Berita

Dato’ Azril Radzi Terima Anugerah Ikon Usahawan Sempena Hari Belia Negara 2026

Dato’ Azril Radzi menerima Anugerah Ikon Usahawan sempena Hari Belia Negara 2026 sekali gus mengukuhkan namanya sebagai antara figura usahawan berjaya yang memberi inspirasi kepada generasi muda menerusi dunia keusahawanan dan pembangunan masyarakat.

Pengasas V’Asia Cosmetics dan usahawan hartanah The Estate itu menerima pengiktirafan berprestij tersebut ketika berlangsungnya Festival Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2026 yang diadakan di Piazza Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Merupakan suami penyayang kepada Datin Balqish Hussni, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sarra Ayesha, Ummar Mateen, Safya Raesha dan Eissa Maleek. 10 tahun berumah tangga, banyak pencapaian demi pencapaian yang dilakar sekaligus membuktikan usaha Dato’ Azril kian membuahkan hasil.

DATO AZRIL RADZI
DATO AZRIL RADZI

Festival selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei itu berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan golongan belia. Hampir 70 program dan aktiviti dianjurkan termasuk kejohanan silat terbuka, karnival kerjaya belia, pameran agensi kerajaan, aktiviti sukan rakyat serta program pembangunan diri.

Namun, antara momen yang paling mencuri perhatian pastinya majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 yang meraikan individu-individu berpengaruh dan berjasa dalam pembangunan masyarakat serta negara.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain pada 24 Mei 2026.

Dato’ Azril Radzi Kongsi Inspirasi Buat Anak Muda

Bukan sekadar menerima penghargaan, Dato’ Azril Radzi turut dijemput sebagai panel perkongsian ilmu untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan hidupnya dalam dunia keusahawanan bersama generasi muda yang hadir.

DATO AZRIL RADZI
DATO AZRIL RADZI
DATO AZRIL RADZI

Memetik perkongsian beliau, “Saya sedang fokus beberapa perkara antaranya projek The Estate baru. Selain daripada bidang kesihatan dan kosmetik, inilah (The Estate) bidang yang saya ceburi. InsyaAllah ada perancangan bisnes baharu kelak. Sekarang masih dalam peringkat awal.”

Dato’ Azril Radzi mengusahakan series The Estate iaitu The Estate Hulu Rening, The Estate Batang Kali, The Estate Setiu dan sebuah unit hartanah di Maida Vale, London yang diberi nama The Estate London.

Menurut beliau, pengiktirafan tersebut menjadi satu penghormatan besar buat dirinya selain peluang untuk menyuntik inspirasi kepada anak-anak muda agar terus berani mengejar impian.

“Alhamdulillah dan berbesar hati menerima jemputan sebagai Penerima Anugerah Ikon Usahawan & Panel Perkongsian Ilmu sempena Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Belia Wilayah Persekutuan serta Jabatan Belia & Sukan WP Kuala Lumpur atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan.

Semoga sedikit perkongsian hari ini dapat memberi manfaat dan inspirasi buat generasi belia untuk terus maju, berani mencuba dan memberi impak kepada masyarakat,” katanya.

Kejayaan Dato’ Azril Radzi dalam bidang perniagaan menjadikan beliau antara figura usahawan yang cukup dihormati dalam kalangan masyarakat dan anak muda. Di sebalik pencapaiannya hari ini, beliau percaya setiap kejayaan besar bermula daripada langkah kecil yang dilakukan dengan penuh kesungguhan.

Selain berjaya membina jenama sendiri, Dato’ Azril Radzi juga dilihat aktif mendekati masyarakat menerusi pelbagai aktiviti pembangunan belia dan keusahawanan. Sikap rendah diri serta kesediaannya berkongsi pengalaman menjadikan beliau antara ikon usahawan yang memberi pengaruh positif kepada generasi muda.

Pengiktirafan Buat Perjalanan Penuh Usaha

Dalam perkongsiannya, Dato’ Azril Radzi turut meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diterimanya sempena sambutan Hari Belia Negara 2026.

Kata Dato’ Azril Radzi, kejayaan yang diraih hari ini bukanlah hasil usaha dirinya semata-mata, sebaliknya lahir daripada sokongan ramai pihak yang sentiasa berada di belakangnya.

“SAYA Berbesar hati menerima Anugerah Ikon Usahawan sempena Hari Belia Negara WP Kuala Lumpur 2026.

Terima kasih atas penghargaan dan kepercayaan yang diberikan. Pengiktirafan ini bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga untuk semua yang sentiasa menyokong dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Semoga perjalanan ini dapat memberi inspirasi kepada anak muda untuk terus berusaha, berani mencuba, jangan takut untuk bermula dari bawah dan terus melangkah ke hadapan.

Setiap usaha kecil yang dilakukan hari ini mampu membawa perubahan besar pada masa akan datang,” ujarnya.

Kata-kata yang dikongsikan Dato’ Azril Radzi itu nyata memberi gambaran bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar soal populariti atau keuntungan semata-mata, tetapi bagaimana seseorang mampu memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain.

Semangat serta perjalanan hidup beliau turut menjadi bukti bahawa dunia keusahawanan memerlukan disiplin, pengorbanan dan kesungguhan yang tinggi untuk terus bertahan dalam industri yang kompetitif.

Hari Belia Negara Jadi Platform Pembangunan Anak Muda

Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabran Abd Bahar berkata, festival tersebut dianjurkan sebagai platform menghargai peranan belia dalam pembangunan negara.

Menurut beliau, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan membuktikan generasi muda masih aktif melibatkan diri dalam program komuniti serta aktiviti sosial.

“Festival ini bukan sahaja menjadi medium hiburan dan santai kepada belia, malah membuka ruang kepada mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya, pendidikan, keusahawanan dan pembangunan diri,” katanya.

Tambah beliau lagi, festival itu juga selari dengan usaha kerajaan memperkasakan belia sebagai aset penting negara selain menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan generasi muda.

Sepanjang festival berlangsung, Piazza Pavilion Bukit Jalil dipenuhi pengunjung daripada pelbagai lapisan umur termasuk keluarga yang hadir memeriahkan acara.

Pengiktirafan terhadap Dato’ Azril Radzi pula menjadi simbol bahawa anak muda hari ini memerlukan lebih ramai figura inspirasi yang bukan sahaja berjaya dalam bidang masing-masing, tetapi juga sanggup berkongsi pengalaman dan membuka jalan buat generasi seterusnya melakar kejayaan lebih besar.

Kejayaan Dato’ Azril Radzi menerima pengiktirafan tersebut diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai belia untuk terus mencipta peluang, membina kejayaan sendiri dan menyumbang semula kepada masyarakat pada masa akan datang.

Artikel berkaitan: Dato’ A. Aida Dedah Belanja Suplemen Saja Cecah RM3,000 Sebulan Demi Kulit Awet Muda

Share
Published by
Norzalina