Ads

Dato’ A. Aida Dedah Belanja Suplemen Saja Cecah RM3,000 Sebulan Demi Kulit Awet Muda

Dato' A. Aida
Dato' A. Aida

Nama Dato’ A. Aida bukan lagi asing dalam dunia hiburan tanah air. Dilahirkan pada 20 April 1970 di Terengganu, penerbit terkenal berusia 56 tahun ini cukup sinonim dengan pelbagai drama popular Malaysia yang pernah mencetus fenomena. Di sebalik kejayaan empayar produksinya, wanita jelita ini juga dikenali sebagai seorang ibu penyayang kepada Wan Az Aleesa dan Wan Azeva Natassha.

Lebih manis, kehidupannya kini turut diserikan dengan kehadiran cucu sulung berusia tujuh bulan bernama Zara Ally. Namun apa yang paling mencuri perhatian ramai pastinya penampilan Dato’ A. Aida yang masih kekal muda, kulit tegang dan tubuh langsing meskipun usia sudah mencecah pertengahan 50-an.

Rahsia awet muda Dato’ A. Aida rupa-rupanya bukan datang secara mudah. Penerbit terkenal itu mengakui beliau sanggup memperuntukkan hampir RM3,000 sebulan hanya untuk pengambilan suplemen dan penjagaan dalaman demi memastikan kulit kekal sihat serta berseri.

Dato’ A. Aida Konsisten Ambil Suplemen Sejak Usia 25 Tahun

Dalam kesibukan mengendalikan program realiti Talk To My Manager 2 (TTMM2), telemovie, program bual bicara dan rancangan masakan, Dato’ A. Aida tetap tidak pernah mengabaikan rutin penjagaan diri.

Saksikan vodcast eksklusif Inspirasi Nona bersama Dato’ A. Aida berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman luar biasa…

“Sekarang ni memang betul-betul sibuk. Ibarat orang kata, nak bernafas pun tak lepas. Tapi demi masa depan dan kerjaya anak, kita pun redah sajalah,” ujarnya tenang.

Menurut beliau, amalan mengambil suplemen sudah menjadi rutin harian sejak usia 25 tahun lagi.

Beliau turut mendedahkan antara suplemen yang diamalkan termasuk plasenta, minyak ikan, vitamin C dan astaxanthin yang dipercayai membantu menjaga kesihatan kulit.

Ads

“Satu lagi rutin amalan saya adalah astaxanthin yang diambil tanpa henti sejak dulu. Semua ini amat baik untuk kecantikan kulit,” jelas beliau.

Dato’ A. Aida Dedah Belanja Suplemen Saja Cecah RM3,000 Sebulan Demi Kulit Awet Muda
Dato’ A. Aida

Belanja Suplemen Cecah RM3,000 Sebulan

Kini, Dato’ A. Aida turut mengamalkan formula gabungan minyak ikan dan astaxanthin dikenali sebagai Omegaxanthin selain suplemen plasenta jenis NMN G600.

“Sekarang ada formula baru gabungan minyak ikan dan astaxanthin yang dikenali Omegaxanthin. Suplemen plasenta juga saya ambil jenis NMN G600, makan sebiji lepas bangun tidur diikuti Vitamin C untuk jaga kulit,” katanya panjang lebar.

Walaupun enggan berkongsi jumlah sebenar secara terperinci, beliau menganggarkan hampir RM3,000 sebulan dibelanjakan hanya untuk suplemen dan penjagaan dalaman.

Bagi Dato’ A. Aida, pelaburan terhadap kesihatan dan kecantikan bukan sesuatu yang membazir kerana ia memberi keyakinan diri serta membantu mengekalkan penampilan yang lebih segar.

Ads

Rutin Penjagaan Kulit Tetap Dilakukan Walaupun Penat

Selain suplemen, Dato’ A. Aida juga sangat menitikberatkan penjagaan kulit luaran menggunakan produk premium seperti La Mer bagi membantu mengurangkan kedutan serta memperhalus tekstur wajah.

Dato’ A. Aida Dedah Belanja Suplemen Saja Cecah RM3,000 Sebulan Demi Kulit Awet Muda
Dato’ A. Aida

“Kalau saya buang mekap pun, muka saya tetap macam ni. Sebab tu saya sering nasihat wanita agar rajin cari duit sendiri, invest untuk kecantikan. Pergi mana-mana pun orang suka tegur.

Kalau boleh buat research pilihan produk yang sesuai dengan kemampuan atau bajet masing-masing,” ujarnya.

Apa yang lebih mengagumkan, beliau tetap berdisiplin melakukan rutin penjagaan wajah walaupun pulang lewat pagi selepas menghadiri acara atau bertemu peminat.

“Jangan malas, semua ini usaha diri sendiri. Saya ni even setiap hari lepas show, jumpa peminat, sampai rumah jam 2 pagi pun saya tetap akan cuci muka dengan betul.

Ads

Pakai cleansing foam, oles toner, sapu serum dan krim malam, itu wajib. Bagi saya, ada duit tapi malas jaga kulit pun tak jadi juga,” katanya jujur.

Diet Ketat Demi Kekalkan Bentuk Badan

Selain menjaga kulit, Dato’ A. Aida juga mengamalkan diet ketat bagi memastikan bentuk badannya sentiasa langsing terutama menjelang kemunculan di pentas TTMM2.

Menurut beliau, beliau hanya makan setengah biji epal pada waktu pagi sebelum menghabiskan baki separuh lagi pada jam 8 malam.

Menjelang hujung minggu pula, beliau lebih banyak menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, anggur, jambu dan betik.

“Beauty is pain. Kalau Ahad nanti saya akan pakai dress dan naik pentas, jadi kenalah kawal makan,” katanya sambil tertawa kecil.

Dato’ A. Aida Dedah Belanja Suplemen Saja Cecah RM3,000 Sebulan Demi Kulit Awet Muda
Dato’ A. Aida

Disiplin Jadi Rahsia Awet Muda Dato’ A. Aida

Melihat kepada disiplin dan konsistensinya menjaga diri sejak muda, tidak hairanlah Dato’ A. Aida masih kekal mempesona pada usia 56 tahun.

Di sebalik wajah cantik dan tubuh langsing itu, tersimpan dedikasi seorang wanita yang percaya bahawa kecantikan sebenar lahir daripada usaha, pengorbanan dan rasa hormat terhadap diri sendiri.

Artikel berkaitan: Bonda Rozita Ibrahim & Aidiamin Ahmad, Cinta Di Hujung Senja Buat Ramai Sebak

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Datuk Sumali & Datin Anne Ngasri Bangga Kejayaan Pasukan Sepak Takraw

Malaysia Juara Sepak Takraw, Datin Anne Ngasri Syukur Rai Kemenangan Pasukan...

Tahniah buat Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Mohd Reduan atas kejayaan pasukan negara menjulang Piala Dunia Sepak Takraw (ISTAF) 2026 baru-baru ini.