DATIN SERI HAFLIN Belum Sedia Dedah Wajah Anak, JP Sudah Berusia 2 Tahun

Datin Seri Haflin Saiful isteri kepada bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz memang sangat terkenal sebagai seorang wanita yang sangat berani menyuarakan pendapat sendiri tanpa menghiraukan apa yang bakal diperkatakan oleh orang ramai tidak kira positif mahupun negatif.

Malahan, Datin Seri Haflin juga seorang wanita mempunyai pendirian yang tetap kerana sehingga kini beliau masih dengan keputusan untuk menyembunyikan anak lelakinya dengan nama singkatan JP yang kini sudah berusia 2 tahun daripada tatapan umum. JP dilahirkan di Perancis dan huruf JP disebut sebagai J- Ji dan P-Pe’ dalam bahasa Perancis.

“Saya tidak tahu bila. Jangan salah anggap, saya cuma tidak berminat untuk berkongsi gambar anak lelaki saya kepada beberapa orang yang masih ‘hidup kepalsuan’. Tapi untuk pengikut saya yang setia, akan tiba masanya suatu hari nanti. Terus bersabar dengan kami”, jelasnya dalam salah satu entri di laman instagram miliknya.

Mungkin ibu kepada seorang cahaya mata ini mempunya alasan yang tersendiri kenapa masih berahsia tentang identiti anak lelakinya itu. Lebih lagi apabila sebelum ini kecoh seketika tentang salah faham dan ‘perang’ media sosial bersama anak tirinya sehingga mendapat perhatian netizen. Walaupun ditohmah dengan pelbagai kata-kata negatif, Datin Seri Haflin tidak mudah melatah dan sentiasa berfikiran positif.

Namun, jangan  terkejut dengan gayanya yang dilihat begitu feminin dan lemah lembut serta mempunyai sifat keibuan yang sangat penyayang, Datin Seri Haflin rupa-rupanya memiliki tali pinggang hitam dalam sukan Taekwando! Berkemungkinan besar, sukan Taekwando ini yang mengajar Datin Seri Haflin untuk bersikap protective

terutamanya kepada keluarga tersayang, bukan? Selain itu, beliau juga pernah menjadi pengacara sebuah rancangan televisyen suatu ketika dahulu.
IKLAN
Share