Dari Bunga, Haiwan, Bangunan Sehinggalah Makanan. Ini Cara Perserta Miss Universe Mewakili Negara Mereka

Salah satu acara dalam pertandingan Miss Universe adalah pertandingan kostum nasional. Para peserta masing-masing sedaya upaya menampilkan kostum yang menarik dan lain dari yang lain. Jom kita intai beberapa kostum nasional peserta Miss Universe tahun ini.

Miss Universe Afrika Selatan ini menjadikan bunga kebangsaan negaranya sebagai isnpirasi untuk kostum nasional. Bunga ‘King Protea’ ini digarap indah sebagai kostum nasional menerusi perletakan kolopak bunga dan juga susunan daun menghijau.

Wow! Inspirasi kostum nasional Miss Universe Australia ini diambil inspirasi persembahan bunga api di Sydney Opera House.

Tahun lepas ketika pertandingan Miss Universe 2016 wakil Myanmar menjuarai ketegori kostum nasional. Tahun ini pula, Miss Universe Myanmar 2017 membawa tema Orkestra tradisi negaranya yang dikenali dengan nama Hsaing Waing. Pendapat penulis, she is trying too hard

dengan segala aksesori itu.

Terjemahan inspirasi dari binaan popular pokok di Gardens By The Bay oleh Miss Universe Singapura 2017. Dan semestinya gabungan bunga orkid mewakili keindahan bunga nasional negara tersebut.

Orang utan menjadi inspirasi Miss Universe Indonesia 2017 ke dalam terjemahan kostum nasionalnya. Dinamakan ‘The Warrior of Orang Utan’ ia dilambangkan sebagai pelindung kepada haiwan terancam tersebut.

The Iconic Nasi Lemak! Kostum nasional Miss Universe Malaysia 2017 ini mendapat perhatian yang cukup meluas sehingakan porta-portal berita dunia turut melaporkan tentangnya. Kelihatan unik kerana siapa terfikir makanan boleh diterjemahkan sebagai kostum nasional bukan?

 

IKLAN
Share