Gaya Hidup

Datin Sri Zahida Memukau Dalam Persalinan Kurung Bersulam Emas Tenunan Diraja Pahang Rekaan Fiziwoo

Yang Berbahagia Datin Sri Zahida Yusof memang sering tampil cantik dan menawan. Sempena pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong baru-baru ini kelibat Datin Sri Zahida benar-benar mencuri tumpuan.

Foto: Instagram @fiziwoo

Hadir dalam persalinan Tempahan khas Kurung Bersulam emas Tenunan Diraja Pahang rekaan pereka terkenal Fiziwoo. Datin Sri Zahida menemani suami tercinta Yang Amat Mulia Lt. Col Tengku Dato’ Seri Kamarul Zaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj.

YM Lt. Kol Tengku Datuk Sri Kamarulzaman Ibni Al- Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj merupakan adinda kepada Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj.

Datin Sri Zahida begitu terserlah sifat keibuan yang sejati. Wajahnya mulus penuh kasih tatkala berbicara tentang anak kembarnya. Permata hati yang kini sudah menjangkau usia tiga tahun telah menjadi transisi hidup Datin Sri Zahida.

Melihat telatah pasangan kembar yang diberi nama YM Tengku Matin Kareen dan YM Tengku Maryam Massarah ini sudah menjawab hubungan erat yang terjalin bersama ibu tercinta. “Matin memang tidak boleh berenggang dengan saya.

Kalau nampak saya mesti dia mahu menempel berbanding dengan kakak dia Maryam. Maryam lebih berdikari dan boleh bermain sendiri,” kata Datin Sri Zahida sambil mengelus lembut rambut puteranya yang telah lena di pangkuan saat ditata rias oleh jurusolek.

Keterujaan melahirkan anak kembar menyelubungi wanita kelahiran Segamat, Johor ini. Seawal usia kandungan lapan minggu telah disahkan hamil anak kembar merupakan berita gembira pasangan bahagia ini.

Tambah Datin Sri Zahida memang di sebelah bapanya mempunyai genetik anak kembar ini. “Saya bersyukur kerana dianugerahkan anak kembar lebih-lebih lagi kembar sepasang,” terang Datin Sri Zahida yang tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak lagi.

Walaupun prioriti wanita yang berusia 35 tahun ini melihat perkembangan anak-anak di depan mata tetapi, tetap mencuri masa untuk dirinya sendiri. “Kecintaan saya terhadap sukan memang tidak perlu disangkal lagi. Sukan telah menjadi minat saya sejak di bangku sekolah. Mewakili sekolah dan seterusnya bertanding sehingga ke peringkat negeri telah membuat minat yang menebal ini tersemat kukuh di sanubari.

Ketika mengandung dahulu saya mengalami alah yang teruk dan secara automatik telah berhenti bersenam. Setelah anak-anak membesar sedikit saya aktif semula bersukan sekitar bulan Mac yang lalu. Saya menyertai kelab kecergasan di Bukit Damansara dan menghabiskan masa di sana dengan berbasikal, pilates, angkat berat dan sebagainya bersama pelatih peribadi.

Apabila sudah biasa bekerja sukar untuk mengikis komitmen terhadap jadual kerja yang ditempuhi. Setelah selama 12 tahun bertugas di awan biru saya masih terbawa-bawa sikap mempunyai jadual kerja yang perlu dipatuhi. Jadi saya yang menganggap bersukan ini karier sepenuh masa. Saya akan bangun awal pagi untuk ke gym dan kadang-kadang satu hari dua kali saya akan turun ke gym bersenam,” terang Datin Sri Zahida.

 

 

IKLAN
Share