Gaya Hidup

Datin, You Should Know… Ini Cara-Caranya Pilih Permaidani Seperti Seorang PRO!

Selain perabot, hamparan permaidani adalah dekorasi pelengkap bagi sesebuah rumah. Dengan sekeping permaidani, kediaman anda mendapat sentuhan keselesaaan dan mewah.

Penjagaan seharusnya ringkas, fleksibel untuk diatur dan cukup versatil dipadankan dengan apa sahaja dekorasi yang ingin diketengahkan. Namun untuk mendapatkan permaidani terbaik memerlukan penelitian yang lebih mendalam.

Dengan pelbagai pilihan kualiti, bentuk, dan rekaan, tugas anda semakin sukar apabila anda perlu mencari pilihan yang terbaik untuk kediaman. Kebanyakan pilihan-pilihan itu akan berakhir dengan ketidaksesuaian ruang dan hasilnya, hamparan permaidani diatur di tempat yang salah!

(1) DAYA TAHAN PERMAIDANI

Aspek paling penting untuk diambil kira sewaktu membeli permaidani adalah daya ketahanannya. Ini termasuk:

  • Ketebalan atau kepadatan permaidani
  • Bahan membuat fiber
  • Bagaimana permaidani itu dihasilkan

Apabila mencari permaidani yang tahan lama mengikut bajet anda, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

Kepadatan permaidani

  1. Lihat bagaimana fiber permaidani terlampir di antara satu sama lain.
  2. Semakin padat fibernya, semakin lama ia mampu ‘berdiri teguh’ dan kurang kerosakan.
  3. Walau bagaimanapun, semakin ia padat, semakin ia kurang lembut.

Jadi, adalah menjadi pilihan anda untuk memilih permaidani yang lembut atau padat serta tahan lebih lama.

Jenis-jenis fiber permaidani

Permaidani bulu

  • Paling mahal di antara permaidani lain. Tahan lebih lama, lembut malah ia mesra alam.
  • Harganya dua atau tiga kali ganda lebih tinggi daripada jenis permaidani lain.

Permaidani nilon

  • Fiber ini dianggap paling tahan lama untuk trafik kaki oleh pakar-pakar industri. Ia lembut dan didatangkan dengan pelbagai stail dan warna.

Permaidani polyester

  • Merupakan alternatif terbaik serta pelaburan paling bijak untuk menggantikan permaidani nilon. Kebanyakan permaidani polyester diperbuat daripada botol minuman kitar semula.
  • Jadi, ia mesra alam dan tahan noda.

Permaidani polyester celup

  • Permaidani yang dihasilkan berwarna, bukan berasal dari putih dan kemudian diwarnakan.
  • Disebabkan proses penghasilannya adalah terus kepada warna yang diingini, pilihan untuk anda adalah terhad. Jika anda bertuah memiliki warna yang padan dengan kediaman, permaidani ini adalah pilihan terbaik.

Olefin

  • Permaidani asas diperbuat daripada plastik. Tidak lembut dan mudah rosak.

(2) TAHAN NODA

Pastikan pilihan permaidani anda tahan noda dan tidak mudah menyerap kekotoran seperti air berwarna, cat dan sebagainya.

(3) HARGA PERMAIDANI

  • Rancang perbelanjaan anda. Tetapkan bajet yang diperuntukkan sebelum membeli permaidani.
  • Kemudian, baru buat pilihan kualiti, stail dan warna yang diingini mengikut bajet yang sudah dirancang.
  • Ingat! Harga terbaik belum tentu menjamin kualiti terbaik.

(4) JENIS PERMAIDANI

Permaidani didatangkan dengan pelbagai bentuk dan jenis, disesuaikan dengan pelbagai kegunaan. Permaidani yang anda pilih ditentukan mengikut kesesuaian.

Plush textured carpet

Tidak lembut tanpa menunjukkan kesan tapak kaki atau kesan vakum.

Plush Saxony carpet

Permaidani lembut umpama boleh membuai anda tidur lena, sedikit berkilat dan sangat menarik.

Berber carpet

Fibernya bergulung dan didatangkan dengan pelbagai warna. Ia lebih tahan lama jika selalu dipijak malah haiwan peliharaan anda juga pasti menyukainya.

(5) STAIL DAN GAYA PERMAIDANI

Pertimbangkan perkara-perkara di bawah sebelum membeli permaidani:

  1. Ruang: Warna-warna pastel dan semula jadi sesuai untuk ruang yang lebih kecil kelihatan luas manakala warna-warna panas seperti coklat mencipta suasana ruang lebih panas.
  2. Perabot: Ruang bilik yang sudah mempunyai paten dan tekstur sesuai dengan permaidani berwarna solid. Dinding ringkas boleh menaikkan lagi warna dan corak permaidani.
  3. Perancangan masa depan: Jika anda bercadang untuk menjual kediaman pada waktu terdekat, pilih warna-warna semula jadi untuk memberi perasaan yang semula jadi.

Tip Ringkas

  • Kesesakan – Perhatikan aliran ‘trafik’ yang berlaku. Jika ramai yang berjalan di atas permaidani anda, pilih warna yang lebih gelap dan sesuaikan dengan konsep kediaman anda. Boleh juga memilih permaidani bercorak.
  • Penggunaan ruang – Pilih permaidani yang boleh menaikkan seri pada ruang contohnya warna terang untuk bilik yang gelap dan sebalikya.
  • Personaliti – Adakah warna permaidani sesuai dengan personaliti anda? Individu yang kasual dan lebih relaks akan memilih warna-warna panas dan tona tanah. Manakala individu yang lebih teliti akan memilih biru, putih, kelabu dan tona permata untuk melengkapi ruang kediamannya.
  • Kesesuaian bentuk – Adakah anda menginginkan permaidani yang padan dengan gaya fesyen anda atau membuat fashion statement sendiri? Setiap ruang dalam kediaman perlu ada titik fokal. Pemilihan permaidani penting untuk anda mencari titik fokal ruang kediaman anda. KR
IKLAN
Share