Tahniah buat Datin Vivy Yusof dan YM Raja Jesrina Raja Arshad yang terpilih menerima anugerah khas di The Asean@50 Achievement Award, malam tadi.
Anugerah berprestij terserbut telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed.
Datin Vivy Yusof, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman membeli-belah terkemuka, FashionValet, telah dipilih menerima Young Entrepreneur Award.
Ads
Sementara YM Raja Jesrina Raja Arshad, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman kesihatan dan kesejahteraan Purely B, menerima pengiktirafan Rising Entrepreneur Award.
Ads
Ads
Majlis yang dianjurkan oleh The Asean Business Advisory Council (ASEAN-BAC) itu diadakan bersempena sambutan jubli emas ASEAN ke-50 malam tadi. Turut menerima anugerah adalah Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah di atas sumbangannya membangunkan Malaysia dan negara Asia yang lain.
Foto: NST Online
Syabas diucapkan kepada Datin Vivy dan Raja Jesrina. Anda berdua lambang wanita muda Asia yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rehat yang tidak cukup bukan sahaja menyebabkan anda mengantuk ketika di pejabat, bahkan boleh mengganggu kesihatan. Sebahagian daripada anda mungkin menghabiskan banyak waktu untuk kepentingan pekerjaan tapi sebenarnya kurang tidur boleh memberi kesan kepada kerjaya anda. Antaranya anda mudah hilang tumpuan, jatuh sakit dan boleh membawa kepada tekanan dan sebagainya. Agar tidur lebih berkualiti dan cepat mengantuk di malam hari, hindari kebiasaan berikut:
Pengambilan ubat tidur.
Hindari mengambil ubat-ubatan yang boleh membuatkan anda mengantuk. Meskipun anda mungkin lebih cepat tidur bahana ubat tersebut yang mengandungi bahan penenang akan mengganggu proses tidur alami. Ketika proses ini, tidur pun menjadi kurang berkualiti. Anda boleh saja sering terbangun pada malam hari bahkan mengalami mimpi buruk.
Tidur balas dendam
Sebahagian orang berasa tidak pernah mendapat tidur yang cukup saat hari kerja. Maka ada yang memutuskan untuk berehat seharian pada waktu cuti seolah-olah mahu membalas dendam. Hal ini juga kurang baik kerana waktu terjaga jadi tidak konsisten. Apabila anda mula bekerja pada hari Isnin misalnya, tubuh anda akan keletihan kerana sebelum itu sudah terbiasa berehat. Justeru menyebabkan anda berasa mengantuk dan malas membuat kerja.
Membuat kerja waktu malam
Agar lebih cepat mengantuk, hindarilah menyelesaikan pekerjaan sebelum tidur. Kegiatan yang memerlukan otak untuk berfikir seperti itu akan membuat anda susah terlelap. Elakkan meletakkan telefon bimbit anda di hujung kepala supaya anda dapat berehat sepenuhnya dan tidak sibuk memeriksa facebook, e-mel dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan pekerjaan yang boleh membuatkan otak anda berfikir sekali gus menyebabkan anda tidak boleh tidur lena.
Bangun pada masa yang berbeza-beza
Sebaiknya anda tidak bangun pada waktu yang berubah-ubah. Pastikan anda set jam bangun tidur yang konsisten kerana ini akan membentuk kebiasaan yang membuatkan anda menjadi terbiasa dengan waktu itu. Lama-kelamaan anda tidak perlu lagi jam untuk mengejutkan anda. Secara automatik anda akan terjaga pada jam tersebut. Waktu bangun tidur yang teratur akan melatih otak mengirim peringatan untuk bangun satu jam sebelumnya. Jika waktu bangun tidur tidak teratur otak tidak akan tahu bilakah waktunya untuk melengkapi proses tidur dan harus bersiap untuk membangunkan anda.
Cara atasi:
Kurangkan aktiviti luar
Mungkin anda keletihan kerana kerja-kerja di pejabat semakin padat. Justeru, cuba anda fikirkan apakah aktiviti yang sesuai untuk anda kurangkan. Misalnya, berjalan-jalan sewaktu makan tengah hari. Sekiranya tidak penting, elakkan aktiviti tersebut yang sebenarnya membuatkan anda mudah letih dan kurang produktif.
Tentukan jadual
Agar kerja lebih sistematik, cubalah sediakan jadual. Letakkan pekerjaan paling berat atau penting sebagai keutamaan anda. Lalu berikan tumpuan penuh pada tugas harian tersebut. Hal ini akan memotivasikan anda supaya tidak menangguhkan tugasan.
Lapangkan fikiran
Apakah tubuh anda jadi cepat letih kerana banyak tekanan? Sebaiknya lakukan aktiviti yang boleh melapangkan fikiran. Misalnya dengan berjalan santai sebelum atau sesudah kerja atau melakukan senaman ringan untuk mengurangkan tekanan. Selain dapat membuat fikiran lebih tenang ia juga mungkin boleh membantu memberikan idea yang lebih baik.
Bersyukur
Seseorang yang sering bersyukur umumnya merasa lebih ikhlas dalam menjalankan kegiatan, termasuk yang meletihkan. Selain memberi kesan baik untuk diri sendiri, bersyukur juga memberi aura positif untuk orang lain. Dengan begitu, fikiran anda juga akan menjadi lebih positif sekali gus membantu menurunkan kadar stres dan menyelesaikan apa jua masalah yang ada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Charms Cosmetic & Skincare diatas perlantikan Datin Seri Heliza Helmi sebagai “Face of CHARMS” dan wajah baharu bagi papan iklan terkini mereka baru-baru ini.
Nampaknya rezeki isteri kepada Dato Seri Mahadi Badrul Zaman ini semakin melimpah ruah dengan pelbagai kerjasama strategik di antara dirinya dengan pelbagai jenama tempatan. Majlis perlantikan Datin Seri Heliza Helmi sebagai “Face of CHARMS” telah disaksikan oleh lebih 100 orang peserta program yang dikendalikan oleh Charms Cosmetic & Skincare iaitu “Let’s Charms Angels” baru-baru ini.
Ketika majlis perasmian, Datin Seri Heliza Helmi telah menandatangani “mockup billboard” sebagai tanda simbolik perlantikan beliau sebagai wajah baharu papan iklan tersebut yang bakal dipaparkan di lokasi strategik seperti di lebuhraya Pantai Timur dan Pantai Selatan.
Datin Seri Heliza Helmi turut melancarkan “limited edition box” bagi produk laris pasaran Charms iaitu Hydra Fresh Tinted Moisturiser. Produk ini telah berada dipasaran lebih dari 10 tahun dan telah merealisasikan impian Pengasas Charms, Puan Nur Bashirah Hussein untuk kekal relevan dengan pengguna masa kini. Untuk rekod, Charms pernah dinobatkan sebagai salah satu jenama penerima Anugerah NONA Superwoman Award 2020 melalui kategori NONA Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award .
Charms telah bekerjasama dengan UTHM dalam penyelidikan saintifik untuk menaik taraf kualiti produk sejajar dengan matlamat “safe use”. Puan Nur Bashirah atau lebih mesra di sapa Syira juga memaklumkan Charms bakal menembusi pasaran Indonesia memandangkan terdapat permintaan produk halal dari negara seberang itu.
Program “Let’s Charms Angels” yang telah dilaksanakan pada 03 September 2022 di Grand Oasis Event Hall, Sri Kembangan bertujuan untuk meraikan kejayaan reseller Charms yang komited dalam perjalanan perniagaan. Turut hadir di program adalah Datuk Faridah Hanim dan Tuan Haniff, Penasihat Charms dan Soffywany sebagai “influencer” di media sosial.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya wajah pelakon Maya Karin mengenakan hijab! Pada usia 43 tahun, pelakon Maya Karin terpilih menjalinkan kerjasama dengan pengeluar hijab sempena kedatangan bulan kemerdekaan Ogos ini.
‘2 zaman 1 jiwa.’ SofeaRose semarakkan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan meletakkan w Maya Karin sebagai Srikandi Tun Fatimah, antara srikandi wanita yang turut sama mencurahkan bakti dalam era perjuangan pada zamannya. Malah, menurut Sejarah Melayu, Tun Fatimah merupakan antara sosok berkarisma yang terkenal dengan ilmu pertahanan diri dan bijak dari aspek kepimpinan.
Jenama hijab ini menjulang perjuangan srikandi zaman purba itu dengan melancarkan koleksi khas berkolaborasi dengan Maya Karin. Koleksi SofeaRose X Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah juga adalah bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.
Pemilik nama sebenar, Maya Karin Roelcke mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu. Malah, beliau sendiri pernah membawa watak Tun Fatimah di pentas teater sebelum ini. Maya Karin pernah memegang watak tersebut dalam teater Tun Fatimah yang dipersembahkan di Teater Bangsawan Melaka pada tahun 2017 yang lalu.
Bukan saja pelbagai perkara baru dapat dipelajari melalui teater tersebut khususnya bab bahasa Melayu klasik. Anak kacukan Melayu dan German itu turut berpeluang mendalami serba sedikit tentang ilmu persilatan.
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu begitu teruja apabila namanya dipilih bagi menjayakan Tun Fatimah.
Mengulas mengenai kerjasama dengan jenama besar itu, Maya berkata, koleksi baharu tersebut akan menampilkan empat siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni. Lebih istimewa, keris, corak batik, kipas tangan dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan Melayu.
“Adalah mudah untuk lari daripada tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanah air ini selama mungkin,” ujarnya.
Koleksi ini telah dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara dalam talian bermula 1 Ogos lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Harriet Sperling, pakar jururawat pediatrik NHS dan penulis bebas, kini sah bergelar isteri Peter Phillips dalam majlis perkahwinan yang menyatukan beliau dengan keluarga diraja Britain.