafak sembah tahniah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sempena ulang tahun hari kelahiran pada 4 Syaaban 1444 Hijrah bersamaan 25 Februari lalu.
Ternyata DYMM Sultanah Nur Diana Petra memiliki aura dan kecantikan yang tiada tandingan!
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenaan mengisytihar DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah iaitu isteri Baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.
Pengisytiharan itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar.
Kemunculan pertama Sultanah Nur Diana Petra di khalayak pada tahun lalu nyata meraih perhatian rakyat. Apatah lagi raut wajah cantik semula jadi dan kelembutan yang dimiliki Baginda telah menambat hati masyarakat.
Menerusi perkongsian media rasmi Istana Kelantan, Sultanah Kelantan pada 12 November 2022 berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena meraikan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhamad V dan ulang tahun perkahwinan Baginda berdua di Istana Negeri Kubang Kerian.
Dalam majlis itu, Sultanah Nur Diana Petra kelihatan cukup anggun dalam persalinan tradisi dan berselendang biru.
Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 lalu juga, DYMM Sultanah Kelantan turut dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK).
Semoga Allah lanjutkan usia Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!