Manjanya Dhabitah Sabri dengan suami, Jiggy! Iyalah, bukan mudah bagi suami isteri apabila terpaksa berjauhan. Apatah lagi mereka masih dalam fasa bulan madu yang belum pun setahun mendirikan rumah tangga.
IKLAN
Berkongsi video ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, Dhabitah dilihat ‘berat hati’ meninggalkan suami tercinta untuk menjalani latihan pusat selama sebulan di China sebagai persiapan mengharungi Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun pada Julai depan.
Menerusi video itu kelihatan atlet berusia 23 tahun berkenaan memeluk erat Jiggy. Rata-rata rakan artis, kenalan dan peminat tersentuh melihat kemesraan kedua-dua pasangan ini.
“Holding back my tears. Tunggu saya balik okay sayang. Saya nak pergi berjuang.”
Selain Dhabitah, antara yang turut berangkat ke China ialah Dato’ Pandelela Rinong. Difahamkan skuad terjun negara yang ke China itu disertai 20 orang termasuk enam jurulatih serta pegawai.
IKLAN
Nur Dhabitah Sabri selamat bergelar isteri kepada pelawak Jiggy Masin dengan sekali lafaz pada 23 April 2023. Mereka dilaporkan berkenalan lebih setahun sebelum memutuskan untuk berkahwin.
IKLAN
Jiggy juga sebelum ini memberitahu dia dan Dhabitah belum ada tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis resepsi kerana jadual ketat isterinya sebagai atlet negara.
Terdahulu, Jiggy pernah berkahwin dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun bercerai pada Januari 2020.
Seronok melihat Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Ismail Sabri menghabiskan masa bersama di Pulau Redang, Terengganu. Ini bukan kali pertama pasangan sama cantik sama pada ini datang ke sini. Coret Datin Nina di laman media sosialnya, “Back on this beautiful island,” tulisnya.
Foto: Instagram @ninaismailsabri
Ramai orang yang suka melancong dan teruja membilang hari detik percutian tetapi tidak gemar untuk mengemas pakaian yang perlu disediakan untuk melancong. Situasi ini pasti berlegar di kalangan setiap individu.
Foto: Instagram @ninaismailsabri
Sebelum ini Datin Nina pernah berkongsi dengan Nona tentang situasi ini “Bagi kami pula bergantung kepada tempoh percutian itu sendiri, kalau percutian hujung tahun yang selalunya mengambil masa dua hingga tiga minggu, pastinya masa yang diambil untuk packing adalah lebih lama, dalam dua atau tiga 3 hari.
Foto: Instagram @ninaismailsabri
Lebih-lebih lagi kalau it’s a winter holiday, bertambah banyak barang yang harus disiapkan terutama baju-baju sejuk. Setelah kehadiran Jeanelle, saya mengambil masa yang lebih lama untuk packing demi memastikan segala keperluan dan kelengkapan Jeanelle tiada yang tertinggal.
Foto: Instagram @jmandagie
Barang-barang yang wajib dibawa kala bercuti? Sudah semestinya kelengkapan dan keperluan untuk Jeanelle terutamanya ubat-ubatan sekiranya diperlukan, dan juga stok-stok susu, snek, lampin pakai buang, tisu basah anak dan losen. Ini kerana saya akan pastikan semuanya mencukupi dan teratur.
Foto: Instagram @jmandagie
Dato Jovian dan saya juga wajib membawa laptop semasa bercuti untuk memastikan kami boleh dihubungi melalui e-mel oleh pekerja-pekerja kami sekiranya perlu. Ini kerana kadang-kala kami akan berada di luar negara dalam tempoh yang agak lama jadi kami harus pastikan yang kami tetap reachable sekiranya ada hal-hal kecemasan yang berkaitan dengan urusan kerja yang memerlukan perhatian segera daripada kami.
Foto: Instagram @ninaismailsabri
Dato Jovian juga akan membawa sketch papers ke mana-mana beliau pergi, jadi sekiranya idea datang tiba-tiba beliau akan terus melakar idea tersebut,” terang Datin Nina sambil tersenyum.
Foto: Instagram @jmandagie
Momen percutian sepatutnya indah untuk disimpan dalam kamus kehidupan setiap individu. Namun kadang-kadang percutian itu menjadi huru-hara kerana tiada persediaan awal untuk melawat ke negara orang. Itu lah pentingnya membuat itenary sebelum keluar melancong.
Datin Nina juga sangat mementingkan menyusun itenary demi merencana perjalanan dengan terperinci. “Saya gemar cafe hopping because I enjoy trying out new places and good food. Selain boleh mencuba makanan tempatan saya juga suka belajar dan mengetahui adat dan budaya tempatan di negara lain.
Jadi, tip daripada saya bagi yang mahu keluar bercuti plan ahead and plan well especially if you’re going on a holiday in a peak season. Begitu juga kalau hendak melawat tempat-tempat pelancongan seperti muzium, eloklah tiket dibeli awal secara online kerana ia lebih murah dan menjimatkan,” ungkap Datin Nina.
Kedudukan songsang bayi di dalam rahim adalah perkara biasa ketika awal kehamilan. Proses perubahan kedudukan bayi berlaku secara semula jadi pada minggu ke 28 hingga minggu ke 32. Jika kedudukan bayi masih tidak berubah maka ibu hamil tersebut diklasifikasikan sebagai kandungan songsang. Namun terdapat juga sebilangan kecil kes bayi mengubah kedudukan selepas dari tempoh tersebut.
Tidak ada cara tertentu untuk merawat kandungan songsang. Namun ramai doktor boleh membantu untuk melakukan External Cephalic Version (ECV) bagi mengubah kedudukan bayi daripada songsang kepada cephalic agar lebih ramai wanita boleh bersalin secara normal.
Syarat-syarat sebelum prosedur ECV dilakukan; 1.Bayi hendaklah matang. 2.Kedudukan uri adalah normal. 3.Air mentuban dalam keadaan normal. 4.Dilakukan oleh doktor di hospital yang mempunyai kemudahan lengkap. 5.Pesakit perlu sedar dan sanggup mengambil risiko-risiko yang diterangkan oleh doktor beliau.
Risiko-risiko yang dikaitkan dengan ECV termasuklah; •Bayi akan bertukar menjadi songsang semula. •Bayi boleh mengalami masalah lemas (fetal distress) ketika atau selepas prosedur ECV tadi. •Ibu mengalami sakit atau sengal di bahagian otot abdomen selepas ECV. •Ibu mengalami pendarahan akibat abruptio placenta yang berlaku akibat ECV. •Ibu terpaksa tinggal di hospital selepas ECV untuk pemantauan ibu dan bayinya.
Semua pesakit yang ingin cuba melahirkan bayi songsang melalui faraj hendaklah bersetuju mengambil risiko-risiko di bawah; •Risiko bayi lemas. •Risiko tali pusat jatuh keluar dahulu sebelum bayi dilahirkan. •Risiko bayi meninggal dunia akibat kedua-dua masalah di atas.
Kadangkala dalam mencuba untuk bersalin secara normal, bayi yang songsang tidak juga turun dan keluar walaupun si ibu mengalami kontraksi dan kesakitan yang kuat. Kes begini akan melalui Emergency Caesarean Section.
Baru berusia tiga bulan tapi kecomelan anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini jelas terserlah. Berkulit putih kemerahan dan bermata bundar, permata hati Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati Khairuddin ini bikin peminat terpaku dengan wajah Nur Azura Yamani. Pantang sahaja diagah… anak kecil ini pasti tertawa manis. Alahai, cair tengok!
Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izatti sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat.
Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu… isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
https://www.instagram.com/p/B68Uafulq1b/
Syukurlah kerana kehadiran Nur Azura Yamani ini menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah.
Hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata comel, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!
Bercerita tentang suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang sedang meniti usia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja toleh beberapa kali.
Walau sudah bergelar ibu, Datin Zai Izatti tetap mementingkan kecantikan diri dan memastikan penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki tetap terjaga. Untung Datuk Jamal!
Ini merupakan perkahwinan keempat Datuk Jamal Abdillah selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Walau jarak usia 35 tahun dengan Datin Zai namun ia bukan halangan buat kedua-duanya melayari perkahwinan bahagia sama seperti suami isteri lain.
Perkahwinan yang diatur keluarga itu juga diterima baik anak-anak lelaki Datuk Jamal iaitu Osama Yamani, 18 tahun hasil pernikahan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun anak dengan isteri ketiganya iaitu Fatimatuzahrah.
Semoga Nur Azura Yamani membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Mesti Datuk Jamal teruja dengan kelahiran Nur Azura kerana ia adalah kali pertama beliau menimang cahaya mata perempuan.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...