DATIN PADUKA EINA AZMAN Terima Kek DURIAN & PETAI Daripada Suami Sempena Hari Lahir, Comel Jer!

Comel! Kalau kebanyakan selebriti dan VIP lain menerima kek berupa beg tangan berjenama mewah atau seangkatan dengannya pada sambutan hari lahir, berbeza pula kek yang diterima Datin Paduka Eina Azman. Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 pada 13 Mac lalu, aktres jelita ini kelihatan terkejut sebaik menerima kek berbentuk buah durian dan petai yang ditempah suami dan kakak tersayang.

Biarpun berstatus VIP dan menyambut momen istimewa tersebut di sebuah hotel mewah di ibu negara, Datin Paduka Eina sama sekali tidak kisah dihadiahkan kek seumpama itu kerana menganggap kedua-dua makanan unik itu sangat dekat dengan peribadinya. Teruja berkongsi foto sambutan hari jadi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat di hotel bertaraf lima bintang, isteri Datuk Paduka Kaiser ini meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan kepadanya.

“Alhamdulillah my 24th birthday ni my husband and sister ordered cake from Sweet Tooth Ville, durian cake and petai (two of my favourite food!). Thank you so much Sweet Tooth Ville for the creative, delicious and beautiful cake! Yang penting durian kat atas tu durian betul tau! Musang king lagi!”

Beruntungnya Datin Paduka Eina dikelilingi suami prihatin dan penyayang serta kenalan rapat yang setia berada di sisi. Selain ahli keluarga, laman media sosial ibu muda ini turut dihujani dengan ucapan hari lahir daripada rakan artis dan para peminat.

Sehari sebelum sambutan hari lahir di hotel ternama tersebut, Datuk Paduka Kaiser terlebih dahulu membuat kejutan istimewa buat buah hati kesayangan di sebuah panggung wayang. Romantik sangat!

Kongsi Datin Paduka Eina, “Thanks sayang because buat surprise yang betul-betul menjadi. I balik from gym dengan peluh-peluh like crazy, you paksa I pergi GSC nak tengok Marvel even I kurang minat movie macam tu.

Isteri yang baik kenalah dengar kata kan, so ikut dalam rasa penat. Habis movie je lampu buka rupa-rupanya the whole cinema my husband dah booking and all my beloved friend and family ada. I am so happy!”

Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang menyaksikan Datin Paduka Eina menerima hantaran berupa sebuah kereta Chevrolet Camaro, mas kahwin RM770 dan wang hantaran RM 77, 000.

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef. Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Paduka Eina Azman kekal bahagia hingga ke syurga.

 

 

Kredit: Instagram Datin Paduka Eina Azman

IKLAN
Share