Gaya Hidup

Dalam KELEMBUTAN Mesti Ada KETEGASAN, Ibu-Ibu Prihatin Tolong Didik Anak-Anak Dengan Penuh Disiplin

Sukarnya mendidik anak dewasa ini. Entah mengapa, pengaruh luar lebih terkesan pada diri mereka hingga menjadi seorang yang sukar dibentuk. Kaedah ‘kuku besi’ sudah tidak relevan kerana mereka lebih cenderung untuk memberontak dan bertindak lebih agresif.

Jadi, sebagai ibu muda anda perlu mencari pendekatan terbaik dan bersesuaian dengan anak-anak.

#TIP 1

BERI PUJIAN

  • Apabila anda memberikan pujian kepada si kecil, hati mereka pasti berbunga-bunga. Pujilah pada kebaikan yang dilakukan, jangan sesekali memuji kenakalan mereka kerana mereka akan melakukannya lagi dan lagi. Jangan biarkan mereka terbawa-bawa dengan perangai buruk di depan orang lain.
  • Saat memberikan pujian, tunjukkan bahasa tubuh yang menyenangkan seperti dalam tawa atau senyuman penuh keikhlasan. Pandang tepat ke arah matanya. Bahasa tubuh yang baik amat penting untuk menunjukkan perasaan anda terhadap mereka.

# TIP 2

ABAIKAN JIKA NAKAL

  • Jika si kecil tiba-tiba berperangai nakal, abaikan mereka. Tetapi apabila mereka sudah kembali baik, anda juga perlu terus mengubah sikap anda terhadap mereka.
  • Contohnya, jika mereka tidak mahu keluar dari kedai mainan, katakan kepada mereka, “Jika kamu tidak mahu balik tak mengapa, tetapi ibu akan pulang.” Apabila mereka keluar, anda pujuk mereka dengan baik.

# TIP 3

KERJASAMA

  • Teknik pilihan dengan memberi kebebasan ada si kecil untuk memilih barang sesuai keinginannya. Cara-caranya dengan memberi dua atau tiga pilihan barang.
  • Good behavior chart seperti sistem token dengan memberikan stiker kepada mereka jika mereka berkelakuan baik. Tiba masanya, hitung stiker dan berikan hadiah kepada mereka. Tidak perlu mahal, sekadar boleh menggembirakan hati si kecil.

# TIP 4

GANJARAN

  • Berikan pelajaran kepada si kecil mengenai konsekuensi. Sekiranya mereka berkelakuan baik, tunaikan permintaan mereka yang relevan. Sekiranya mereka tidak berkelakuan baik, perjelaskan konsekuensinya. Pastikan anda konsisten dengan kata-kata anda kerana bimbang si kecil akan mengulangi perbuatannya tanpa merasa perlu untuk mematuhi anda.

# TIP 5

MARAH DAN MENGHUKUM

  • Ia merupakan pilihan terakhir untuk anda terapkan pada diri anak-anak.
  • Sekiranya mereka sudah diberi amaran dan diperjelaskan dengan konsekuensi, maka anda boleh memilih untuk memarahi mereka tetapi jangan berlebihan.
  • Antara jenis hukuman yang boleh diberikan adalah seperti tidak membenarkannya menonton televisyen, melarangnya daripada keluar bermain atau menikmati makanan manis seperti coklat dan gula-gula. KR
IKLAN
Share