Nama Dato’ Alha bukan lagi asing dalam bidang kosmetik dan solekan. Bakat beliau bukan hanya jadi buruan golongan VIP dan raja sehari malah sering meniti di bibir selebriti cantik dan popular tanah air.
Sentuhan magis Dato’ Alha dalam menata rias wajah personaliti terbukti berjaya dan unik. Sekaligus mampu menaikkan seri wajah seseorang. Misalnya ketika dia menjadi pilihan penyanyi jelita, Ayda Jebat sewaktu majlis pernikahan yang menjadi bualan ramai sampai ke hari ini.
Pernah mendedahkan cabaran menyolek isteri Nabil Mahir itu selama 12 jam, Dato’ Alha juga menjadi pilihan aktres cantik Fasha Sandha untuk solekan hari bahagianya kira-kira
empat tahun lepas.
Tak dinafikan, bakat solekan Dato’ Alha dikagumi ramai dan mempunyai ‘signature’ sendiri.
24 Jun lepas, pengasas kosmetik Alha Alfa ini sekali lagi menjadi perhatian apabila dia menjadi makeup artist (MUA) Watie Hanifiah pada majlis resepsi bersama usahawan dan
pelawak popular, Shuib.
Netizen :Kenapa pakai bulu mata dari awal tak susah ke nak makeup? Itu eyelash extention.
Ustazah celup : Extention kan tak boleh pakai kalau nak solat? Watie baru pakai dan dia bulan mengambang. Pakai siap-siap sebab nak pergi honeymoon esoknya. Korang kiralah sendiri berapa lama bulan mengambang, korang kan perempuan. Macam mana saya tahu? Saya dengar dia cakap dia tak boleh solat.
Ads
Client : Boleh tak nak pakai eyelash extention siap-siap nanti time makeup takyah pakai bulu mata? Saya tak berapa selesa sebab karya seorang MUA tu akan terhad, dan ia juga boleh ubah feature muka, kang terpakai tebal, nampak mata sayup layu. Kalau yang belakang panjang tu karang nampak mata “drop” muka kesian nak sendol. So, biar saya yang pakaikan eyelash yang sesuai untuk look tu nanti.
Terpaling netizen : Kenapa tak makeupnatural? Awak yang pengantin ke Watie yang pengantin? Dia yang request, dia bayar saya, saya ikut jela mana yang sesuai. Kalau awak bayar saya, saya ikut la apa permintaan makeup natural awak tu.
Terpaling mak andam : Kenapa tak berseri? Atas mata masing-masing dan belajar-belajarlah maksud “backlight” di pelamin, kena pada lightingnya, terang la makeup tu, kalau belakang lagi cerah dari object, tenggelam la object tu, tak ada pula sokongan lampu yang cerah dari depan.
Ads
Baju tudung putih pula kedam la makeup tu, kene pula netizen pakai handphone tak ada flash pixel pula rendah, makeup kita pula disalahnya. Penatlah macam ni. Semua nak kena bagi perfect.
Terpaling tak tahu nak jawab : Kenapa tudung tak labuh? Saya buat makeup je. Settle makeup saya serahkan pada pihak lain untuk siapkan pengantin pakai baju ke tudung ke rambut ke.
Diharap semua pertanyaan terjawab, penat nak jawab satu-satu nanti. Kalau ada juga bergaduh kat komen nanti siap!
Susah juga dibuatnya apabila tugas jurusolek diaju dengan pelbagai persoalan yang di luar bidang tugas. Apa-apa pun, ramai yang memuji solekan Dato’ Alha malam resepsi tersebut. Nampak cantik berseri dan manis dipandang.
Happy birthday! Hari ini 9 Mac merupakan ulang tahun ke-49 bagi selebriti popular, Rozita Che Wan. Kalau tengok penampilan isteri Zain Saidin ini memang tak ubah macam supermodel. Tinggi dan ramping orangnya. Pandai Che Ta jaga kecantikan dan kesihatan badan!
Bersempena hari lahirnya, Che Ta memanjat kesyukuran atas segala anugerah yang dikurniakan selama ini. Kongsi Che Ta, “Alhamdulillah syukur.. Allah panjangkan usiaku di dalam kesihatan yang baik, rezeki yang tak putus-putus dan dikelilingi anak-anak, suami tercinta, adik-beradik dan kawan-kawan yang sentiasa di sisi.”
Sementara itu ketika ditemui ketika Majlis Pelancaran sebagai Duta Jol’s Luxe Fabrics, Che Ta tanpa berselindung mendedahkan usia sebenar sambil mengakui agak gementar meniti usia 50 tahun kelak.
Sangat menjaga penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki, Che Ta akui sanggup korbankan masa tidur demi menguruskan keluarga tersayang.
“Nervous ke tidak nak dekat 50?! Sebab itu I kata orang perempuan ni kena rajin. Kalau tak rajin, laki (suami) balik tengok isteri macam hantu. Kena rajin.
I sanggup korbankan masa tidur sebab kadang-kadang balik shooting lambat, kita kena fikir banyak benda kan… jadi I korbankan masa tidur tu untuk settlekan apa-apa kerja nak buat.
Lepas ni habis event, I ada photoshoot pula untuk collection raya I. Kesimpulannya kena pandai bahagi masa. Time management kena pentinglah.”
Memang kagum dengan semangat wanita hari ini seperti Che Ta yang kental mahu ingin berjaya dalam perniagaan meskipun sudah cukup sibuk dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Dan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Che Ta turut menitipkan pesanan ini khas buat seluruh kaum wanita.
“Setengah wanita dia akan rasa terlewat untuk melakukan sesuatu, tidak ya. Sebab saya sendiri memulakan karier saya usia 35 tahun, saya dah berkahwin, bercerai, dah ada anak… tapi kalau kita ada keinginan mengubah hidup kita menjadikan wanita yang dipandang tinggi supaya orang ada hormat dengan kita, kita kena lakukan di luar daripada kotak.
Untuk anda berjaya, ada kerjaya.. wanita kena ada usaha, rajin untuk melakukan semua benda supaya kita digelar superwoman.”
Semoga kejayaan dan kemampuan Che Ta memartabatkan kaum wanita menjadi pencetus inspirasi buat mereka di luar sana agar terus maju serta berdaya saing menggapai impian hidup!
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rambut adalah mahkota wanita. Tapi jika kutu sudah mula bersarang di kepala, hati-hatilah takut ‘berjangkit’ dengan orang lain pula.
‘Bertarung’ sebelum menang!
Jangan fikir jika anda sudah menyingkirkan kutu dewasa, masalah kutu akan selesai. Anda salah kerana kutu dewasa akan bertelur pada helaian rambut dan ia akan mula membiak. Anda sebenarnya baharu saja masuk gelanggang pertarungan untuk memecahkan telur-telur kutu yang melekat pada rambut.
Rawatan kutu
Segera dapatkan rawatan di salun. Boleh juga dapatkan ubat kutu atau pediculicide di farmasi berdekatan. Baca dengan teliti arahan pada kotak ubat dan ikuti langkah ini:
Sarung kemeja-T lama dan duduk di dalam bilik air. Minta tolong daripada suami atau rakan supaya kerja-kerja ‘pembersihan’ dijalankan dengan lebih mudah.
Sapukan ubat pada rambut dan kulit kepala mengikut arahan pada botol.
Biarkan ubat meresap pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika, lebih kurang satu jam. Jangan biarkan terlalu lama.
Kemudian, basuh rambut menggunakan air, BUKAN syampu! Jangan gunakan syampu selama dua hari selepas melakukan rawatan ini.
Sikat kutu
Jika anda membuat rawatan kutu sendiri di rumah, gunakan sikat kutu yang berfungsi menarik telur dari rambut dengan lebih baik.
Bahagikan rambut kepada dua bahagian.
Bermula dengan kulit kepala, sisir rambut dari akar sehingga ke bahagian hujungnya.
Celupkan sikat ke dalam air suam bersama sabun untuk menanggalkan kotoran pada sikat dan membunuhnya serta merta.
Teruskan menyisir di setiap bahagian rambut dan bersihkan sikat setiap kali selesai menyisir satu bahagian. Kutu dan telurnya boleh dimatikan dengan air bersuhu 128 darjah Celsius. Rendamkan selama lima minit sahaja.
Bersihkan persekitaran
Setelah selesai dengan rawatan, bersihkan pakaian, cadar, sarung bantal, patung mainan dan pelbagai jenis fabrik yang digunakan dengan air panas. Kemudian keringkan dengan pengering panas.
Kutu mudah berjangkit. Bagi barangan yang tak boleh direndam dalam air panas seperti berus sikat dan perhiasan rambut, masukkan ke dalam beg plastik dan biarkan selama dua minggu. Kutu akan mati tanpa udara dan makanan.
Cuka epal
Anda boleh juga menggunakan cuka epal. Campurkan ½ cawan air dan ½ cawan cuka epal. Tuangkan pada rambut dan kulit kepala yang berkutu. Gunakan sikat kutu untuk memudahkan kerja anda.
Semburan minyak
Beberapa jenis minyak dari bahan semula jadi membantu menghilangkan kutu dengan lebih mudah. Bancuhkan lima titis minyak essential bersama 1 aun air. Antara minyak yang boleh digunakan:
Minyak tea tree
Lavender
Oregano
Peppermint
Thyme
Eucalyptus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali melihat cermin, timbul rasa geram melihat pori-pori kulit yang besar. ‘Terganggu’ rasanya bila nampak bintik-bintik bedak bertompok dan tidak licin seperti model iklan solekan.
Menurut Healthline, pori-pori wajah adalah liang peluh dan sebum atau minyak semula jadi. Ia sering tersumbat oleh kotoran dan minyak. Hal ini membuatkan pori-pori tampak lebih besar dari yang sepatutnya.
Selain melakukan rawatan laser, terdapat beberapa petua semula jadi yang berkesan untuk mengatasi masalah pori-pori besar pada wajah. Ayuh semak lima bahan-bahan mudah di dapur ini untuk mengecilkan pori-pori dengan berkesan.
1. Putih Telur
Putih telur dapat membantu mengencangkan kulit dan mengecilkan pori-pori besar. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan pada wajah. Anda boleh membuat masker peel-off menggunakan putih telur dengan mudah.
Caranya, ambil putih telur dan pukul hingga teksturnya cair. Oleskan putih telur ini ke seluruh wajah dan tampalkan helaian tisu. Tunggu kering dan bilas wajah dengan air sampai bersih.
2. Ais
Ais dikatakan sangat efektif untuk mengatasi pori-pori besar. Ini kerana ia memiliki kesan mengencangkan kulit dan membantu mengecilkan pori-pori besar. Suhu ais juga mampu membuat pori-pori lebih relaks dan mencegah iritasi akibat perubahan suhu panas atau lembap.
Untuk mengecilkan pori-pori, bungkus beberapa ketul ais dengan kain bersih dan oleskan ke seluruh wajah sebelum bersolek. Amalan yang konsisten dapat membantu menjadikan wajah lebih sihat, halus dan bercahaya.
Berkat sifat astringen tomato, ia mampu menghilangkan minyak berlebihan, mengencangkan kulit, dan mengecilkan pori-pori besar. Tomato juga kaya dengan likopen dan antioksidan yang mampu memperlambat proses penuaan kulit.
Campurkan satu sudu makan jus tomato dengan 3-4 titis air lemon sehingga teksturnya kental seperti masker. Oleskan pada kulit dan tunggu selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air dingin.
4. Baking Soda
Serbuk baking soda membantu mengimbangi tahap pH kulit. Sifat anti-inflamasi dan anti-bakteria di dalamnya juga membantu mengurangi jerawat.
Hanya campurkan dua sudu makan baking soda dan dua sudu makan air hangat ke dalam bekas. Kemudian, oleskan kedua bahan itu ke seluruh wajah dan urut wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan selama lima minit dan bilas dengan air dingin. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan rutin ini 3-4 kali seminggu.
5. Gula pasir
Gula pasir memiliki manfaat untuk mengeksfoliasi kulit, menghilangkan minyak berlebihan dan kotoran yang menyumbat pori-pori. Penggunaan gula pasir sebagai skrub pula dapat mengecilkan pori-pori secara alami.
Caranya, hiris lemon dan beri sedikit gula pasir di atasnya. Kemudian, gosokkan kedua bahan itu ke seluruh wajah secara lembut dan biarkan sari-sarinya tetap berada di kulit wajah selama 15 minit sebelum dibilas.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.