Daripada Pensyarah Ekonomi Ke Usahawan Kosmetik, NUR BASHIRAH Percaya Perniagaan Lebih Beri Kepuasan

Walaupun sudah bergelar pensyarah di IPTA tetapi usahawan bernama Nur Bashirah ini tekad meninggalkan kerjaya demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Kejayaan wanita berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi dari UKM tersebut dilihat mampu menyuntik inspirasi kepada wanita muda agar terus berjuang dalam setiap aspek kehidupan.

“Saya mula menyertai dunia perniagaan apabila mengundur diri selepas 7 tahun berkhidmat sebagai Pensyarah di IPTA. Saya nekad berhenti kerja selepas melahirkan anak ketiga.

“Walaupun memiliki keluarga berlatar belakangkan perniagaan dan mempunyai ilmu dalam bidang keusahawanan tetapi itu bukan tiket mudah untuk saya terus berjaya. Selepas berhenti kerja saya lihat bidang perniagaan adalah jalan yang terbaik untuk memberikan manfaat yang berterusan.

Bergelumang dalam dunia perniagaan sejak kecil banyak mengajar saya tentang selok-belok dunia perniagaan yang sesungguhnya tidak semudah disangka.

Pendedahan awal dalam dunia perniagaan membuatkan saya terus kuat melangkah dalam menerokai bidang perniagaan secara lebih mendalam. Saya sudah didedahkan dengan dunia perniagaan oleh kedua ibu bapa sejak kecil lagi.

Saya sendiri mempunyai pengalaman seperti berniaga ais kepal, kereta sewa, menjual komputer, menjual tudung dan bermacam jenis perniagaan yang lain,” jelas wanita yang berusia 33 tahun ini tentang pembabitan awalnya dalam dunia perniagaan.

Wanita dan kecantikan ibarat sukar dipisahkan, Nur Bashirah Hussin atau lebih mesra disapa Syira bersungguh-sungguh mengusahakan jenama kosmetiknya ini.

Jenama yang terus meniti dari bibir ke bibir wanita yang mementingkan kecantikan, Charms adalah produk solekan dan penjagaan kulit (make up skincare) pertama buatan Muslim dan mendapat sijil halal daripada JAKIM.

“Sebagai wanita saya juga gemar kecantikan. Memilih bidang kecantikan sebagai cabang bisnes merupakan kombinasi yang paling dekat dengan hati saya. Kata orang kalau mahu berjaya perlu melakukan sesuatu yang kita minat, maka lahirlah Charms,” ujar Syira yang ceria bercerita tentang produk kecantikannya ini.

Bersandarkan tagline, Ingat Charms, Ingat Make Up dan Rawat yang diguna pakai sejak tahun 2012, label ini terus menerus mendapat sambutan hangat sejak dipasarkan pada tahun 2012.

“Produk Charms bersifat natural dan mempunyai pelbagai pilihan mengikut jenis masalah dan jenis kulit. Ia boleh dimiliki secara mudah daripada stokis dan agen kami di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bersama pakej konsultasi.

Produk terbaru kami adalah TREAPLUS Supplement berbentuk tablet. Ia mengandungi tiga bahan utama iaitu ekstrak sakura yang diimport khas dari Jepun, Treabeau dan rice ceramid yang sangat efektif membantu keperluan kulit.

Selain itu, makanan tambahan ini juga diperkaya dengan buah beri yang berfungsi sebagai antioksidan untuk mencegah radikal bebas,” terang Syira panjang lebar.

Sebagai usahawan, saya mempunyai cita-cita untuk membawa perniagaan ini ke peringkat yang lebih jauh. Oleh itu, saya percaya pelaburan terhadap penambahbaikan modal insan, hasilnya lebih agresif. Perancangan organisasi jelas memberikan bimbingan terbaik dan menambah nilai hidup semua orang termasuk team

dan pengguna-pengguna Charms di luar sana,” tutur ibu muda ini.

Sebagai seorang wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri berkerjaya, Syira juga setuju bahawa setiap wanita perlu mempunyai masa untuk diri sendiri. “Sebenarnya saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk diri sendiri. Kebanyakan masa dihabiskan di pejabat dan tanggungjawab di rumah. Tetapi, itu tidak bererti saya mengabaikan diri sendiri.” Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share