
Setiap kali tiba 10 Oktober, tarikh itu pasti meninggalkan makna mendalam buat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Ia bukan sekadar hari memperingati detik bersejarah beliau sebagai angkasawan pertama Malaysia yang berlepas ke angkasa lepas pada tahun 2007, tetapi juga tarikh keramat penyatuan cintanya bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Artikel http://heikh-muszaphar-dedah-detik-hiba-bertugas-di-palestin/
Tahun ini menandakan genap 18 tahun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas dan 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Sebagai pakar ortopedik dan ikon inspirasi negara, beliau tidak pernah lupa mengungkapkan penghargaan buat isteri tercinta atas pengorbanan dan sokongan sepanjang perkahwinan mereka.
Dalam perkongsian di media sosial, beliau memuat naik gambar mesra bersama Datin Dr Halina dengan kapsyen penuh makna, “Happy Anniversary, 10.10.07 and 10.10.10. These are the dates which I shall not forget. Our 15th Wedding Anniversary, my 18th Space Anniversary. Time flies with 7 beautiful children. Feeling blessed. Alhamdulillah syukur sangat.”
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut meluahkan rasa syukur dan kasih kepada isterinya dengan menulis, “To Dr Halina my beloved wife. More happiness to come and may it last forever till the end of time till Jannah. Happy 15th anniversary my love.”
Ucapan ini mencerminkan hubungan bahagia yang dibina atas dasar cinta, kesetiaan dan keimanan.
Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, pasangan kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, sepasang kembar lagi Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia serta zuriat bongsu mereka, Sheikh Muhammad.
Kehidupan keluarga besar ini sering menjadi inspirasi kepada ramai kerana keakraban dan nilai didikan yang diterapkan oleh mereka berdua.
Semoga rumah tangga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina sentiasa dilimpahi rahmat serta kebahagiaan.
Keupayaan beliau mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan disiplin menjadi contoh terbaik buat ibu bapa di luar sana. Dari angkasa lepas hingga ke kehidupan berkeluarga, kisah pasangan ini membuktikan bahawa kejayaan dan kasih sayang boleh berjalan seiring.
Kisah inspirasi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor bukan sekadar tentang misi angkasa, tetapi juga misi kehidupan yang penuh makna — menjadi suami, ayah, dan insan yang sentiasa mensyukuri nikmat ilahi.
Video inspirasi wanita masa kini.
This website uses cookies.