Konsep trak fesyen bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri fesyen dunia. Malah ia telah diadaptasi oleh jenama-jenama gergasi antarabangsa sebagai salah satu bentuk promosi secara bergerak. Meskipun begitu, di Malaysia ia masih baharu dan belum pernah diketengahkan oleh pengusaha fesyen.
Melihat peluang perniagaan yang terbuka luas untuk mengetengahkan jenama fesyen melalui perniagaan menggunakan trak, Lenny Farina Hazree telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan trak fesyen pertama di Malaysia, Fashion on wheels atau FOW.
Ads
Menurut Lenny yang ditemui di majlis pelancaran Fashion On Wheels baru-baru ini, pengguna kini boleh memilih fesyen terkini terutamanya untuk koleksi hari raya di atas trak Fashion On Wheels yang akan singgah di 10 lokasi di sekitar Lembah Klang. Mengetengahkan hampir 15 jenama fesyen popular di Malaysia, para pengguna boleh memilih fesyen terkini untuk digayakan di Aidilfitri tanpa perlu datang ke butik!
Ads
Ads
Tahun ini merupakan tahun pertama Fashion On Wheels diperkenalkan dan ia bakal menjadi penentu untuk mengembangkan lagi gaya perniagaan yang baharu bagi rakyat Malaysia. Saya berharap penggemar fesyen tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi busana dari jenama popular antaranya termasuklah Minaz, Jameqha, Bella Ammara,Locika, By Fatin Suhaa, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Ruman Manik, Ravaka, Syafiqah Aina Hijab, Kaizer Scarf, Sofea Rose Teruna by Hafiz mahamad, Riaz Arshad dan Jelitasara.
Traf FOW akan mula bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei di Menara Surian dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berakhir pada 9 dan 10 Jun di Pullman Lakeside Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, layari laman instagram Fashion On wheels.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita baik buat beauty addicts! Sekarang anda tak perlu keluar untuk dapatkan produk-produk kecantikan L’Oreal kerana semuanya di hujung jari. Wow, terima kasih untuk Shopee.
Shopee dengan bangganya mengumumkan Kedai Rasmi L’Oréal di Shopee Mall, dimana anda boleh membeli lebih 500 produk kecantikan daripada jenama L’Oréal yang popular termasuk L’Oréal, Maybelline dan Garnier.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan jenama L’Oréal. Kini kira-kira 4 juta pengguna Shopee di Malaysia boleh mendapatkan produk kegemaran mereka ini kerana semuanya boleh dibeli menerusi aplikasi telefon bimbit dan laman sesawang Shopee,” kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.
Ho menambah, “L’Oréal menyertai lebih 300 jenama di Shopee Mall yang baharu dilancarkan, sebuah portal khas yang menampilkan lebih 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh jenama terkemuka dan pengedar sah mereka.
Pembeli secara dalam talian boleh menikmati pelbagai manfaat apabila membeli menerusi Shopee Mall, antaranya termasuklah Jaminan 100% Tulen (atau pulangan wang dua kali ganda), polisi Pemulangan 15 Hari dan Penghantaran Percuma ke seluruh negara.”
Vysia Yong, Ketua Jabatan Digital dan e-Dagang di L’Oréal berkata, “Sebagai syarikat kecantikan dan kosmetik terbesar di dunia, L’Oréal perlu bekerja dengan rakan niaga yang mempunyai reputasi yang sama.
Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Shopee kerana mereka berkongsi motivasi dan keinginan yang sama untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.
Di L’Oréal, kami percaya dalam konsep ‘Kecantikan Untuk Semua’. Sekarang pelanggan kami boleh mendapatkan produk tulen di Shopee Mall menerusi peranti mereka tanpa mengira di mana mereka berada pada bila-bila masa dan pada harga yang terbaik.”
Bagi meraikan usahasama ini, Shopee dan L’Oréal menganjurkan Bengkel Transformasi Kecantikan di Akademi L’Oréal, Petaling Jaya dengan menjemput 50 pengguna Shopee untuk menikmati tatarias daripada pakar kecantikan dan jurusolek L’Oréal.
Sesi tersebut membariskan beberapa produk dari rangkaian penjagaan rambut, kulit dan kosmetik L’Oréal. Dapatkan produk kecantikan kegemaran anda di Kedai Rasmi L’Oréal’s atau menerusi aplikasi Shopee yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan, berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan tersebut secara langsung turut menamatkan penantian rakyat negeri Kelantan yang sudah lama tidak memiliki Sultanah sendiri.
Sultan Muhammad V adalah Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010. Berusia 53 tahun, baginda merupakan putera sulung Sultan Kelantan ke-28 dan kakanda kepada Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri.
Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur dan Oakham School Ruthland di England.
Amat dikenali sebagai seorang Sultan yang warak dan berjiwa rakyat, baginda juga meminati pelbagai sukan lasak seperti kenderaan pacuan empat roda, ekuestrian, sukan memanah, menembak serta gemar memelihara hidupan liar.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.
Menurut Ahmad, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.
Dalam pengisytiharan yang sama, baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan. Kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya rasa terlampau kecil di sini sebenarnya… tapi saya berpura-pura saya ok.” Itu luahan peserta Pencarian Nona Superwoman, Sarah Ismail sejurus namanya diumumkan tersingkir di episod 5 program realiti tersebut. Dua episod berturut-turut menduduki tempat dua terendah sebelum ini, akhirnya perjalanan Sarah terhenti di episod kelima bertemakan Business Grooming.
Akui Sarah atau nama sebenarnya Maisarah Ismail, dia turut rasa kurang yakin dengan kemampuan diri memandangkan tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang bisnes kerana kerjayanya lebih kepada servis sebagai guru vokal.
Ditemu bual selepas sesi penyingkiran yang berlangsung di The Four Seasons Kuala Lumpur, underground singer yang juga graduan Music National Academy of Arts Culture and Heritage (ASWARA) ini memberitahu, “Saya tak expect langsung (tersingkir). Saya rasa this is the task that I boleh berfikir. You see my business pun not into this kind of persoalan (tugasan/soalan juri).
Dari minggu ke minggu, I have no experience at all. Untuk study dalam satu ke dua bulan memang tak cukup. So tidak semestinya I gagal di sini, I gagal di luar. No.
Kalau I gagal, dah lama gagal. Tapi saya masih berdiri di sini dengan perniagaan yang saya sedia ada.”
Menjelaskan lebih lanjut, “Cuma kekuatan saya lebih kepada servis muzik dan saya lebih berfikiran jauh dalam bidang saya. InshaAllah, banyak sangat saya belajar. Walaupun ia di luar pemikiran saya, inshaAllah saya akan gunakan sebaik mungkin.”
Sementara itu ditanya siapa pesaing terdekat dalam pertandingan berkenaan, tanpa berselindung Sarah mendedahkan, “Of course yang dipuji oleh juri seperti Syu Ramli, Fasz Faozi… I rasa semua. I rasa terlampau kecil di sini sebenarnya tapi I berpura-pura I ok. I manusia, ada keluarga.. keluarga I berharap dan suami juga always waiting for me. It’s ok doakan I kat luar.”
Dalam cabaran episod kali ini, peserta Pencarian Nona Superwoman diminta membuat ‘business grooming’ mengenai barang yang diterima daripada juri. Mereka perlu memikirkan bagaimana untuk menginovasikan produk yang diberi dalam tempoh lima tahun akan datang.
Yang pasti, daya kreativiti peserta terus diuji apatah lagi mereka hanya diberi masa lima minit untuk membuat pembentangan.
Tiga jenis barang yang disediakan ialah kelapa, kacang tanah dan batik. Sarah yang menerima barang berupa kacang tanah tidak berjaya memenangi hati para juri. Sekaligus menduduki tangga terendah di samping dua orang lagi peserta iaitu Ana Najia dan Fazs Faozi.
Program yang diperkasakan oleh USANITA ini menampilan Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hassan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd sebagai juri tetap bersama pengacara terkenal, Awal Ashaari.
Menariknya dalam episod 5 kali ini, peserta berpeluang menimba ilmu bisnes daripada usahawan berjaya yang juga Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime, Aliza Ali sebagai juri jemputan.
Pencarian Nona Superwoman julung kali diadakan khusus buat usahawan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Matlamat program ini bagi menyuntik inspirasi dan memberi peluang baharu kepada para peserta agar bangkit memajukan empayar perniagaan memandangkan setiap daripada peserta ini memiliki latar belakang bisnes yang berbeza.
Terus setia mengikuti perjuangan peserta Pencarian Nona Superwoman dalam usaha mereka menjadi ahli perniagaan berwibawa dan berkarisma.
Pencarian Nona Superwoman bersiaran setiap hari Rabu jam 9 malam di Astro Prima yang dibawakan secara ekslusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan oleh USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.