Setelah selamat bergelar pasangan suami isteri, kesinambungan ceritera cinta Shila dan Haris diteruskan lagi dengan majlis bertandang. Memilih persalinan rona ungu, busana yang berkonsepkan ‘Luxury traditional contemporary’ ini disuntik dengan elemen fabrik songket. Rekaan busana indah ini tentunya hasil daripada sentuhan ‘keramat’ Azura Couture’.
Nona kongsikan sedikit momen indah dan manis ketika majlis bertandang malam tadi.
Pasangan sama cantik dan sama padan.Seri ratu sehari.
Ads
Ads
Apa agaknya yang dibualkan oleh Shila dan Azura tu…Fiza Zainuddin, ‘insan’ yang bertanggungjawab merias wajah Shila.
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.
Hanya sekali lafaz, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek sah bergelar suri hati usahawan restoran Kueh tersebut.
Kelihatan Ezwan Zain berusia 44 tahun sempat melirik ke arah pengantin perempuan dan tersenyum bahagia tatkala lafaz nikah disahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.
Majlis pernikahan indah berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Pada majlis ini, Erra tampil anggun dalam persalinan eksklusif rekaan Rizman Ruzaini. Primadona filem Melayu berkenaan dilihat berarak masuk menuju ke pelaminan sambil diiringi anak gadis kesayangan, Engku Aleesya.
Begitu juga pengantin lelaki yang segak berbaju Melayu rona senada yang tiba dengan ditemani puteri kesayangan hasil perkahwinan terdahulu, Dania Sofia.
Difahamkan 95 peratus persiapan majlis pernikahan ini diuruskan Ezwan Zain untuk isteri tercinta. Bahkan dia juga mengakui membuat beberapa kejutan buat suri hatinya itu. Antaranya ‘sepohon’ bunga emas seberat 102 gram mengandungi 24 keping dinar emas.
Bertuah Erra Fazira!
Pemilihan dinar emas sebagai mas kahwin ini tentunya meraih perhatian ramai kerana bukan hanya kerana ia dihias unik menjadi seakan ‘pohon’ bunga emas. Bahkan kerana nilai emas yang diketahui ramai mempunyai potensi simpanan dan pasaran tinggi pada masa akan datang.
1 dinar emas diperbuat daripada emas tulen 99.9 peratus (24 karat) dengan berat 4.25 gram. Setakat hari ini, 1 dinar emas berharga hampir RM2,600.
Pastinya, ramai bakal pengantin akan mengikut jejak langkah Erra Fazira dan Ezwan Zain untuk menghadiahkan mas kahwin berupa dinar emas.
Sementara itu, dulang hantaran pasangan ini yang dihias kreatif di dalam talam dan dibawa menggunakan tandu juga menarik perhatian para tetamu. Manakala mas kahwin ditampilkan dalam bentuk pokok ufti.
Majlis pernikahan berlangsung dalam suasana tenang dengan tetamu hadir mengenakan pakaian rona putih sebagai simbolik kesucian dan kesederhanaan.
Erra Fazira dan Ezwan diraikan dalam dua majlis resepsi berskala kecil pada esok hari dan 27 Disember ini di lokasi berbeza.
Sebelum ini, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan KRU iaitu Datuk Yusry Abdul Halim. Namun bercerai pada tahun 2006.
Dia kemudian berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Perkahwinan mereka turut berakhir dengan penceraian pada tahun 2014.
Menepati kriteria, Che Puan Sarimah Ibrahim dipilih sebagai duta kesihatan untuk hospital pakar tulang, ALTY Orthopaedic Hospital.
Majlis perlantikan bagi pengacara, penyanyi serta pelakon berketurunan Melayu-Ireland ini diadakan di premis hospital yang terletak di Menara ALTY, Jalan Ampang pada 15 Jun 2022 dalam suasana ringkas bersama media.
Objektif kerjasama ini adalah bagi memacu kesedaran tentang penjagaan kesihatan tulang yang baik. Sebagai seorang yang prihatin dengan kesihatan, CP Sarimah akan menyertai usaha-usaha bersama ALTY untuk meningkatkan kesedaran melalui beberapa siri inisiatif pendidikan.
Inisiatif tersebut merangkumi program kesedaran komuniti dan siri video pendidikan penjagaan tulang di kalangan rakyat Malaysia.
CP Sarimah menyuarakan keterujaannya apabila dilantik sebagai duta bagi kolaborasi selama setahun ini yang julung kali diadakan. Menurutnya, sebagai selebriti sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia.
“Sebagai selebriti saya akan lakukan yang terbaik untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai termasuklah diri sendiri tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan tulang.”
Selain bergelar duta kesihatan, CP Sarimah juga bakal mengacarakan program-program berkaitan penyakit tulang bersama lapan doktor pakar di ALTY Orthopaedic Hospital.
Turut serta dalam sesi temu bual bersama media ialah Dr. G Ruslan Nazaruddin yang merupakan Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Penggantian Sendi.
Selesai majlis, pihak media diberi peluang untuk menjelajah beberapa ruang utama di hospital antaranya wad pemulihan serta bilik EOS yang dikhususkan untuk rawatan low-dose radiation alterative.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering tampil anggun berkurung batik dan berselandang YAM Che Puan Sofie Louise Johansson tidak kekok bertemu masyarakat. Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata malah bijak membawa diri bersama rakyat Kelantan khususnya.
Isteri kerabat diraja Kelantan yang berasal dari Sweeden ini telah berkongsi foto di laman media sosial milik peribadinya menemani suami tercinta, YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra melawat bayi kembar yang kehilangan ibu sewaktu bersalin buat kali kedua.
Tetap memilih baju kurung moden, Che Puan Sofie yang dilahirkan pada 6 Jun 1986 ini anggun berkurung batik rona oren dengan motif floral. Beza dua tahun kunjungan pasangan diraja ini memperlihatkan kanak-kanak kembar tersebut sudah besar.
“Today we went back to visit the twin girls in Tumpat, Kelantan. Back in 2020 they lost their mother due to complications while giving birth on March 31, 2020.
Tuanku and I were very delighted to see how well the twin girls looked. Their father should take pride in how well the twin girls are being raised,” tulis Che Puan Sofie tentang kunjungannya itu.
Penerima Nona Royal Award NONA SUPERWOMAN 2020 ini seorang yang aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuklah Buy & Eat For Charity, menziarahi kanak-kanak dan warga emas yang terlantar sakit di hospital, membantu golongan yang kurang berkemampuan, memberi sokongan buat para peniaga di Kelantan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang disertainya.
Memetik kata-kata graduan kelulusan dalam bidang Bahasa Inggeris dan Sosiologi ini kepada NONA, “Di Sweden, kami berpegang pada tradisi dikenali sebagai ‘Jäntelagen’ atau the law of Jante, yang bermaksud anda tidak boleh percaya anda lebih baik atau sebaliknya dari orang lain.
Kata-kata tersebut saya pegang sehingga kini sebagai azimat untuk diri saya tatkala melalui fasa terkini dalam kehidupan. Mungkin kata-kata tersebut juga banyak mengajar saya menerima proses perubahan dari golongan kebanyakan ke lingkungan istana.
Sesuai dengan pepatah Melayu, Raja dan rakyat berpisah tiada,” ujar Che Puan Sofie merendah diri ketika NONA mengajukan persoalan mengenai perubahan status buat dirinya dari orang kebanyakan ke istana.