
Aktres, Reen Rahim mengakui cabaran terbesar mengendali perniagaan bersama suami, Hazim Zainal adalah bagaimana belajar membezakan antara suami isteri dan rakan seperniagaan. Jelas pelakon Dhia Kasyrani itu, dalam menguruskan perniagaan, mereka perlu bijak untuk tidak mencampur adukkan urusan perasaan sebagai pasangan dan bisnes terutama mengendali dua jenama serentak. “Dalam bisnes, keputusan kena ikut data, bukan ikut perasaan. Kadang saya hendak semua laju, tetapi Hazim hendak detail. Kadang saya tolak, dia tarik. Hal kerja ada naik turun, tapi kami sudah tetapkan satu prinsip.

“Dalam bisnes kita profesional, dalam rumahtangga kita pasangan. Tak boleh campur. Kalau gaduh pasal stok atau pengurusan jenama Reen Rahim Hygiene Wash atau Quyus, jangan bawa balik ke rumah. Kalau penat pasal operasi syarikat, jangan lupa kita ini tetap suami isteri. Dan bila dua-dua ada visi yang sama, cabaran tu jadi proses belajar, bukan masalah,” ujarnya.


Terdahulu, perkongsian Reen di Instagram berhubung membangunkan jenama Reen Rahim Hygiene Wash atau Quyus bersama suami mengundang perhatian warganet.
Rata-rata memuji pasangan itu yang bijak membahagikan watak sebagai pasangan suami isteri dan rakan perniagaan. Jelasnya, mereka juga bukan pasangan paling matang dan seperti pasangan lain, mereka juga adakala bertelingkah tentang hal-hal yang mungkin tidak seharusnya diperbesar.

“Biasalah, kami ini kuat menyakat. Kadang gurau jadi terlebih ‘pedas’ sikit, terus dua-dua buat muka. Tapi Alhamdulillah, tak pernah sampai tahap merajuk berhari-hari. Hazim luar nampak garang, tapi dia sebenarnya cepat lembut hati. Kalau ada salah faham, dialah yang akan datang peluk dulu. Saya ini nampak macam singa, tapi sebenarnya kucing. Cepat cair bila orang yang saya sayang pujuk. Tetapi betullah, dia lah paling cepat mengalah tapi saya paling cepat cair,” kongsinya.
View this post on Instagram
Tambah pelakon Sue-On itu lagi, mereka juga menetapkan peratuan untuk tidak berbincang berhubung satu-satu perkara ketika sedang beremosi.
“Sebab kalau saya tengah garang manja, Hazim tengah garang juga, memang tak jumpa jalan. Selalu kami ambil masa selepas itu baru kembali berbincang. Bagi kami, kalau benda itu tak menjejaskan masa depan, jangan besar-besarkan. Kadang kita marah sebab penat, bukan sebab tak sayang. Bila sedar benda itu kecil sahaja, kami belajar lepaskan,” katanya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


