Dari Seorang Peguam Kini Menteri Pendidikan Wanita Pertama, Ini 7 Fakta Menarik FADHLINA SIDEK

Sejurus barisan kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri ke 10, Dato’ Sri Anwar Ibrahim minggu lepas, siapa yang bakal menyandang portfolio Menteri Pendidikan sentiasa menjadi tumpuan sektor itu memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan dan pembangunan negara.

Kementerian Pendidikan yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian yang dekat di hati para wanita. Mempunyai matlamat untuk ialah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, kementerian itu juga beriltizam melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera di samping menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara serta memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Hampir dua minggu menantikan pelantikan Menteri Pendidikan, rakyat Malaysia rata-rata menyambut baik Fadhlina Sidek menerajui kementerian. Berikut 10 info menarik beliau:

1- Dilahirkan pada 16 Oktober 1977, Fadhlina merupakan ahli Dewan Rakyat bagi Nibong Tebal serta bekas ahli Dewan Negara dari 2021 hingga November 2022.

2-Memegang Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Undang-Undang dan   Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serta Sarjana Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

3-Merupakan Senator Dewan Negara.

4-Profesion sebagai peguam syarie dan memiliki firma guaman, Fadhlina Siddiq & Associates.

5- Lantang memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak termasuk undang-undang anti gangguan seksual serta menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

6- Anak kepada bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr Siddiq Fadzil ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum menamatkan alam persekolahan pada 1994 di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Kajang, Selangor.

7- Beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadzli Arsad dan dikurniakan enam cahaya mata.

Semoga perlantikan Fadhlina Sidek mampu memberikan sinar baru dalam sektor pendidikan negara. Selamat bertugas!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share