Menakutkan! Semakin hari keselamatan diri semakin terancam apabila gejala sosial dan aktiviti jenayah seperti rompak, ragut serta pukau kian menghampiri masyarakat. Seolah-olah tidak berasa takut melakukan aktiviti ini, si pelaku juga kini lebih berani melakukan jenayah di khalayak ramai.
Terbaru, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Harry Lautner berkongsi detik cemas yang dialaminya ketika berada di KLIA2 tiga hari lalu. Menerusi entri tersebut, kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang di hadapan restoran KFC yang terletak berhampiran pintu masuk ke Departure Hall.
Mengakui masih terkejut dengan insiden yang menimpa, lelaki ini bagaimana pun terpanggil untuk berkongsi pengalaman agar perkara sama tidak berulang kepada insan lain.
6.30 petang saya sedang berjalan menuju departure entrance betul-betul depan KFC. Tiba-tiba lengan saya sebelah kanan disentuh orang dengan agak kuat dan dia seorang lelaki agak berumur, details:
Lelaki dalam tinggi 5 kaki setengah
Umur lingkungan 50an
Seorang dan menarik beg
Pakai baju t-shirt dan blazer
Loghat Indonesia / Sarawak
Selepas pegang lengan saya, saya terus pandang dia dan dia cakap, “Pak cik nak tunggu kawan, kami nak ke Sabah.” Dan serta-merta saya rasa pening, rasa macam blur dan saya rasa seperti berjalan dalam air, langkah semakin perlahan.
Ads
Saya dapat rasa this is very wrong, rasa macam kena bius nak buat operation perut dulu. Rasa sejuk macam tak dengar suara orang lain cuma dengar suara dia saja.
Dia terus cakap, “Mari kita berbual dekat tepi sana.” Saya dapat rasa yang saya ikut dia sampai betul-betul pintu nak masuk departure entrance. Saya paksa diri saya fokus dan keep telling myself, this is wrong.
Terus lupa Al-Fatihah, lupa ayatul Kursi. Saya cuma paksa diri stay focus, beristighfar dan tarik nafas dalam-dalam sebanyak mungkin. Saya pandang muka orang tua itu betul-betul tepat pada mata dia dan bercakap dalam hati, “Aku tahu apa yang kau buat dan Cuma mampu sebut Allahuakhbar.”
Saya dapat rasa macam terlerai dari sarang labah-labah. Saya terus lari ke tempat printing (ada kedai printing) dan saya masuk dekat situ. Terus menggigil dan rasa nak jatuh.
Ads
Staf di kedai printing itu suruh saya duduk dan bertenang. Saya cakap apa yang terjadi, dia cakap saya kena pukau dan minta check barang. Alhamdulillah, Allah Maha Besar melindungi saya daripada musibah.
Saya nak buat report tapi boarding jam 7.10 petang dan kesuntukan masa. Saya terus stopkan seorang polis wanita dan menceritakan kepada beliau.
PESANAN SAYA :
Sekiranya anda travel seorang di airport berhati-hati, saya rasa mereka ini akan attack orang yang single traveller. Saya tak henti-henti bersyukur kerana terlepas daripada musibah itu . Syukur kerana saya mampu fokus dan kuat.
Buat para wanita di luar sana, tidak kira di lapangan terbang atau di mana-mana sekalipun sentiasa memastikan keadaan sekeliling. Jika terdapat sebarang tanda mencurigakan, segera minta bantuan. Elakkan juga melalui tempat-tempat yang sunyi dan jauh daripada pandangan orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang penampilan suri hati Tengku Mahkota Kelantan, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson ketika bertemu masyarakat baru-baru ini. Meskipun belum sampai lima hari menjadi isteri kepada Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra… namun Che Puan Sofie bijak menyesuaikan diri dan tampil menawan di hadapan khalayak.
Lebih manis, penampilan sopannya menggayakan persalinan tradisional baju kurung biru dan berselendang polos warna senada mencuri perhatian ramai.
Bukan saja dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan seluruh rakyat Malaysia turut terpaku dengan gaya anggun penuh ketimuran milik Che Puan Sofie.
Biarpun masih bergelar pengantin baru, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan tidak mengambil masa lama untuk membawa Che Puan Sofie menyelami kehidupan rakyat jelata dan membiasakan diri dengan keadaan di Kelantan.
23 April lepas, baginda berdua berkenan berangkat menziarahi pesakit ketumbuhan dalam kepala, Hakim Danial Razali di kediamannya di Kampung Bechah Temalang Delima, Wakaf Bharu, Tumpat.
Bersempena kunjungan diraja itu ke jajahan Tumpat, Che Puan Sofie turut mencuba bakat melukis corak batik semasa lawatan ke Pusat Batik & Kraftangan Ayu, Kampung Talak, Tumpat.
Keberangkatan baginda berdua diiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Haji Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Exco Kerajaan Negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, ADUN Wakaf Bahru Haji Rusli Mohd dan beberapa pemimpin lain.
Sesungguhnya seluruh rakyat Kelantan teruja dengan kehadiran Che Puan Sofie kerana telah hampir 10 tahun negeri Kelantan Darul Naim bergantung kepada aura Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima dan Tengku Mahkota sahaja.
Kini, dengan adanya Che Puan Sofie… keadaan lebih berseri dan ceria.
Pasangan diraja ini telah selamat melangsungkan pernikahan pada Jumaat malam, 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan. Semoga Allah SWT memelihara rumah tangga Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Sofie.
Sumber : Instagram Koleksi Sultan Muhammad V
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW! Kelahiran cucu sulung pada 15 Februari lalu nyata memberi sejuta kegembiraan buat pelakon jelita, Datin Mas Anizan Shahid.
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, aktres ini meluahkan rasa syukur apabila anak perempuan sulung iaitu Mas Aliza selamat melahirkan cahaya mata lelaki baru-baru ini.
Datin Mas Anizan Teruja Jadi Nenek
Pun begitu, nenek ‘gorgeous’ ini tidak mendedahkan wajah cucu kesayangan mahupun nama bayi berkenaan. Hanya berkongsi gambar yang memaparkan bayi di sebuah wad hospital berlatarbelakangkan pemandangan kota Kuala Lumpur.
Ujarnya, “Alhamdulillah syukur di atas anugerahNya. Welcome to the world my little angel. Nenda dan Tokma love you so much.”
Terdahulu, Mas Aliza menerusi Instagram mendedahkan berita kelahiran permata hati yang dinanti-nantikan selama ini.
“Alhamdulillah, we are blessed with the arrival of our precious son on 15th February 2025 at 11.53am. A precious amanah from Allah SWT that fills our hearts with love and joy.”
Mas Aliza sah menjadi isteri kepada juruterbang Faruq Azran Kamal Azran pada 6 Ogos 2021. Sejak mendirikan rumah tangga, ibu berusia 30 tahun ini berhijrah ke Qatar memandangkan suami tercinta mendapat tawaran pekerjaan di Qatar Airways.
Mas Aliza Anak Datin Mas Anizan Bersalin Bayi Lelaki
Bagaimana pun pasangan ini akan pulang ke tanah air untuk bertemu keluarga masing-masing dan telah mengadakan majlis gender reveal di Damansara pada 12 November 2024.
Pastinya kelahiran cucu sulung Datin Mas Anizan ini turut memberi khabar gembira kepada peminat pelakon cantik yang meniti usia 52 tahun tersebut. Mana tidaknya, walau dah berusia 50an, tetap cantik menawan.
Sebelum ini dramatis berkenaan pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Allahyarham Datuk Ali Bapoo pada tahun 1993 dan dikurniakan dua anak iaitu Mas Aliza dan Muhamad Masli Daniel.
Terus mengangkat wanita, penganjuran Forum Anak Syurga dan Anugerah Ibu Inspirasi oleh Al Kauthar Eduqids dibuat khas untuk raikan jasa ibu di Malaysia.
Tadika kanak-kanak terkemuka, Al Kauthar Eduqids (AKE) menjalin kerjasama dengan Mingguan Wanita dan Majalah Nona menganjurkan sebuah program hebat iaitu ‘Forum Anak Syurga’ diikuti ‘Malam Gala Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona’ pada 2 Jun 2024 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al Kauthar Eduqids, Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim, dianggarkan 250 tetamu terdiri ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa bakal menyertai forum ini.
Datin Dr Nor Fadilah Binti Alias dan Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim
Selaku penaja utama, antara pengisian topik-topik yang dibincangkan adalah:
(1) Talkshow 1: Power Up Mental & Fizikal
(2) Talkshow 2: Kapsul Sihat & Cergas
(3) Talkshow 3: Anak Istimewa Selangkah Ke Syurga
Forum yang bermula jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini bukan sahaja membincangkan pelbagai ilmu dan perkongsian pengalaman ibu bapa malah bertujuan untuk membina komuniti sokongan antara ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa.
Bersama moderator Nani Roslan, beberapa panelis disegani turut hadir iaitu Zarina Zainuddin, Fynn Jamal, Dr Malar dan Dr Robiah Hamzah, bersama kehadiran Ketua Pegawai Operasi Al Kauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias.
Pada sebelah malam pula bakal berlangsung ‘Malam Gala Ibu Anugerah Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona’.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu dan anakanda baginda YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bakal mencemar duli berangkat menyerikan majlis.
Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona bertujuan memartabatkan figura ibu hebat yang berjasa dan sesuai menjadi inspirasi keibuan kepada masyarakat. Seramai 12 wanita hebat dinobatkan sebagai penerima anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & Majalah NONA pada malam istimewa ini.
Saksikan persembahan hebat selebriti Salamiah Hassan, Atilia Haron dan Mila Jirin, menyerikan sesi siaran LIVE pada Ahad, 2 Jun 2024 bermula pukul 7.30pm di saluran YouTube, Facebook & TikTok Mingguan Wanita serta Majalah Nona.
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...