“Dari Kecil Ditatang, Cukup Umur 17 Tahun Allah Jemput Pulang!” Shaliza Aziz Reda Pemergian Anak Leukemia

Ketika semua ibu bapa mengharapkan anak-anak untuk menguruskan jenazah mereka, takdir pula berkata sebaliknya. Bayangkan anak kecil yang pernah riang ditimang, kini dewasa menunggu kita untuk dikafankan.

Kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga sesungguhnya menjadi dugaan terbesar buat usahawan hebat bernama Shaliza Aziz ini. Sejak penulis mengenalinya beberapa tahun lepas, ex-banker itu sentiasa ceria dan menyenangkan setiap kali kami bersua.

Namun beberapa hari lepas, perkhabaran buruk tiba ke cuping telinga. Anak lelaki Shaliza, Muhammad Fariz Eskandar, 17 tahun, telah dijemput pulang ke negeri abadi. Selepas 60 hari arwah bertarung dengan penyakit Acute Myeloid Leukemia, akhirnya dia kembali kepada Sang Pencipta.

Online entrepreneur, Shaliza Aziz

Di antara kelemahan dan sisa kekuatan yang tinggal, hajat Nona mahu berkongsi kesedihan seorang ibu diperkenankan. Shaliza sudi berkongsi memori yang ada, sebagai tanda abadi buat arwah anak yang meninggal dunia.

Pahit untuk di telan tapi itulah ujian untuk kami sekeluarga. Ramai yang tanya macam mana tahu Fariz ada kanser?

Fariz asalnya demam panas dalam 39 Celcius. Kebetulan waktu tu sedang hangat kes COVID-19, jadi kami risau jugak. Bila ke klinik (8 April 2020) doktor buat blood test. From the test nampak white blood cell tinggi tapi doctor ingatkan infection.

Masa tu dia demam panas, suhu dalam 39, tekak sakit dan sakit tengkuk. Doc cakap lepas 4-5 hari ambil antibiotik akan kurang.

5 hari kemudian, demam dah baik tapi tengkuk Fariz masih sakit lagi. Ingatkan salah bantal. Tapi dalam masa yang sama, ujian darah dibuat semula dan kami diberi referral letter untuk ke hospital.

Ingat lagi masa tu Isnin pagi, 13 April. So lepas ke klinik, husband bawa Fariz ke private hospital. Dekat emergency ward, doc check tak ada apa. Ada infection kat tekak Fariz dan kami pun mati-mati ingat salah bantal. Tu dia susah nak makan masa tu sebab sakit tekak.

Tiba-tiba tengah Ija kemas rumah petang sikit, dapat call from doktor klinik. Dia cakap ingatkan mesin dia salah baca blood test pagi tadi. So rupanya dia hantar sampel darah Fariz ke makmal darah. From result sama, dia terus cakap suspek leukemia.

Masa tu gugur jantung Ija. Terbayang mama, coz mama dulu pun kanser darah, but different type. Terus mengalir air mata. Doc advise untuk kami bawa Fariz ke Hospital Ampang for further check up. Masa ni kami tak bagitau Fariz lagi, risau Fariz terkejut dan lagipun belum sah waktu tu.

Since tengah musim COVID-19 ni, takut la nak ke hospital kerajaan. Ija tanya doctor tak boleh ke kalau pergi private hospital, tapi doctor cakap Hospital Ampang centre for blood cancer, ramai doktor pakar di sana. For some cases, even private akan rujuk ke Hospital Ampang. Dalam hati still in denial mood, keep cakap blood test tu silap.

On the next day, husband bawa Fariz ke hospital for check up. Sedih Ija tak dapat ikut sebab PKP kan, hanya seorang boleh dalam kereta. In this situation, driver dan pesakit sahaja.

Masa tu pun Fariz lemah sangat. Dah seminggu tak makan, of course badan lemah. Lebih kurang 2.00 petang, husband call bagitau result, anak kami positif leukemia. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya Ija waktu itu. Doc pun advise suruh terus admitted sebab HB Fariz masa tu hanya 6 dan dia pun sangat lemah.

Masa baru admitted di Hospital Ampang. Tengkuk arwah masih sakit waktu ni.
Masa ni husband tengah terangkan pada Fariz tentang penyakit yang dihidapi.

Ija bersiap, ambil GRAB dan terus ke hospital. Dalam GRAB tu memang mengalir air mata ni. For the next few days, Ija masih macam tak percaya dengan ketentuan-Nya. Cuma depan Fariz kami kena kuat. Jujur Ija rasa Fariz pun lebih kuat dari Ija sendiri.

The next day buat bone marrow test, dapat tahu jenis leukemia Fariz. AML or Acute Myeloid Leukemia. Esoknya terus mula kemoterapi (16 April 2020). Semua berjalan dengan pantas. Next post Ija share pasal kemoterapi dan sambungan cerita ye. Ija harap jika ada salah dan silap ija dengan sesiapa, mohon maaf serta doakan kesihatan anak Ija ye.

Hari ketiga. Fariz hari ni masuk darah. Doc dah pesan, akan jadi pening skit.
Such a strong boy. Mama Abah proud with Along.
At the moment Fariz sekarang di hospital untuk chemo cycle kedua. Doctor jangkakan dalam tiga minggu di ward.
Hari ni baru dapat buka puasa bertiga.
Menunggu result COVID-19 dan ujian darah. Since dia bawah umur, kena ada peneman & peneman tak boleh keluar dari hospital until dapat result tu.
21 Mei. Happy Fariz kawan-kawan Kolej Vokasional dia datang melawat dan berbuka puasa sama.
3 Jun. Ada 2 selimut wajib Fariz. Satu sebab ada bau dia. Selimut coklat tu sebab ada bau mama.
Tadi ke hospital tengok anak. Doc cakap dia masih di tahap sangat kritikal kerana dua organ gagal berfungsi, buah pinggang dan hati.

Masuk hari ke-56, doc cakap jantung Fariz terhenti selama 10 minit (pukul 9.40 malam). Lepas pump dan CPR baru jantung tu okey. Tapi update dari doktor setiap hari buat mama  abah takut. Bila tengok awak di ICU nampak kuat tapi dalaman makin merosot.

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk awak. Kami tak pernah give up, tapi mama abah redha. Tak nak seksa jiwa, roh dan jasad awak. Apapun ketentuan dari Allah mama abah terima.

HARI KE-60

Hari ni jumpa Dr. Zakky, salah seorang Pakar Haematologist di Hospital Ampang. Dia update Fariz lebih kurang semalam. Hari ni akan buat dialisis for 4-6 hours. Ubat tido pun hari ni sambung sebab nak buat dialisis.

Hari ni mama abah tak boleh masuk isolation room. Jadi tengok dari jauh je. Jadi la kan, buat lepas rindu pada anak. Apa yang terbaik untuk awak kami reda dan akan terus berdoa.

Hari yang sama, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allah lebih sayangkan anak kami. Fariz dah tinggalkan kami 5 minit yang lepas (12 Jun 2020, 10.11 malam). Maafkan jika ada salah silap dia. 

CORETAN TERAKHIR BUAT ARWAH FARIZ

Nona: Ceritakan perasaan Ija yang terbuku sejak dapat tahu arwah dah tak mampu bertahan? Hati Ija mcmn masa tengok mata anak, pegang tangan dia, usap rambut dia?

Masa dapat tahu anak sakit kanser pun dah rasa sebak, inikan masa anak koma di ICU. Bila tengok keadaan dia dalam ICU dan bila dengar update dari doktor memang buat Ija rasa sayu. Kemuncak bila doktor minta kami bersedia untuk terima segala kemungkinan selepas jantung dia berhenti buat pertama kali (5 min x 2 kali).

Masa tu Ija bisikkan di telinga anak, jika dia tak mampu bertahan dan apa yang terbaik dari-Nya, Ija sebagai ibu reda untuk lepaskan dia. Ija maafkan segala dosa dia dan Ija ucap terima kasih kerana menjadi anak yang baik buat kami. Masa tu nampak air mata dia bergenang biarpun dia dalam keadaan koma.

Satu ayat dalam hati Ija waktu dia hembuskan nafas terakhir? Dan apa doa Ija ke langit sampai sekarang kalau ingat psl arwah?

Dia menghembuskan nafas ketika dalam ICU dan kami tak ada di sisi arwah. Di ICU penjaga tak dibenarkan berada bersama pesakit. Baru je selesai baca Yasin dengan ahli keluarga di rumah, kami dapat panggilan minta ke hospital. Tapi nurse tak cakap apa-apa.

Bila sampai sahaja di ICU, doktor inform anak kami sudah tak ada 5 minit yang lepas, Ija dan husband terus menangis. Tapi dalam hati terdetik inilah yang terbaik dari-Nya. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk anak kami. Ija hanya doakan dia diampunkan dosa seperti kain putih.

Bila nurse buka kain yang menutup anak kami, Ija kucup dahi dan pegang erat tangan dia. Masa tu dahi arwah masih terasa suam. Itulah kali pertama Ija dapat genggam tangan anak selepas seminggu koma dan berada dalam ICU. Sepanjang di ICU kami tak di galakkan sentuh dia kerana takut infection semakin teruk. Rindu dengan sentuhan itu tapi itulah kali terakhir buat kami

Nona: Macamana Ija dan suami hadapi dugaan ni? Dan cara bagi kekuatan pada suami? Sebab suami pun tentu pendam kesedihan dia.

Sejujurnya Ija tak kuat pun. Cuma bila Ija ingat kesakitan yang anak lalui tu, Ija redha. Dalam situasi Ija, suami yang banyak bantu untuk kuat. Family pun. Kami saling ingatkan di antara kami bahawa ini mungkin yang terbaik untuk Fariz daripada dia menderita terlalu lama. Kami sentiasa panjatkan doa supaya dia berada di kalangan orang beriman dan berharap moga kami satukan di sana suatu hari nanti

Nona: Perkara yg Ija belajar selepas selesai urusan pengebumian arwah?

Kalau kita baik, ramai akan sayang. Dari bilik jenazah sehingga ke masjid dan pengebumian, ramai kawan-kawan anak yang bantu kami uruskan jenazah. Apa yang paling kami belajar dari ujian ini, hidup ni hanya pinjaman. Selagi ada masa dan peluang, hargailah orang yang kita sayang. Sebab kita tak tahu siapa akan pergi dahulu. Macam contoh anak Ija, sebelum ni tak ada sakit pun. Sekurangnya selepas mereka pergi kita ada momen yang indah untuk dikenang.

Nona: …dan barangan dia yg Ija selalu tengok bila rindu?

Gambar dan video arwah. Sebab arwah periang orangnya, jadi keletah dia dalam video dapat kami lepaskan rindu. Video dan gambar ini juga akan kami simpan, supaya adik-adik kenal arwah bila mereka dah besar dan faham. Betapa arwah sayang adik-adik dia, lama dia tunggu nak dapat adik.

Selain itu, arwah ada binatang peliharaan, kura-kura. Dia pesan pada kami untuk jaga bila dia tak ada (waktu itu nak admitted, tak sangka tak ada selamanya).

Salam takziah buat Shaliza Aziz seisi keluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dan beriman. Alfatihah buat arwah Muhammad Fariz Eskandar Bin Nor Shaliza (2003-2020)**

IKLAN
Share