Kemurungan akibat tekanan perasaan, merupakan tanda-tanda yang menunjukkan seseorang individu itu mempunyai masalah kesihatan mental pada peringkat awal. Malah, hari ini ramai wanita diluar sana yang menghidap depresi, anxiety kerana dihimpit pelbagai tekanan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, NONA berkesempatan bertanyakan pandangan bidadari kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid tentang bertapa pentingnya kesihatan mental ini kepada wanita di luar sana.
Kecantikan Dan Kesihatan Mental Mana Lebih Penting?
Ketika ditanya, adakah penting bagi wanita mengekalkan keterampilan sentiasa cantik meskipun sebenarnya dia sedang dying inside kerana terbeban dek tekanan hidup, ini penjelasan Datin Shahida.
“Bagi saya sebenarnya kesihatan mental lah lebih penting, kalau cantik pun tapi mental tak betul tak berguna juga kan? Sebab serius zaman-zaman sekarang ni banyak orang yang mengalami masalah mental.
“Bukan sebab diorang gila, tapi kerana tekanan mungkin kadang-kadang mereka, khususnya wanita depress sebab kita penat kerja, jaga anak lagi, nak masak lagi, jaga rumah tangga lagi,” ujarnya.
Ads
Tambahnya lagi, wanita sering dibebani dengan pelbagai tugasan harian. Itu belum masuk menguruskan kerjaya dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila seorang wanita mula dihimpit tekanan tiada support system yang membantu meredakan tekanan ini.
“Kadang-kadang mungkin suami tak sedar kita (isteri) kemurungan. Kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita sebenarnya ada masalah mental seperti kemurungan, depresi, suka bersendirian melayan rasa sedih,” katanya lagi.
Bila Depresi, Cari ‘Support System’ Untuk Luahkan Rasa!
Ads
Oleh itu, adalah penting bagi wanita diluar sana, sekiranya ada mula merasa tekanan atau depresi. Jangan simpan atau pendam seorang diri
“Jadi sebenarnya kepada orang-orang terdekat seperti ahli keluarga, suami kalau nampak isteri-isteri tu kemurungan ataupun nampak dia macam tiba-tiba sedih.
“Ataupun kita sendiri yang rasa macam tu. Kena ambil tindakan sewajarnya. Mungkin boleh bawa pergi bercuti ke. Kena mendengar masalah dia ke dan sebenarnya kesihatan mental penting.
Ads
“Sebab pada saya, bila mental sihat automatik kita punya badan pun sihat, muka pun cantik, macam tu lah. Kiranya, kecantikan itu akan datang from within. Sihat mental, maka terserlahlah kecantikan seoramg wanita itu,” jelasnya.
Betul kata Datin tu, kalau kita depresi jangan bertangguh lagi, segera cari tempat atau orang yang dipercayai untuk luahkan perasaan. Biar rasa lega dan tenang je nak jalani kehidupan ni. Baru lah Nonarians dapat kekalkan kecantikan luar dan dalam sebagai seorang wanita!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amboi, makin menjadi-jadi perniagaan produk kesihatan Datin Fouziah Gous! Bangga tengok wanita Malaysia yang juga selebriti dan pelakon berbakat besar ini mampu merencana bisnes sarang burung miliknya dengan begitu berjaya. Iyalah, siapa sangka bermula dengan hanya menjadi perunding pembinaan rumah sarang burung bagi pasaran Melayu… isteri Dato’ Zafran ini akhirnya bergelar pengasas minuman kesihatan sarang burung dan meraih pendapatan lumayan. Kalau dihitung permintaan dan sambutan yang diterima, penulis percaya jualan FG Walet mampu cecah sampai tujuh angka!
Berkongsi perkembangan terbaru empayar FG Walet pada 12 November lalu, ibu dua anak ini meluahkan rasa syukur atas kerjasama FG Walet dengan Circle K Vietnam iaitu rangkaian kedai serbaneka terkenal yang mempunyai ratusan outlet di seluruh dunia. Ujar Datin Fouziah, “Secara rasminya hari ini, FG Walet akan berangkat ke Vietnam. Alhamdulillah dengan izin Allah FG Walet terpilih oleh Circle K di Vietnam yang mempunyai lebih daripada 300 outlet. InshaAllah, kami akan berada di setiap outlet Circle K di Vietnam.
Syukur sangat tak terhingga kepada Allah yang memberikan rezeki yang tak putus-putus dan ini adalah botol FG Walet dalam bahasa Vietnam yang telah pun kami eksport ke sana dan saya rasa bertuah sangat. Semuanya bermula dengan sokongan anda. Thank you so much Malaysia and this is what i’m looking for untuk penetrate other country. InshaAllah kami akan pergi merantau dengan izin Allah doakan kami boleh penetrate all over the world.
Terima kasih atas doa dan sokongan anda yang tidak pernah putus dan saya berjanji saya akan berikan yang terbaik. Bukan semata-mata keuntungan tapi satu produk yang memberi manfaat kepada kita semua.”
April lalu, Datin Fouziah melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya melancarkan mesin minuman kesihatan nombor satu di Malaysia ketika menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS). Mesin inovasi pertama di Malaysia ini dilengkapi dengan LCD display yang unik selain mengetengahkan segala informasi mengenai FG Walet termasuk khasiat yang terkandung di dalam minuman kesihatan berkualiti tinggi ini.
https://www.instagram.com/p/B4wgtw4Atmn/
Di samping suami dan ibu mentua
Tidak cukup dengan itu, ia juga dicipta dengan teknologi terkini yang memudahkan proses transaksi pembayaran sama ada menggunakan wang tunai mahupun pembelian ‘wave’
kad kredit atau debit daripada mana-mana bank.
Dengar khabar, mesin minuman kesihatan FG Walet ini turut diletakkan di lokasi-lokasi tumpuan pengunjung seperti di pusat membeli-belah, lapangan terbang, stesen keretapi dan bas serta kawasan rehat dan rawat bagi memudahkan orang ramai mendapatkan minuman berkhasiat FG Walet.
“Saya tahu, ramai orang melayu ingin buat bisnes ini tetapi tidak berjaya. Saya seorang yang sukakan bidang pertanian. Jadi, saya belajar mengenai sarang burung ini dan mula jatuh cinta. Kebetulan, saya ada masalah kulit dan memang makan sarang burung yang dijual di kedai-kedai. Saya perasan semua kedai yang saya pergi tidak menjual sarang burung yang sebenar tetapi hanyalah fungus.
Dari situ saya nekad menjadi salah seorang perintis yang buat the real bird nest sebab saya tahu tiada satu pun yang jual sarang burung tulen. Untuk buat semua ini bukan mudah. Saya perlu belajar dengan lebih mendalam dan ia mengambil masa yang agak panjang memandangkan ketika itu saya masih aktif berlakon”.
Sedang sibuk menjalani penggambaran drama Sara Sajeeda dan menjadi hos rancangan, Datin Fouziah bagaimana pun masih punya masa untuk mengurus dan memantau perjalanan bisnes ini. Kagum dengan cara beliau membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan perniagaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Inilah rahsia Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022, Sofizah Mousin yang turut merupakan seorang Guru Geografi, isteri dan ibu dalam satu masa.
Alunan bacaan suci Al-Quran bergema di seluruh Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M bermula 12 hingga 17 Jun lalu.
Pada acara final Jumaat lepas, piala Johan Qariah menjadi milik Guru Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya iaitu Sofizah Mousin dari Selangor.
Berusia 33 tahun, isteri kepada Ahmad Asrol Saidi itu sering menjadikan sokongan dan kata-kata semangat keluarganya sebagai kekuatan untuk menyertai pertandingan tilawah.
Biarpun kebanyakan peserta lain kebanyakannya muda-muda, namun wanita berkulit putih ini tidak menjadikan usia sebagai faktor halangan.
Kelunakan taranum, ketepatan tajwid dan ketenangan Sofizah menjadi faktor kemenangan
Qari dari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan qariah dari Selangor, Sofizah Mousin dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M
Sebagai seorang guru, beliau juga berdepan banyak halangan dari segi latihan kerana kekangan masa. Antaranya terpaksa membuat latihan suara sambil memandu.
“Biasanya saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari.” Sofizah Mousin
Malah kebetulan pula dua minggu sebelum pertandingan bermula, anaknya mengalami masalah kesihatan. Ini menambah lagi kesukaran beliau membuat persiapan rapi.
Suami dan anak-anak turut gembira meraikan kemenangan Sofizah
Dengan semua kekangan yang dihadapinya, Sofizah Mousin langsung tidak menyangka menjadi Johan Qariah setelah tiga kali menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan.
Berkat kelunakan taranum, tajwid dan fasahah yang tepat serta ketenangan Sofizah Mousin mengalunkan bacaan berjaya menambat hati juri pertandingan.
Beliau menerima wang tunai RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi dan guru vokal terkenal Datuk Syafinaz Selamat baru-baru ini dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Penghormatan besar ini selaras dengan usaha membawa tokoh industri seni ke dalam ekosistem akademik.
Menurut Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, Datuk Syafinaz adalah figura seni yang mempunyai reputasi tinggi bukan sahaja sebagai penyanyi dan penggiat seni, tetapi juga pendidik berpengalaman luas.
“Kehadiran beliau akan membuka ruang kepada pertukaran idea, inovasi pembelajaran dan penghasilan karya seni berkualiti tinggi.”
Pelantikan itu diharap menjadi pemangkin kepada penghasilan bakat baharu yang lebih kompetitif di peringkat global, khususnya dalam bidang muzik dan seni persembahan.
Perkukuh Hubungan Strategik
Dekan FMSP Prof Madya Dr Muhammad Fazli Taib Saearani pula berpendapat pelantikan Syafinaz selama setahun diyakini dapat memperkukuh hubungan strategik antara fakulti dan industri muzik, di samping memperkaya aktiviti akademik, penyelidikan serta seni persembahan.
“Kami melihat pelantikan ini sebagai peluang besar membina jambatan antara dunia akademik dan industri muzik professional.”
Ia juga akan memperkaya kurikulum melalui perkongsian pengalaman, sesi bimbingan, bengkel vokal dan projek kolaborasi melibatkan pelajar serta tenaga pengajar.
“Dengan jaringan profesional yang dimiliki, fakulti ini diyakini berpeluang membina kolaborasi antarabangsa sekali gus mengangkat jenama UPSI di pentas global.”
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.