Datuk K Tunai Haji, Momen Syahdu DS Siti Nuhaliza & Anak-Anak Sebelum ‘Ditinggalkan’ Raih Tumpuan

Baru sebentar tadi penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik hantaran di Instagramnya detik sebelum pemergian suaminya, Datuk K ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan DS Siti Nurhaliza dan anak-anak memeluk Datuk K dengan penuh erat sambil disaksikan oleh beberapa ahli keluarga.

Kelihatan Aafiyah dan Afwaa sangat manja seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan terhadap bapa mereka itu. Lebih-lebih lagi Afwaa yang kelihatan terlalu sedih.

 

Sementara DS Siti Nurhaliza yang tampil polos tanpa secalit solekan serta menyarungkan jubah hitam turut memeluk dan bersalaman dengan suami tercintanya itu dengan penuh kasih sayang.

Tulis DS Siti Nurhaliza di ruangan kapsyen: –

Ya Allah kurniakan lah Haji yang Mabrur buat suamiku, Makbulkan segala doanya serta beri perlindungan & kelancaran sepanjang perjalanannya menunaikan ibadah Haji .. Aamin ya rabb.”

Momen syahdu itu telah meraih tumpuan para peminat dan pengikutnya termasuklah rakan-rakan selebriti.

Ruangan komen turut dihujani dengan doa serta ucapan buat Datuk K atau nama penuhnya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa.

“Semoga dipermudahkan segala urusan haji yg mabrur buat Dato K… amin ya Allah amin…”

“Aminn aminn..semoga mendapat haji yg mabrur”

“Alhamdulillah syukur dpt tunaikan haji..Semoga dipermudahkan urusan Dato K”

Semoga dimudahkan segala urusan Datuk K serta selamat pergi dan pulang. Didoakan juga agar Datuk K memperoleh haji yang mabrur.

Untuk info, DS Siti Nurhaliza dan Datuk K berkahwin pada 2006. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang sangat comel iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwaa.

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

 

IKLAN
Share