Kagum dengan semangat dan kesungguhan pasangan suami isteri inspirasi ramai, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos ini bawa tujuh cahaya mata mereka ke masjid menunaikan solat Tarawih.

Bayangkan, bawa seorang anak kecil ke masjid pun dah cukup ‘mencabar’. Ini pula tujuh orang anak. Pastinya Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina memiliki kesabaran yang tinggi menjaga ketujuh-tujuh permata hati kesayangan.

Tidak dinafikan, pasangan suami isteri romantis ini sering menjadi rujukan dan inspirasi kaum ibu bapa kerana kemampuan mereka mendidik kesemua anak dengan baik.

Datin Dr Halina Gigih Bawa 7 Anak Solat Tarawih

Sabar Layan & Bawa 7 Anak Solat Tarawih, Usaha Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi! Sabar Layan & Bawa 7 Anak Solat Tarawih, Usaha Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi! Sabar Layan & Bawa 7 Anak Solat Tarawih, Usaha Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi!

Tidak mahu ketinggalan mengerjakan solat tarawih tahun ini, Datin Dr Halina yang juga ibu kepada tujuh cahaya mata tersebut enggan menjadikan kehadiran anak kecil sebagai halangan untuk beribadah.

Menerusi perkongsian video Datuk Dr Sheikh Muszaphar, kelihatan kesemua mereka teruja mengerjakan solat sunat berkenaan di masjid bersama-sama.

Anak perempuan termasuk ibu mereka lengkap bertelekung, manakala anak lelaki pula segak bersongkok.

Ads

Kongsi angkasawan negara ini, “Everyone excited to go Solat Tarawih. Semua bersemangat nak berpuasa. Alhamdulillah.

The girls are grown up. Adam and Noah dah pandai solat. Eusoff and Emelia dah pandai ikut. First time for Muhammad. Surely akan merayau sana-sini.

Need to find a Children-friendly Masjid. Selamat berpuasa everyone.

Ads

Momen Buka Puasa Anak-Anak Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Sementara itu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi suasana dirinya dan anak-anak berbuka puasa.

Walau tanpa kelibat Datin Dr Halina di sisi kerana kekangan tugas namun bapa penyayang ini cekap menguruskan keperluan anak. Termasuk anak bongsu, Muhammad yang baru berusia dua tahun.

Sabar Layan & Bawa 7 Anak Solat Tarawih, Usaha Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi! Sabar Layan & Bawa 7 Anak Solat Tarawih, Usaha Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi! Sabar Layan & Bawa 7 Anak Solat Tarawih, Usaha Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi!

“Ramadan is not just about fasting. It’s more than that. It’s about generosity and giving. Humbleness and simplicity. Thinking of the less fortunate. Reflection on others.

Ads

Enriching your inner souls with good deeds. It’s about loving others and be selfless. Cleansing our soul to become a better ummah. To get the blessings from Allah.

Selalu bersyukur dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah, Ya Rabb.”

Artikel https://www.nona.my/14-tahun-kahwin-ada-7-anak-datin-dr-halina-bahagia-jadi-isteri-angkasawan-dato-dr-sheikh-muszaphar/

Sabar Layan & Bawa 7 Anak Solat Tarawih, Usaha Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi! Sabar Layan & Bawa 7 Anak Solat Tarawih, Usaha Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi!

Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga dengan angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha lahir pada 19 Januari 2013.

Cahaya mata kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah dilahirkan pada 27 Julai 2017 serta sepasang kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia berusia lima tahun. Juga Muhammad yang lahir pada 12 Julai 2023.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI