Dua tahun bersara meninggalkan arena sukan badminton, sumbangan jasa dan pengorbanan jaguh ini terus dihargai ramai. Terbaharu, Datuk Lee Chong Wei berkongsi berita gembira dengan seluruh peminat apabila beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Tahniah!
Ditemani isteri tercinta, Datin Wong Mew Choo yang anggun mengenakan baju kurung rona lembut, Datuk Lee Chong Wei kelihatan segak dalam persalinan tuxedo hitam.
Penganugerahan tersebut diberikan kepada lagenda sukan tanah air ini dalam Upacara Konvokesyen ke-56 USM pada 2 Disember lalu yang bertempat di Istana Arau, Perlis.
Ads
Kongsi bapa kepada dua cahaya mata ini di Instagram miliknya, “Tidak pernah tersangka yang budak nakal tidak kuat baca buku ini boleh dapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan suatu hari.
Ribuan terima kasih Chong Wei ucapkan kepada USM dan Canselor Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Chong Wei bertekad akan terus berusaha untuk menyumbang dalam arena sukan Malaysia, semampu yang boleh.”
Ads
Malah, sambil berseloroh katanya, “Mak pasti paling happy saya rasa, finally anak ada chan join konvokesyen pakai topi empat segi. Tetapi baru perasan tadi, bulat pulak rupanya.”
Ads
Selepas 19 tahun mengharumkan nama negara di persada dunia, Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusan untuk bersara dari arena sukan pada Jun 2019.
Habib menyambut kemerdekaan dengan jualan Bazar Merdeka selama 4 hari bermula 30 Ogos sehingga 2 September 2019 di 17 bilik pameran serata negara.
Sebagai perintis industri barangan kemas yang mempunyai sejarah penglibatan selama 61 tahun di dalam industri, Habib melakar sejarah seiring dengan perkembangan negara tercinta, Malaysia. Bagi menghargai pelanggan setia jenama ini dan kepada seluruh warganegara Malaysia, Bazar Merdeka diraikan secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti, tawaran dan promosi menarik khas untuk penggemar barangan kemas.
Sambutan kemerdekaan tahun ini membawakan koleksi merdeka istimewa dengan perincian batu permata delima, zamrud, safir dan berlian yang unik. Aneka juadah tempatan turut disajikan sepanjang Bazar Merdeka untuk kudapan para pengunjung.
“ Merdeka bermakna kita dapat menjalankan kehidupan harian dengan selesa, seperti ucapan Bapa Kemerdekaan negara, Tun Abdul Rahman, “Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dah demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.” Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dengan keamanan yang dapat kita capai dengan negara yang berbilang kaum,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer.
Para pengunjung diajak beramai-ramai memeriahkan Bazar Merdeka di Habib dan mengambil peluang keemasan untuk menikmati tawaran hebat yang disediakan. Selaras dengan kesedaran gaya hidup yang lebih menitik beratkan kelestarian alam sekitar, Habib menawarkan hadiah set penyedut minuman logam dengan setiap pembelian RM 3,000 di dalam satu resit.
Jualan Merdeka Habib kini berlangsung di kesemua 30 bilik pameran Habib sehingga 2 September 2019 di seluruh negara. Sementara itu, potongan lebih hebat disediakan semasa jualan selama 4 hari sempena Bazar Merdeka di 17 bilik pameran yang terlibat.
Antara tawaran menarik yang disediakan termasuklah:-
• RM 118 dan RM 462 untuk dua jenis loket emas 916 bermotifkan bunga raya,
• RM 118 untuk loket emas 916 Bendera Malaysia,
• RM 62 untuk sepasang subang mutiara,
• Kepingan emas seberat 2g bermotifkan bangunan bersejarah Malaysia,
• Potongan sehingga 80% untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih,
• Potongan RM10 hingga RM 25 segram untuk emas 916/999,
• Harga tertinggi untuk belian balik barangan kemas berlian dan emas,
• Hadiah percuma dengan setiap pembelian barangan kemas berlian dan permata bernilai RM3,000 dalam satu resit.
Bazar Merdeka akan berlangsung di 17 bilik pameran Habib berikut:
• Ampang Point, Selangor (HQ)
• Plaza Angsana, Johor
• Ayer Keroh, Melaka
• Seremban 2, Negeri Sembilan
• Meru, Ipoh
• Gurney Plaza, Pulau Pinang
• Aman Central, Kedah
• Sungai Petani, Kedah
• Kota Baru
• Kuala Terengganu
• East Coast Mall, Kuantan Pahang
• The Spring, Kuching, Sarawak
• Imago Shopping Mall, Sabah
• Alamanda Putrajaya
• Setia City Mall, Selangor
• Aeon Mall, Nilai
• Mid Valley South Key, Johor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali bertemu dengan ibu penyayang ini pasti senyuman manisnya sentiasa terukir di bibir. Walau tanpa sepatah kata namun kemesraan dan aura positif Eina Astillah ini membuatkan sesiapa saja berasa senang berada di sisinya. Tidak hairanlah Bella Astillah turut disenangi ramai, warisi peribadi ibu tersayang!
Saat anak perempuan kesayangan diuji dengan pelbagai dugaan hidup, Zarinah atau lebih dikenali sebagai Eina Astillah selesa ‘mengunci mulut’ daripada membuat sebarang kenyataan. Jauh sekali menjaja kisah keluarganya kepada umum.
Sudah pasti, isteri Awang Astillah ini sentiasa mendoakan yang terbaik buat pelantun lagu Akhirnya Kamu tersebut. Berkat doa ibu dan izin Allah, Bella Astillah kini mengecap bahagia dan sukses dalam bidang diceburi.
Sempena majlis pertunangan Bella dan Syed Saddiq baru-baru ini, ibu selebriti ini menyifatkan Ahli Parlimen Muar tersebut seorang lelaki yang baik.
“Sangat terharu, rasa macam tak percaya. Ada lagi insan yang baik macam dia.”
Tatkala ditanya pandangan apabila Bella dan Syed Saddiq melangkah ke fasa seterusnya, ini jawapan Eina Astillah.
“Harapan untuk masa depan kalau boleh till Jannah sampai bila-bila. Sampai ke akhir hayat. Mama doakan semoga till Jannah dan mama harap kali ini berbahagialah sampai bila-bila. Mama nak kakak tersenyum sampai bila-bila saja.”
Semoga kehidupan Eina Astillah dan Bella sentiasa dalam lindungan Allah. Nona juga mendoakan agar urusan pernikahan pasangan selebriti ini kelak berjalan lancar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal, maut, rezeki, jodoh dan pertemuan segalanya di tangan Tuhan. Kemenangan Datin Seri Nur Heliza Helmi merangkul anugerah Aktres Pembantu Filem Popular baru-baru ini bukan hanya mengejutkan empunya diri. Bahkan peminat industri tanah air. Ia merupakan kemunculan semula Heliza Helmi dalam bidang lakonan selepas beberapa tahun dan tertulis rezeki buatnya.
Lakonan anak seni kelahiran Terengganu ini dalam filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah menarik perhatian peminat sekaligus melayakkannya menggondol pengiktirafan tersebut.
Datin Seri Heliza Helmi hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 pada 13 Disember lalu. Bintang filem Syurga Cinta berkenaan ditemani adik tersayang, Nur Hazwani Afiqah Helmi.
Pada acara itu, Heliza tampil mempersona dengan persalinan eksklusif rekaan Eja Shahril. Lebih istimewa, Heliza yang juga penyanyi turut membawa bersama bendera Palestin sebagai tanda solidariti berterusannya terhadap rakyat negara tersebut sampai ke hari ini.
Daripada video yang dikongsikan Hazwani jelas kelihatan riak wajah terkejut saat namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Aktres Pembantu Filem Popular ABPBH Ke-37.
Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Seri Heliza Helmi meluahkan rasa syukur atas kejayaan tersebut. “Tak pernah menyangka sama sekali hatta masuk pencalonan pun tak pernah terfikir. Menang apatah lagi.
Rezeki ini dari Allah asbab sokongan kalian semua. Ini untuk anda!!! Perjuangan kita belum selesai. InsyaAllah terus sumud!”
Tambahnya lagi, “Alhamdulillah! I don’t deserve, tapi Allah yang Maha Baik dan kemenangan ini bukan untuk saya. Ia lahir asbab daripada tangan-tangan yang mengundi, daripada hati-hati yang percaya, daripada doa-doa yang diam-diam naik ke langit. Terima kasih.
Sebenarnya, anugerah ini hanya dipinjamkan kepada saya – sebagai amanah, bukan kemegahan. Dalam senyuman ini ada rasa syukur, tapi juga ada rasa sedih. Kerana di saat kita diraikan, ada saudara kita yang masih disenyapkan.”
Sementara itu, suami tercinta yang juga usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman turut berbangga dengan kejayaan isteri tersayang. Teruja dengan kemenangan itu, Datuk Seri Mahadi membuat kejutan istimewa buat Datin Seri Heliza Helmi.
“Alhamdulillah Ya Allah. Aku jatuh cinta bukan hanya pada senyummu. Tapi pada kesungguhanmu mengejar redaNya. Tahniah ‘my cute pondati’ atas penganugerahan trofi Aktres Pembantu Filem Popular ABPBH 37 baru-baru ini.
Ingatlah yang ini bukan sekadar anugerah, tapi amanah. Semoga setiap langkah kita selepas ini lebih dekat kepada Allah dan memberi manfaat kepada ramai orang. Teruskan perjuangan dakwah dalam seni.”
Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!