Rasanya satu kebiasaan apabila dilahirkan dalam keluarga selebriti yang popular, dari kecil lagi pasti cepat dikenali ramai. Samalah juga dengan Mahikaa Rampal, salah seorang anak dara pelakon tampan Bollywood, Arjun Rampal yang mulai mendapat perhatian lensa dan media Bollywood dek kejelitaannya.
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 baru-baru ini, Mahikaa merupakan anak sulung perempuan pelakon tampan itu hasil perkongsian hidup Arjun bersama bekas isterinya Mehr Jesia. Kedua-duanya berkahwin pada 1998 dan berpisah 20 tahun kemudian pada 2018. Arjun Rampal juga mempunyai seorang anak lelaki bersama Gabriella Demetriades, teman wanitanya yang terkini diberinama Arik.
Ads
Baru-baru ini, Mahikaa Rampal mula curi tumpuan selepas gambarnya di sebuah parti tular di media sosial, apatah lagi Mahikaa dilihat berseronok dengan anak-anak selebriti lain seperti Ibrahim Ali Khan, anak kepada pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.
Menurut sumber, Arjun Rampal turut memberikan sokongan penuh kepada Mahikaa untuk terjun dalam bidang seni dan menjadi pelakon Bollywood. Malah Mahikaa juga seorang yang bijak apabila sudah mula memasuki kolej untuk menyambung pelajaran, malah Mahikaa juga berbakat dalam bermain instrumen muzik seperti piano.
Malah Arjun Rampal juga seringkali memuatnaik gambar wajah anak-anak daranya, Mahikaa dan seorang lagi anak Arjun, Myra dan menyatakan rasa bangga melihat kedua-dua anak daranya kini semakin membesar dan semakin cantik seiring dengan usia.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkhabaran gembira Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei ini bukan hanya mendapat perhatian rakyat negara Brunei bahkan rakyat Malaysia juga teruja mengetahui kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen ini akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Difahamkan, Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah mula diadakan pada 16 Januari nanti.
Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang kini berusia 36 tahun merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam. Beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan iaitu Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Memetik pengumuman di Instagram rasmi Brunei Royal Family, majlis istiadat itu akan berlangsung mulai 16 Januari hingga 25 Januari 2022.
“Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara memaklumkan, bahawa insyaaAllah dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Istiadat Perkahwinan Diraja bagi paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Majlis-majlis bagi Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang akan diadakan pada Ahad, 13 Jamadilakhir 1443 bersamaan 16 Januari 2022, diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga, yang akan diadakan pada Isnin, 14 Jamadilakhir 1443 bersamaan 17 Januari 2022.
Sementara itu, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja akan diadakan, pada Selasa, 15 Jamadilakhir 1443 bersamaan 18 Januari 2022.
Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja akan diadakan, pada Rabu malam Khamis, 17 Jamadilakhir 1443 bersamaan 19 Januari 2022. Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja akan diadakan, pada Khamis, 17 Jamadilakhir 1443 bersamaan 20 Januari 2022.
Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan diadakan, pada Ahad, 20 Jamadilakhir 1443 bersamaan 23 Januari 2022.
Majlis Persantapan Diraja akan diadakan, pada Isnin malam Selasa, 22 Jamadilakhir 1443 bersamaan 24 Januari 2022 juga Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan, pada Selasa, 22 Jamadilakhir 1443 bersamaan 25 Januari 2022.”
Semoga perkahwinan diraja Brunei ini dipermudahkan dan berjalan lancar.
Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya Shafnie Zainudin! Bertuah figura ini kerana dikurniakan rupa paras jelita dan penampilan menawan. Kalau tengok Shafnie pasti ada yang tidak menyangka bekas model ini bakal menginjak usia 49 tahun. Sisi kelembutan personaliti ini nyata menjadi inspirasi masyarakat yang mengenalinya kerana jiwa kental Shafnie membesarkan anak-anak selepas ikatan perkahwinan yang dibina terlerai.
Enggan menoleh kisah silam, ibu penyayang ini kian bahagia melayari kehidupan sebagai isteri, ibu dan nenek. Dia yang sebelum ini pernah terlibat dalam bidang peragaan dan bergelar pengacara pernah berkahwin dengan Dato’ AC Mizal namun berpisah pada Oktober 2001 selepas kira-kira enam tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Shafiq Iman dan Shabil Iman yang masing-masing sudah pun berkahwin.
Terbaharu, Shafnie memuat naik momen meraikan ulang tahun kelahiran cucu sulung iaitu Saif Aayan yang berusia dua tahun pada 27 Jun lalu.
Kongsinya, “Happy 2nd birthday sayang Nana, Saif Aayan my first-born grandson. Watching you grow these past two years has been one of the greatest joys. You’ve filled our hearts with love, laughter, and so many unforgettable memories.
From your cheeky smile to your curious little hands, everything about you is an adventure. May your days always be filled with happiness, love, and wonder. Nana loves you more than words can say!”
Malah, Shafnie Zainudin turut berkongsi foto terkini dua anak lelaki kesayangan di samping isteri, anak perempuan bongsunya dan dua orang cucu tersayang.
Personaliti cantik ini juga dilaporkan menghidap kanser darah apabila didiagnos Acute Promyelocytic Leukaemia pada 5 Mac 2022.
Selain Shafiq dan Shabil, Shafnie juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Layla yang berusia sembilan tahun hasil perkahwinan keduanya dengan Aliff Alias.
28 Disember ini, Shafnie Zainudin genap berusia 49 tahun. Semoga segala urusan dan impian wanita berjiwa cekal tersebut berjalan lancar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru Masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Nak kuruskan badan, nak kumpul duit, nak berkahwin dan macam-macam lagi.
Tapi apa kata kali ini, azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru Hijrah.
Jika kita tak pernah berazam selama ini pada tahun baru Hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam yang dimaksudkan sebaiknya menjurus ke arah pengisian rohani dan keagamaan.
Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut.
Jadikan kehidupan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah SWT, akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Bersempena ketibaan Maal Hijrah 1438H, bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun.”
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Jelas Ibni Abbas, siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu. Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu. Norzalina Mohd Alias